Dah lama aku pendam benda ni. Tapi makin aku berdiam, makin menjadi-jadi pula aku tengok. Aku tak pasti kalau ada orang yang pernah confess pasal benda ni ke tak sebab aku jarang sangat baca benda-benda dekat sini. Tapi sebab dah tak tahan sangat, aku terpaksa burst. Sekarang makin ramai yang kahwin muda dalam kalangan kenalan aku. Kawan sekelas aku, seniors aku, malah juniors aku. Siap ada yang dapat anak dah pun. Benda ini tak jadi pelik pun, iyelah sebab uia kan? Kira benda biasalah. Aku pun takdelah nak anti pasal kahwin muda ni. Sebab benda bagus.
Sekadar Gambar Hiasan.
Yang jadi tak bagusnya bila jenis kahwin awal ni sibuk nak upload gambar bahagia dengan pasangan dekat media sosial. Tolonglah. Tak perlu kot nak update atau upload 24 jam setiap detik dengan pasangan halal anda tu dekat medial sosial. Aku tahu korang tengah bahagia dapat peluk pegang cium pasangan korang sebab dah halal. Iye pergilah peluk cium sana tu. Tapi benda gini tolonglah jangan duk tayang sangat dekat umum. Kau rangkul lengan husband kau dan bubuh caption sweet-sweet untuk apa? Apa niat sebenar ni? Orang daripada suka tengok jadi meluat. Tapi ada yang berani nak tegur ke? Takde pun aku rasa. Sebab satu, orang masih rasa itu sweet. Atau dua, orang dah tak ambil port. Atau tiga, orang dah unfollow kau. Haha.
Bayangkan, senior aku upload gambar dengan pasangan dia dengan caption anniversary setiap minggu. Memang perlu eh mention sekarang dah masuk minggu anniversary yang ke berapa? Senior aku ni kahwin masa belajar sebab perkahwinan atur. Jadi, kiranya dia ni bercinta selepas nikahlah. Aku pikir mungkin dia terasa sangat bahagia pasal bercinta tu lalu dia fikir Eh aku nak sharelah kebahagiaan aku ni dekat insta, nak kena update apa perasaan aku ni. Duh.
Kita bandingkan dengan ibu ayah kita sajalah. Pada zaman sekarang dimana golongan ibu ayah lebih gunakan facebook berbanding zaman dulu, ada ke kita tengok diaorang upload pasal kebahagiaan diaorang 24 jam? Ibu ayah aku tak reti guna facebook semua ini tapi takpe tak jadi masalah pun. Aku kawan juga dengan ibu ayah kawan-kawan aku dekat facebook. Dalam ramai-ramai ibu ayah itu, takde satu pasangan pun pernah aku tengok diaorang upload gambar peluk bini/laki masing-masing dan letak caption sweet. Jauhnya beza dengan zaman sekarang hmm.
Lagi seorang junior aku ini. Aku tak pernah pun cakap dengan dia. Follow dia pun sebab banyak cerita pasal kehidupan dia share, kira seronoklah bila baca. Tapi lepas dia kahwin, cerita pasal kehidupan takde dah dia share. Balik-balik cerita pasal pasangan dia yang tersangat perfect dimata dia. Puji pasangan dia rajinlah pemalulah apalah. Come on orang taknak tahu pun lah. Simpan sendiri-sendiri sudahlah. Aku kesian dengan partner dia tu. Sebab junior aku ni tak sedar yang dia dah hampir mengaibkan partner dia dalam diam, tanpa dia sedar. Kalau sampai gambar partner tidur pun nak upload dekat medial sosial, apa sebab sebenarnya ni? Salah seorang kawan aku dari universiti lain follow junior aku ni juga sebab junior aku terkenal. Tak sangka hari itu masa keluar dengan dia, dia cakap Budak uia kalau kahwin awal memang perangai macam gitu ke? Macam menayang kebahagiaan? Malu wei sumpah aku malu waktu itu.
Kawan aku. Dia baru kahwin beberapa bulan yang lalu dan dia baru pergi honeymoon sama tempat dengan lecturer aku pergi honeymoon. Aku taktaulah dia ikut trend ke apa sekarang ini tapi semua tempat dia pergi dia mesti upload gambar sambil peluk laki dia. Jenis suka cerita semua benda secara terbuka. Iya niat dia mungkinlah sebab nak share dekat followers dia yang dia pergi tempat indah dan sedang berbahagia sangat sekarang. Pasal lecturer aku tu pulak, beliau muda macam aku dan kawan aku, lebih kurang je usia kami. Tapi takde sekeping gambar pun dia upload pasal dia pergi honeymoon ini. Aku haritu message mdm aku ni, aku saja usik beliau sebab kami rapat Mdm, mana gambar honeymoon mdm haha takde upload pun? Simple je mdm aku balas. Hehe takpela. Bahagia ini takyah tayang pun takpe. Kita simpan sendiri-sendiri je cukuplah. Nampak tak beza antara orang matang dengan budak-budak yang berkahwin?
Kalau aku nak tegur pun, mesti akan ada manusia yang rajin komen eleh tak suka tak payahlah follow. Mereka kawan aku. Aku follow sebab nak tahu apa perkembangan mereka, tapi kalau inilah yang ditayangkan, hmm tak mustahil kalau aku terpaksa unfollow terus manusia macam gini. Sebab itu aku ambil langkah untuk bagitau sini dengan harapan tolonglah baca wahai kawan aku, senior aku, dan junior aku!
Jujur aku cakap, disebabkan golongan ginilah aku dah mula ada perasaan buruk pasal kahwin awal semasa belajar. Merepek tahu merepek? Belajar tak habis lagi dah sibuk nak kahwin. Kalau jenis reti tutup rahsia tak menayang takpela juga. Kahwin awal itu tidak salah, yang salahnya bila orang yang berkahwin itu buat perangai macam gini. Aku tanya kawan aku haritu (bukan dia saja, ada la 3 4 orang lagi kawan yang dah kawin awal) kenapa dia nak kahwin awal, iyalah lagi 2 tahun kot nak habiskan study. Dia cakap kalau aku berada ditempat dia yangdah couple lebih 4 tahun dengan partner dia, akan timbul rasa kosong dekat relationship ni sebab korang takboleh nak pegang-pegang.Huh? Kalau rasa kahwin awal tu semata-mata nak jadi halal dalam bab pegang-memegang, tolonglah betulkan balik niat tu. Aku tak reti juga bab agama begini, tapi sekurang-kurangnya aku tahu ini tak sepatutnya jadi niat utama kenapa nak berkahwin awal. Yang kecewa. #NotaWawa: kecewa ke jeles? Haha *burn*. Cik Fatin via IIUM.
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment