loading...

Sunday, 14 January 2024

“Aku Tengah Kagum Dengan Badan Nora,” – Netizen

Siapa je tak kenal dengan pelakon jelita, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif.

Baru-baru ini dia memuat naik satu posting menerusi akaun Instagram miliknya menunjukkan dirinya dan anak sulungnya.

“Kagum dengan badan Nora,” – Netizen

Apa yang menarik perhatian kami adalah ruangan komen yang dihujani dengan pujian tentang penampilan Nora yang tidak berubah walaupun usianya mencecah 42 tahun.

Orang cantik, umur berapa pun kekal cantik!

Thursday, 11 January 2024

“Aku Kata Nak Kahwin 2, Perempuan Tetap Nak Aku Sebab Aku Ada Value,” – DMA Islam

Siapa je tak kenal dengan DMA Islam, seorang individu yang mula popular sebab ada satu gayanya menjadi ikutan ramai pengguna media sosial tersebut.

Sejak dari itu DMA Islam menjadi perhatian ramai, tak kira jenis video apa yang dikeluarkan dan apa yang dikatakan, semuanya akan menjadi perhatian ramai.

Apa yang menarik perhatian apabila satu video dari DMA bercakap tentang jika dirinya berniat untuk berkahwin dua dan masih ramai wanita menginginkan d

“Perempuan mana tu bang?”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang minta DMA beritahu siapa wanita yang dikatakan itu.

Malah ada juga yang mengkagumi tahap keyakinan DMA apabila bercakap tentang sesuatu perkara.

Apa pun, berhati-hati apabila bercakap takut termakan diri.

Wednesday, 10 January 2024

“Jangan Tunjuk Payu Dara..” – Peminat Minta BCL Tak Seksi Lepas Balik Dari Tanah Suci

Siapa je tak kenal dengan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang kini sedang bahagia mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana. 

Selepas beberapa minggu mendirikan rumah tangga, mereka sekeluarga kelihatan pergi ke tanah suci Mekah.

“Jangan lagi ditunjukin payu dara ya…”

Apabila kami menjengah ke ruangan komen, terdapat satu komen yang menarik perhatian kami.

Komen tersebut menegur pakaian BCL dengan ayat agak ‘dalam’.

“Cantiknya..”

Tapi ada juga yang mendoakan agar BCL terus istiqamah walaupun sudah pulang ke tanah air serta memuji dirinya lebih cantik apabila memakai pakaian bertutup.

Tuesday, 9 January 2024

“Orang Normal Tak Cakap Macam Tu..” – Anju Spill The Tea Sikap Fathia Latiff

Media dikecohkan dengan isu pelakon Fathia Latiff apabila mengutuk pelakon Zahirah selepas netizen menyamakan dirinya dengan pelakon tersebut.

Sejak dari itu, dirinya memuat naik story mengatakan dirinya pernah popular satu masa dahulu dan mula membanding-bandingkan dirinya dengan Fathia.

Dari isu tersebut, pelakon, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju tampil memberi penjelasan tentang sikap Fathia yang dia pernah terkena ketika berkawan dengannya.

Anju berkata perangai Fathia yang hati busuk itu memang dari dulu lagi tak berubah dan sikapnya suka belagak dengan orang kerana sering mewawarkan tentang jumlah pengikutnya.

“Sampaikan dia tak ada kawan, tak ada orang nak kawan dengan dia,” kata Anju dalam siaran langsung menerusi akaun Tiktok miliknya.

Tidak ingin berdiam saja, Fathia Latiff bersuara menerusi IG story miliknya dengan mengatakan dirinya akan saman Anju sebaik saja pulang dari luar negara.

Apa pun semoga semuanya baik-baik saja. Kadang ada benda kita perlu diam dan beredar.

Monday, 8 January 2024

Perlu Ke Negara Kita ‘Menghalalkan’ Pusat Pelacuran Untuk Pendatang Asing?

Kecoh dekat media sosial penyataan dari pelakon veteran Rosyam Nor yang Malaysia perlu ada rumah pelacuran untuk warga asing kerana terdapat lambakan pendatang.

Adakah pendapatnya wajar di terima? Jom kita bincangkan apakah pendapatnya boleh diterima akal?

Kesan kewujudan pusat pelacuran

Kewujudan pusat pelacuran kepada negara akan menjejaskan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

Seperti kita tahu, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mewawarkan kepada dunia bahawa negara Malaysia stand for Palestin.

Tapi, bayangkan bila digali, Malaysia rupanya mempunyai pusat pelacur bersepah. Tidakkah ini akan memberi impak buruk pada reputasi sebuah negara islam?

Malah, para pelancong asing akan pandang negatif terhadap negara Malaysia dan dalam masa yang sama mereka akan membuat spekulasi yang tidak sepatutnya.

Untuk pengetahuan anda, negara kita ada undang-undang, kalau ditangkap kerana menawarkan seks secara rela, individu tersebut akan disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Itu belum lagi jika pelacur warga asing gagal kemukan dokumen perjalanan yang sah, memang mereka akan di tahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Itu bahagian undang-undang, belum kita lihat sudut tahap kesihatan dan subsidi ubat dari kerajaan.

Bila perlu ada puasat pelacuran, negara terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk bagi biaya perubatan individu yang dijangkiti AIDS dan HIV sebab terpaksa bagi vaksin untuk lambatkan perebakan sel tersebut. 

Tidak cukup dengan itu, pengacara Finaz Yunus turut turun memberikan pandangannya mengenai isu ini menerusi akaun Instagram miliknya.

Banyak sebenarnya faktor buruk tapi apa yang kami senaraikan ini adalah diantaranya. Jadi apa pandangan anda?

“Boleh Terima Ngilai Baby,” – Little Miss Khan Beritahu Ciri Calon Suami Yang Diinginkan

Siapa je tak kenal dengan Ameera Khan atau lebih mesra dipanggil Little Miss Khan (LMK).

Gadis cantik yang memiliki wajah peranakan Pakistan dan Arab ini tak dinafikan mempunyai pesona tersendiri.

Malah, kecantikan Ameera bukan saja mendapat perhatian golongan lelaki bahkan kaum hawa juga.

Jadi meniti usia 24 tahun, LMK sudah mula mencari pasangan hidup dan baru-baru ini tular sebuah video tentang ciri lelaki yang diingini.

@lailakhanakhamad1

Sapa yg kenal family #neelofa ni mmg tau dorang ni sgt humble sebenarnya.. org tak kenal je selalu kecam.. #littlemisskhan #LMK #kucatehoneyherbstea

♬ original sound – Kak laila khan – Kak laila khan

So jika anda ada ciri lelaki yang LMK senaraikan dalam video di atas, bolehlah pergi cuba nasib!

Sunday, 7 January 2024

Disebabkan Kesan Boikot, Starbucks Tukar Nama Untuk Naikkan Keuntungan

Siapa je tak kenal dengan syarikat gergasi kopi, Starbucks yang menjadi ‘penaja’ utama Israel untuk membunuh ribuan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dan orang tua.

Dari berita tersebut, hampir 1 dunia yang mempunyai sifat empati dan kemanusiaan mengambil tindakan untuk boikot apa-apa pengeluaran syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Kesan daripada itu, syarikat Starbucks rugi jutaan ringgit kerana ramai yang boikot dari membeli air kopi dari pihak mereka.

Melihat daripada kesan boikot tersebut, pihak Starbucks telah membuat transformasi dengan menukar nama air mereka kepada Vista Coffee dan cawangan pertama telah pun dibuka di Dublin Airport.

“Rebrand is temporary…”

Bagaimanapun, terdapat pengguna twitter yang cuba mengatakan perkara tersebut tidak benar selepas menyemak dalam laman rasmi Bard.

Tapi terdapat pengguna twitter yang lain membidas ciapan tersebut dengan mengatakan semestinya pihak mereka tidak memberitahu secara terangan mereka rebrand kerana gusar akan berlaku kerugian besar lagi.

Apa pun anda boleh baca sendiri apa yang diterangkan oleh pihak Dublin Airport sendiri menerusia akaun ciapan rasmi mereka.

loading...