Ramai yang menganggap Sabah mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada 16 September 1963, hari pembentukan Persekutuan Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura.
Tahukah anda sebenarnya Sabah sudah mengisytiharkan kemerdekaan dan hak berkerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963? Hari Kemerdekaan Sabah telah disambut dengan meriah di seluruh negeri pada hari tersebut. Akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1963 telah melaporkan:
"On top of a hillock the new Sabah flag was flying proudly in the morning breeze in front of the District Council building. District Councillors and village elders took up position before the proclamation made in various languages."
Selamat menyambut Hari Merdeka untuk Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Sumber: Akhbar The Sunday Times, 1 Sept 1963
0 comments:
Post a Comment