Polis Dedah Hasil Bedah Siasat Budak 2 Tahun Mati Didera Kakak Dan Abang Ipar..Terjawab Semua Penipuan Suspek
Asdayat Nudzirah Nur Safiah Sabaruddin, 2, yang meninggal dunia di Paka dekat sini semalam dipercayai didera oleh ahli keluarga sendiri.
Arwah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka pukul 3.45 petang oleh kakak dan abang iparnya namun disahkan telah meninggal dunia beberapa jam yang lalu.
Dia dikatakan ditinggalkan oleh ibu bapanya di bawah jagaan pasangan itu selepas Aidilfitri lalu kerana mereka bekerja di Kuala Lumpur.
Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaacob berkata, pasangan yang menjaga kanak-kanak berkenaan mendakwa mangsa sudah meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari.
Menurutnya, hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan terhadap tubuh mangsa mendapati banyak kesan mencurigakan.
Keseluruhan badan kanak-kanak malang itu mempunyai banyak kesan parut dan luka lama di belakang kaki kiri, lebam di dahi, luka di bibir dan luka di kepala bahagian kiri yang masih berbalut.
Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan berkenaan, namun punca kematian belum diketahui. Bedah siasat dilakukan hari ini dan kita masih menunggu keputusan pihak hospital, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Zailani berkata, susulan kejadian itu, kakak dan abang ipar mangsa yang tinggal di Tebing Tembah Paka telah ditahan di hadapan bilik unit forensik Hospital Dungun malam tadi.
Pasangan suami isteri yang kedua-duanya berusia 21 tahun telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman dan mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Kakak mangsa difahamkan tidak bekerja manakala suaminya bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat tempatan, ujar beliau.
Tambah Ahmad Zailani, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment