loading...

Monday, 31 July 2017

Gara-Gara Ibu Mengidam Buah ini,Anak Lahir Cacat Seumur Hidup

Gara-Gara Ibu Mengidam Buah ini,Anak Lahir Cacat Seumur Hidup|Kes ini berlaku pada tahun lalu dan ini adalah luahan dari follower 9 Bulan 10 hari. Gara-gara mengidam mangga muda, Aisyah ditendang suami semasa hamil enam bulan. Akibat dari kejadian itu, anaknya disahkan cacat seumur hidup! Allah..

Mereka bercinta, berkahwin, bunting pelamin dan semuanya baik-baik saja sebelum ini. Tetapi apabila masuk part Aisyah meluahkan yang dia mengidam sesuatu, suaminya rasa Aisyah mengada-ngada.

“Banyak kali saya diam kak, sebab saya tahu suami saya tak suka. Tetapi ada sekali itu, saya teringin nak bau mangga tu. Saya tak tahu nak minta pada siapa. Saya menangis sebab teringin sangat-sangat.

“Masa itu kandungan berusia enam bulan. Saya minta elok-elok saja dengan suami. Saya siap beritahu, “Kalau tak ada, tak apalah bang,”, dia terus menendang perut saya, kak. Saya terus rebah dan darah keluar.

“Anak kami disahkan cacat serta-merta sebab tendangan itu kuat sangat.

“Doctor cakap disebabkan tendangan suami saya berturut turut di bahagian perut, pinggang dan lutut sehingga saya rebah dan perut terhentak. Itu yang menyebabkan anak kami cacat,” katanya.

Suami Aisyah mengalami masalah kewangan dan dia mudah baran apabila bercakap soal duit.

Kini Aisyah sudah selamat melahirkan anaknya. Part sedih bila suaminya semakin tertekan kerana terpaksa menanggung expenses ubat dan setiap hari memohon maaf pada Aisyah di atas kesilapannya itu.

Anak Aisyah, terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan seumur hidupnya. Allah..

TIPS BUAT SUAMI UNTUK MENGHADAPI SAAT KEHAMILAN ISTERI

1. Percayalah, jika anda terasa sempit, Allah akan hantar rezeki buat anda dan keluarga dengan kehadiran anak. Janganlah hukum anak yang tak bersalah, kasihanilah dia. Dia hanya ada anda untuk pertahankan nya.

2. Ambil berat soal mengidam isteri anda yang hamil. Dia bukan buat-buat, dia bukan mengada-ngada, dia memang teringin. Ya, benar-benar teringin. Ada wanita hamil yang boleh menangis kalau dia tak dapat makan apa yang dia nak. Sampai tahap macam itu sekali seorang wanita hamil lalui.

3. Bawalah isteri anda bersiar-siar, dia perlukan udara segar. Dia perlu cerita, perlu rasa disayangi, dia nak rasa bau badan suami dia tu. Jadi, sayangilah dia. Kasihan isteri anda, dia kan milik anda.

4. Doa seorang isteri mudah dimakbulkan Allah. Kalau anda nak rasa berjaya dan terus berjaya dalam kehidupan anda, berbuat baiklah dengan isteri dan anak-anak dan lihatlah hasilnya, kehidupan anda akan bertambah gembira dan berjaya. Janji Allah itu pasti.

5. Masa hamil, bawa isteri buat aktiviti sukan. Wanita hamil pun perlu bersukan tetapi ada cara-caranya.

Tips bersenam bagi ibu hamil untuk terus ceria dan awesome, sila rujuk muka surat 46-50 dalam buku 9 Bulan 10 Hari

6. Bukan ini saja peranan suami, ada banyak lagi di page 53-55 buku 9 Bulan 10 Hari yang akan mengindahkan lagi proses kehamilan dan kelahiran anak anda.

7. Bagi isteri pula, isteri juga ada peranannya. Ada game yang dia perlu buat untuk terus menambat hati suami. Baca page 57 untuk terus menjadi surihati terbaik buat suami walaupun ketika hamil dengan perangai-perangai pelik ini.

8. Ingat! Anak dalam kandungan pandai copy paste perangai ibu bapanya. Semakin anda berkasih sayang, bersedekah, menghormati ibu bapa anda, mengasihani orang-orang susah, suka buat kerja amal, suka mengaji dan berzikir, percayalah anak-anak anda akan sangat menjadi luar biasa pemikiran dan akhlaknya. Dia saham akhirat anda. Buatlah yang terbaik untuknya

Allahuakbar. Wanita Gadai Gelang Emas Untuk Teruskan HIDUP. Tindakan Lelaki Ini Buat Ramai TERSENTUH !!!

Gambar Sekadar Hiasan : Sumber : Google Images

Disaat kita ditimpa, mengadulah kepada Allah. Satu kisah yang boleh jadi inspirasi sebelum kita lelapkan mata. Seorang wanita bersama dua anak datang ke kedai pajak gadai. Selepas diselidiki, tindakan lelaki ini buat ramai terharu.

Saksikan video yang buat ramai INSAF…Siapakah pemuda ini !!!

Bangga Dengan Kejayaan I Am Me , Dato Seri Vida Mahu Berduet Pula Dengan Bintang K-POP Terkenal PSY

wahh , meletop Dato Vida !! Selepas lagu I Am Me menjadi siulan bibir peminat , kini diva kita ni nak pula berduet dengan bintang K-pop PSY .

Meskipun mendapat kritikan dan kecama dari netizen berhubung lagunya , namun DSV terus mara tanpa memikirkan aura negatif tersebut . Terkini , video lagu I Am Me kini telah mencecah 3 juta viewers dan mencapai hampir 40 ribu likes di Youtube

DSV merasakan lagunya itu akan menembusi  pasaran antarbangsa . Oleh itu , beliau tidak akan berhenti bahkan merancang untuk berduet dengan artis lain suatu hari nanti

Ketika ditemuramah Berita Harian , DSV menyatakan hasrat beliau untuk berduet bersama PSY !

Beliau berasa teruja dan gembira dengan pencapaian lagu I Am Me .
 
‘ saya sangkakan akan ambil masa yang lama untuk lagu ini dikenali , ternyata ia mampu tular dalam tempoh yang singkat ‘

‘saya mengharapkan ia menjadi fenomena bukan setakat di negara ini bahkan di luar negara kelak’

Semoga tercapai cita-cita DSV suatu hari nanti ok !

sumber : BH online

Suami Balik Rumah Hanya Tahu Minta Nafkah Batin,..

Perempuan kena baca sampai habis.

Ambil ni sebagai pengajaran. Ini text yang i dapat di Telegram dari seorang pengikut. Ada seorang wanita, ibu muda berkongsi cerita pasal dia punya perkahwinan.

Ladies, ini adalah sebab utama kenapa anda perlu cari lelaki yang bertangungjawab. It’s okay kalau pasangan anda kurang dari segi academik atau gaji sikit, yang penting mesti kena ada tangungjawab dan kena hati-hati sebab lelaki sekarang pandai ambil kesempatan, guna perempuan untuk mereka punya financial security.

Ini cerita macam mana seorang lelaki lepas tangan pada anak bini. Nafkah tak bagi, apa semua isteri yang tanggung. Sebab apa? Alasan dia gaji isteri lagi tinggi, duit dia pergi buat benda lain. Bila isteri minta cerai, dia tuduh isteri tak sanggup hidup susah dan canang kat family. Padahal A sampai Z semua duit isteri yang keluar dan Isteri minta cerai sebab tak tahan dengan sikap suami yang tak ada tangungjawab.

Seriously, wanita ni memang cantik tapi itu pun lelaki tak hargai. Lelaki jenis macam ni ada di mana-mana, jadi kalau anda nak kahwin sila berhati-hati pilih pasangan. Lelaki dayus adalah lelaki yang suka makan duit hasil dari usaha isteri.

Baca perkongsian kat bawah:

“Saya baru bercerai dengan suami. Dulu, suami saya hanya belajar sampai SPM dan terus bekerja. Saya pula belajar sampai peringkat ijazah.

“Selama kami berkahwin, saya yang kena tanggung semuanya dari A sampai Z. Bukan niat saya untuk burukkan suami sebab dia belajar setakat SPM. Cuma sebagai perempuan, kita perlu fikir betul-betul kalau nak cari suami.

“Kadang-kadang bila suami belajar setakat SPM dan gaji kecil, mereka suka ambil kesempatan. Mereka berkahwin semata-mata untuk cari orang yang boleh support dan tanggung segalanya supaya mereka boleh buat apa yang mereka suka.

“Nafkah tak bagi, soal rumahtangga pula semua isteri yang buat. Mereka hanya tahu balik rumah dan minta nafkah batin daripada isteri. Dan bila tak bagi, mereka persoalkan tentang kewajipan isteri untuk tunaikan tanggungjawab.

“Sekarang ni, kakak saya pun alami benda yang sama. Suami dia SPM, dia pula ada ijazah. Suami dia buat hutang kemudian paksa kakak saya buat pinjaman bank untuk langsaikan hutang dia.

“Entahlah, mungkin wanita sekarang kena berhati-hati bila memilih suami. Kadang-kadang lelaki ni hanya nak cari penyelamat masa depan mereka je. Bila dah dapat isteri yang bekerjaya, terus lepas tangan dan anggap isteri boleh bagi segalanya. Bila isteri minta cerai, mereka akan cakap isteri tinggalkan mereka masa susah. Padahal mereka tak sedar selama ini mereka susah pun si isteri juga yang menanggung.

“Dalam kes saya pulak, bila saya nak berhenti kerja, suami saya tak bagi. Dia cakap siapa nak tolong dia sara keluarga. Bila minta cerai dituduhnya macam-macam. Sampai keluarga saya sendiri buang saya sebab dia jaja cerita yang saya minta cerai sebab ada skandal.

“Dia cakap saya kena faham kerja dia. Kononnya sekarang ni dia tengah usahakan bisnes jadi semua duit gaji dia labur pada perniagaan. Bertahun-tahun satus sen pun dia tak bagi. Masa untuk keluarga tak ada, nafkah zahir tak ada, tapi bila bab nafkah batin pandai pula dia minta sebab tanggungjawab isteri.

“Masa saya mengandung 5 bulan, dia ajak pergi KL dari JB sebab ada kenduri. Saya kata saya tak larat sebab tak sihat. Dia boleh pulak kata saya menipu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia.

“Petang tu saya drive sorang pergi klinik, doktor kata saya ada chicken pox. Lepas tu saya terpaksa check in di hospital berseorangan tanpa suami sambil bawak perut yang besar tu. Semua staf hospital tanya saya datang sorang je ke.

“Lepas dah bersalin, anak saya kena kuning. Tapi suami saya lebih rela pergi meeting daripada bawak anak pergi hospital sebab dia kata meeting lagi penting. Dia balik waktu Maghrib dan nak bawak anak pergi hospital tapi saya tak bagi sebab dah malam.

“Terpaksa hold sampai esok pagi. Bawak pergi hospital swasta the next day, bil sampai beribu saya yang bayar semua. Bila depan orang suka cakap besar kononnya dah berjaya buat itu ini tapi sebenarnya saya yang tanggung semua benda.

“Duit belanja dia pun saya bagi selama bertahun-tahun sedangkan dia kerja. Sekarang ni bila dah cerai, duit anak langsung dia tak bagi satu sen pun. Dah macam mengemis kalau nak suruh dia jumpa anak.

“And the worst part is, dia beritahu semua orang yang saya nak cerai sebab tak sanggup hidup susah bersama sebab dia kerja gaji SPM dan saya gaji ijazah. Kalau tak boleh hidup susah, baik dari dulu saya mintak cerai. Buat apa nak tanggung dia lama-lama. Orang lelaki ni, disebabkan ego mereka tak nak berubah.

“Tolong ingatkan lelaki-lelaki kat luar sana, kalau dapat isteri bekerja please jangan ambil kesempatan. Kebanyakan orang sekarang bercerai sebab ini lah. Kahwin nak, tapi tanggungjawab tak nak jalankan. Lepas tu salahkan isteri tak boleh hidup susah bersama.

“Saya jaga anak macam nak gila sorang-sorang dari awal bersalin sampailah anak dah besar. Saya sakit terlantar dan penat lelah semuanya dia tak ambil tahu. Masa anak merah lagi langsung tak nak jenguk dan jaga. Bila anak dah pandai main dan sihat, baru nak mengaku anak.

“Dulu lepas dah habis pantang 44 hari barulah saya boleh pergi buat surat beranak anak saya. Ayah dia terlalu busy dengan bisnes juta-juta dia tu. Susah gila hidup saya masa tu. Saya bertambah struggle bila terpaksa keluar dari rumah bawak pakaian je. Dah lah kena tanggung hutang dia pakai nama saya.

“Kes kakak saya pulak dah bertambah teruk. Suami dia ambil pisau dan paksa kakak saya tikam dia sebab minta cerai. Kakak saya dah tak larat dan dah tak mampu lagi nak tolong dia selesaikan masalah hutang dia. Padahal kakak saya dah buat loan sampai 50k semata-mata nak langsaikan hutang keliling pinggang dia tu.
says.com

“Jadi, budak-budak muda sekarang janganlah sibuk sangat fikir nak kahwin. Ingat semua happy ending ke? Kebanyakannya kecundang di tengah jalan. Kawan-kawan saya yang tak kahwin lagi sibuk fikir pasal kahwin sebab takut ketinggalan jadi anak dara tua. Tapi diri sendiri tak matang untuk berkahwin.

“Ramai jugak yang tanya kenapa saya tak sedih langsung sebab bercerai pada umur muda. Jawapan saya senang. Saya beritahu kawan-kawan saya yang hidup single lebih happy daripada kahwin dengan lelaki yang salah.

“Alhamdulillah, hidup saya lebih gembira sekarang dan saya dah tak kisah langsung pasal lelaki sebab dia yang ajar saya hidup berseorangan tanpa suami.”

: Auni Ameera

Didatangi Lelaki Tua Buta, Apa Dihulurnya Di Tepi Jalan Amat TAK DISANGKA !!!

Orang kelainan upaya sering dipandang remeh oleh kebanyakkan masyarakat tetapi dalam keadaan kesibukan jalan raya, lain bagi seorang lelaki tua dan buta yang akan menghampiri kenderaan pengguna jalan raya bukan untuk meminta sedekah tetapi dia sebenarnya…

 

Didatangi Lelaki Tua Buta, Apa Dihulurnya Di Tepi Jalan Amat MEMERANJATKAN !!! | Orang kelainan upaya sering dipandang remeh oleh kebanyakkan masyarakat tetapi kehidupan mereka yang ternyata sukar daripada kita, perlu dijadikan pengajaran.

Di Filipina, dalam keadaan kesibukan jalan raya, terdapat juga seorang lelaki tua dan buta yang sanggup menjual majalah kepada para pengguna jalan raya.

Daripada meminta derma daripada ihsan orang ramai, dia sanggup mencari rezeki atas usaha sendiri bagi menampung kehidupannya.

Seorang pengguna media sosial, Sherena Lee, terpegun melihat iltizam yang ditunjukkan oleh lelaki tua ini, Uncle Loke.

Dia menggelar Uncle Loke sebagai pejuang sebenar kerana kesanggupan dia mencari rezeki disebalik memiliki pelbagai kelemahan.

Melalui perkongsian di Facebook, Sherena memuji Uncle Loke yang tidak sekadar meminta derma dan mengharapkan bantuan orang ramai.

Setiap kali kereta berhenti di jalan itu, dengan menggunakan deria yang terhad, dia berjalan perlahan-lahan dan ketuk pintu kereta bagi menjualkan majalah.

Sherena membantu pakcik ini dengan membeli semua majalahnya sehingga habis. Dia teramat gembira dan berterima kasih kerana dapat berehat seharian untuk hari tersebut.

Sherena turut ingin membeli makanan untuk dia tetapi ditolak. Namun, atas belas kasihan dia tetap membeli makanan untuk lelaki tua yang berjiwa besar ini.

Sebenarnya Uncle Loke tersangat lapar tetapi malu untuk menunjukkan perkara itu kepada Sherena. Selepas beredar, dia nampak Uncle Loke makan dengan gembira.

Sikap ini menunjukkan sikap optimistik seseorang dalam berjuang meneruskan kehidupan.

Sepatutnya, kita sebagai manusia normal perlu lebih daripada golongan ini tetapi masih ramai dalam kalangan kita yang malas bekerja dan beri pelbagai alasan.

Kredit : Era Baru

“Kau Memang Cemar Imej Artis Malaysia!!” – Ini Komen Panas Presiden Seniman, Zed Zaidi Kepada Aliff Aziz

 

 

Kes panas Aliff Aziz memang menjadi viral pada minggu lepas dan minggu ini.

Akhirnya hari ini Aliff Aziz telah bersuara tentang kontroversi yang melanda dirinya.

Aliff Aziz telah pun memohon maaf

Memang banyak komen dan pandangan dari orang ramai tentang hal ini.

Kali ini presiden Seniman iaitu Zed Zaidi tampil memberi pandangannya tentang isu panas ini.

Memang padu komen dari Zed Zaidi kali ini sampai beri warning kepada Aliff Aziz.

Ini komen dari Zed Zaidi: (Sumber: Rotikaya)

PANDANGAN SENIMAN

“Pertamanya dalam industri seni, kita bawa imej.

“Kedua ia melibatkan rumahtangga, jadi kita tak boleh nak kacau sangat, cuma saya boleh bagi pandangan dari sudut pandangan saya

PANDANGAN ZED ZAIDI

“Bagi saya, lu Aliff memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki kena hormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yang sentiasa dibelakang kita.

ALIFF  CEMAR IMEJ ARTIS MALAYSIA

“Jujur bagi aku, Aliff dah cemarkan imej artis Malaysia walaupun kau bukan artis Malaysia. Kau kena respek artis Malaysia

“Bila kau (Aliff) buat macam ini, imej artis Malaysia tercalar sedangkan kau artis luar.

“Aku tak nak kacau rumah tangga kau, itu kau jawab dengan Tuhan

KALAU LIBATKAN INDUSTRI, DAH PERGI IMEGRESEN

“Kalau libatkan industri, aku bukan habis kat balai polis, aku akan bawa kau ke Imegresen, sampai kau tak boleh masuk Malaysia lagi.

“Tapi aku teringat kata-kata isteri kau yang masih sayangkan kau, so aku respect

“Dari segi industri lu memang tak respek artis Malaysia.

“Inilah masalah artis luar. Ini perjuangan saya dari dulu lagi sampai sekarang.

INI MASALAH ARTIS LUAR

“Sekarang rakyat Malaysia dah tahu, kenapa kita perlu kawal kemasukkan artis luar ke Malaysia disebabkan benda benda buruk

“Kalau kita nak bawa, biar bawa yang berkualiti dan membantu industri kita terutama dari sudut cukai, hiburan

TENTANG AFIFAH

“Dia macam nilah, benda itu berlaku bukan dalam penggambaran, ini diluar penggambaran bermakna ini hal personal

“Jadi saya tak kacau personal, masing masing pandailah jawab

NASIHAT KEPADA ARTIS MUDA

“Apa yang saya boleh nasihat kepada artis artis Malaysia dan juga artis luar, terutama artis artis muda, tolong jaga kelakuan, aatitude dan apa saja perangai anda supaya jangan mencemar lagi imej negatif artis Malaysia

“Salah satu tugas Seniman ialah menjaga imej artis Malaysia

SENIMAN ADA RANCANGAN BUAT KURSUS KHAS

“Seniman dan pihak Finas akan kerjasama untuk buat kursus khas menolong mereka sebelum masuk industri ini.

“Ianya macam kahwin. Sebelum kahwin kena pergi kursus dulu.

“Dah ada sijil tu baru boleh layak masuk industri ini.

ALIFF AZIZ ADA APPLY SENIMAN?

“Tak pasti kena check dengan pejabat.

MEMANG SENIMAN TAK ADA TINDAKAN TERHADAP ALIFF?

“Ini hal personal kalau masuk campur kita pula tak gentleman.

“Tapi apa boleh saya bagitahu adalah pandangan saya sebagai Zed Zaidi yang mewakili rakyat Malaysia

“Rakyat Malaysia tak buat benda benda macam ni bro. Kau kena ingat ini Malaysia bukan negara kau

“kalau ada apa apa berlaku, memang gua kasi hentam sama lu la sebab ini negara aku tau

“Aku tahan sabar sebab aku masih respek kau lagi sebab isteri kau. Isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau

“Aku boleh macam macam dengan kau aku boleh buat complain dengan Imegeren sampai kau tak boleh masuk Malaysia.

“Jadi jaga perangai kau, kalau kali kedua kau buat kau jaga lah bro, gua cari lu sampai dapat!”

Sumber: Rotikaya via beritamemey.blogspot.my

 

 

Setiap Hari Bawa Bekal Ke Kubur Isteri..

 

Selalu kita melihat kisah sweet dipaparkan di media, kisah artis itu ini lakukan sesuatu yang diimpikan oleh wanita kepada pasangannya.

Namun, ianya hanyalah sweet di dunia semata-mata, tetapi apa yang diceritkana oleh Imam Masjid Seksyen 13, Shah Alam, Ustaz Muaawidz Al -Ansor Dzulkefly sungguh membuktikan cinta sejati itu wujud dan berkali-kali sweet berbanding yang ada di dunia ini.

Jom kita baca.

Jika anda bertanya apa itu Cinta Sejati love tilljannah, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alami sendiri. Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami di dalam gambar ini.

Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah seksyen 13 di tanah perkuburan seksyen 21 shah alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi.

Sedang mencari-cari pusara nenek, seorang abang yang kacak (masya Allah) menghampiri saya lalu menyapa “Assalamualaikum …Cari kubur siapa tu ustaz? Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan mei & april 2015.”

Mendengar kata-kata itu tadi saya agak kagum dengan lelaki tersebut. Lagak pakaiannya tidak langsung menunjukkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.

Tiap-tiap hari pergi kubur

justify;”>Abang kacak : “Heh..ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir tiap-tiap hari, dulu KAMI tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat KL, SAYA decide pindah ke KL jugak lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni.”

Saya : “Owh ye ke. Kalau dah tinggal dekat KL, macam mane pulak abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari”? Dekat kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini”?

Abang kacak : “Kebetulan memang saya bekerja dekat seksyen 21 ni je..so setakat menyinggah memang tak de masalah” (sengih).

“Erm..alang2 ustaz dah tanya..saya cite sikit ye..itu pun kalau ust ada maselah”
Saya : (angguk2x)

Dia isteri pertama dan terakhir saya

Abang kacak : “Sebenarnya…kubur yang saya ziarah ni bukan setakat waris saya ustaz…dialah pelengkap hidup saya…dialah penyeri hidup saya…senang cite dialah isteri saya yang pertama dan selama-lamanya yang terakhir untuk saya ustaz.”

“Sepanjang dia hidup dia tak pernah mengeluh bila kami hidup susah, apatah lagi meminta-minta kerana dia tahu saya belum cukup mampu untuk beli itu ini buat masa tu”.

“Sampailah satu hari, bile kami dapat tahu dia jatuh sakit, hidup kami semakin susah, bayangkanlah duit gaji habis dekat kot kos rawatan saje., belum kos lain-lain lagi, masa tu saya hampir putus mengharap tapi wife pulak yang kuatkan saya”.

“Dua tiga hari sebelum wife meninggal, dia ada tanya satu soalan.”

Arwah isteri: “Cuba abang bagitau sayang, sebesar mana cinta abang dekat sayang?”

Abang kacak : “Cinta abang kepada sayang seluas jarak abang hidup di dunia dan sayang hidup di syurga”

Ketika itu tidak ada ungkapan melainkan hanya tangisan… Saya menjabat tangannya dan cuba menenangkannya dengan berkongsikan sebuah hadis Nabi s.a.w (boleh baca di bawah untuk rujukan)
Beliau menerima hadis tersebut dengan gembira dan meminta agar saya tuliskan kepadanya hadis tersebut untuk menjadi ingatan buatnya.

Bawa bekal, setiap hari makan tepi kubur isteri

Begitulah sebuah pertemuan singkat tetapi cukup mengajarkan kepada kita erti cinta yang abadi. Di akhirnya saya sempat bertanya kepada beliau, “abang datang sini bawak bekal ke?, Nampak macam tupperware je?”,

Abang kacak itu tersenyum, katanya “waktu lunch hour, memang saya akan makan kat sini”
Saya tergamam, inilah cinta sejati, inilah love tilljannah

Rujukan hadis :

“Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudah ku : kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga,” H.R al-Baihaqi

Hadis ini walaupun disabdakan khusus untuk isteri2 Nabi s.a.w namun maksud yang cuba disampaikan applicable juga Untuk kita yakini dan kita hajati. Syaratnya kedua2 pasangan kejarlah syurga Allah untuk mendapat #love #tilljannah.

© copyright 2016 – All rights reserved

BLOGMAZEER.COM

 

loading...