loading...

Thursday, 1 September 2016

Isu FAM: Khairy serah 'pendrive' TMJ pada SPRM

Isu FAM: Khairy serah 'pendrive' pada SPRM
Khairy menerima pendrive itu pada Jumaat dari Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat teknikal dalam FAM. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menyerahkan pemacu pena atau 'pendrive' yang didakwa mengandungi dokumen melibatkan skandal dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), tiba kira-kira jam 11.30 pagi dan menyerahkan 'pendrive' serta salinan dokumen berkenaan kepada Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini.

Dokumen tidak diubah

Menurut Khairy, beliau tidak mengubah dokumen yang ada dalam 'pendrive' berkenaan sebelum menyerahkannya kepada SPRM.

"Kandungan 'pendrive' itu adalah seperti mana yang diserahkan kepada saya oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ). Saya cuma buka untuk dibaca dan dicetak. 'Pendrive' yang sama telah saya serahkan pada SPRM," katanya semasa ditemui media di luar Ibu Pejabat SPRM selepas selesai menyerahkan 'pendrive' di sini hari ini.

Tegasnya, beliau tidak pernah mengesahkan bahawa terdapat unsur rasuah dalam dokumen berkenaan, sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

"Itu (soal unsur rasuah) saya serah pada SPRM untuk membuat siasatan. Biarlah mereka sebagai agensi bertanggungjawab untuk buat siasatan berkenaan isu rasuah ini, siasat dulu dan buat satu pengumuman sama ada kandungan 'pendrive' itu ada atau tidak apa-apa kes penyelewengan dalam FAM.

"Saya sudah bagi bayangan sebelum ini berkenaan apa kandungan dan sebagainya laporan teknikal. Oleh kerana laporan itu sudah ada di tangan SPRM, saya serah pada mereka untuk buat siasatan dan memberi pandangan mereka sama ada dalam kandungan itu ada kes yang boleh disiasat dengan lebih lanjut," jelas beliau lagi.

Sumber: Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

loading...