KUALA LUMPUR: Pengguna sistem Aliran Transit Ringan (LRT) dan monorel yang menggunakan pembayaran tanpa tunai akan diberikan diskaun tambang sebanyak 50 peratus untuk perjalanan antara 6 hingga 7 pagi bermula 16 Sept ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata diskaun berkenaan bertujuan mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan Monorel pada waktu puncak.
"Pengguna kad Touch 'n Go, MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30, dan pemegang kad konsesi (pelajar, warga emas, orang kelainan upaya) akan menikmati kadar diskaun ini dari harga semasa.
"Diskaun ini juga bertujuan menggalakkan pengguna menukar corak perjalanan mereka dari waktu puncak pagi iaitu antara 7 hingga 9 pagi kepada seawal 6 hingga 7 pagi untuk mengelakkan kesesakan di beberapa stesen," katanya pada sidang berita di sini pada Khamis.
Beliau berkata kira-kira 10,000 pengguna dijangka mendapat manfaat melalui diskaun tersebut, dan diharap dapat mengubah corak perjalanan mereka selaras dengan konsep 'win-win situation'.
"Diskaun ini meliputi laluan LRT Kelana Jaya, LRT Sri Petaling, LRT Ampang, Monorel Kuala Lumpur dan Bus Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway," katanya.
Azmi berkata 66 peratus daripada pengguna LRT dan monorel sekarang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz berkata diskaun berkenaan bertujuan mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan Monorel pada waktu puncak.
"Pengguna kad Touch 'n Go, MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30, dan pemegang kad konsesi (pelajar, warga emas, orang kelainan upaya) akan menikmati kadar diskaun ini dari harga semasa.
"Diskaun ini juga bertujuan menggalakkan pengguna menukar corak perjalanan mereka dari waktu puncak pagi iaitu antara 7 hingga 9 pagi kepada seawal 6 hingga 7 pagi untuk mengelakkan kesesakan di beberapa stesen," katanya pada sidang berita di sini pada Khamis.
Beliau berkata kira-kira 10,000 pengguna dijangka mendapat manfaat melalui diskaun tersebut, dan diharap dapat mengubah corak perjalanan mereka selaras dengan konsep 'win-win situation'.
"Diskaun ini meliputi laluan LRT Kelana Jaya, LRT Sri Petaling, LRT Ampang, Monorel Kuala Lumpur dan Bus Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway," katanya.
0 comments:
Post a Comment