loading...

Wednesday, 31 August 2016

Mahasiswa Trauma Dirogol Kenalan Lelaki Yang Baru Dikenali Adegan Dirakam

2caaOHE



REMBAU Seorang mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) di salah sebuah universiti awam di negara ini trauma apabila dirogol oleh kenalan lelakinya yang baru dikenali melalui aplikasi sosial, SweetRing kira-kira sebulan lalu.

Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa berusia awal 30-an berjaya melarikan diri daripada kenalan durjananya selepas dirogol apabila lelaki itu singgah di salah sebuah stesen minyak di Senawang sebelum mangsa memberikan alasan untuk ke tandas.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini hanya berhubung dengan lelaki terbabit melalui aplikasi berkenaan dan dua minggu selepas berkenalan, mereka bertukar-tukar nombor telefon serta berjanji untuk bertemu.

Menurutnya, mereka berjanji berjumpa di salah sebuah tol dan mangsa telah meletakkan kenderaannya di tol berkenaan sebelum menaiki kenderaan suspek jenis Perodua Viva.

“Mangsa dibawa ke sebuah kolej di Melaka memandangkan kenalannya itu mahu mengambil barangan penting.

“Sesudah suspek mengambil barangan berkenaan, mangsa memohon suspek segera menghantarnya pulang namun lelaki itu mulai berubah sikap menjadi bengis.

“Suspek juga menyatakan terpaksa menukar kereta di Seremban sebelum menghantar mangsa pulang kerana kereta berkenaan mengalami masalah suhu naik,” katanya.

Sumber berkata, mangsa semakin bimbang dan takut apabila dia dibawa melalui kawasan terpencil dan dikelilingi kelapa sawit.

“Suspek menyuruh mangsa memeluknya, namun mangsa enggan dan suspek mula bertindak ganas dengan memaksa mangsa memuaskan nafsunya.

“Lebih malang lagi, lelaki itu bertindak jahat dengan merakam adegan berkenaan. Sesudah itu, suspek meneruskan perjalanan bagi menghantar mangsa dan singgah di salah sebuah stesen minyak di Senawang,” katanya.

Menurut sumber, mangsa telah meminta pertolongan daripada kakitangan stesen minyak yang kebetulan berada di dalam tandas.

“Mangsa yang menetap di Selangor segera menyelamatkan diri dengan menyorok di kaunter stesen minyak berkenaan dan meminta bantuan polis.

“Suspek beredar dari stesen minyak berkenaan, namun datang kembali serta meletakkan beg tangan mangsa di kaunter stesen minyak berkenaan.

“Mangsa kemudian memeriksa beg tangannya dan mendapati telefon bimbitnya jenis Iphone 6, seutas rantai berserta loket berukir namanya dan wang tunai sebanyak RM60 lesap,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Pedas, malam Jumaat lalu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, lokasi kejadian di tepi jalan di sebuah premis di Pedas yang merupakan kedai rakan suspek yang sudah tidak lagi beroperasi.

“Suspek berusia 22 tahun yang beralamat di Rembau sudah ditangkap dan kini ditahan reman,” katanya.


sumber

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...