Telah menjadi viral gambar seorang lelaki berumur 62 tahun bernikah dengan seorang perempuan muda baru berumur 18 tahun.
Gambar yang pada mulanya dimuat naik oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook tersebar luas sehingga ada mempersendakan pasangan itu.
Beberapa page dan komen yang diberi seperti mempersenda perkahwinan tersebut kerana jurang umur mereka yang besar.
Hilang sabar apabila kisahnya ditertawakan, pengantin perempuan, Nur Nasirah, isteri kepada Ismail Lambak, tampil memberi komen.
Ini komennya di laman Himpunan Cerita Lawak yang menjadikan kisahnya sebagai bahan lawak:
“Terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya. Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak.
“Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah buat saya jadi hotsuff sekejap.
“By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Kalau saya cakap saya tak maafkan awak sebab awak heboh gambar ini, awak rasa okay tak? Okaylah kot kan?
“Biasalah manusia ini, hal orang sedap saja kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita, pandai pula nak melenting.
“Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin,”
Setelah lama berdiam diri akhirnya pengantin perempuan ini hilang sabar lalu tampil menegur tindakan sesetengah pihak itu yang memberi komen keterlaluan.
Sumber: sehijaudaun90
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment