14 Ditahan Polis Menjelang Demo Haram Bersih 5
Published on Nov 19, 2016in Politik/Slider/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Polis telah melancarkan gerakan besar-besaran dengan menahan pemimpin aktivis Baju Kuning dan Merah untuk pelbagai siasatan menjelang himpunan haram pada Sabtu.
Portal berita AgendaDaily melaporkan, setakat awal pagi Sabtu, seramai 15 orang termasuk Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah ditahan dalam serbuan di lokasi berasingan sepanjang petang hingga ke lewat Jumaat malam.
Tidak ketinggalan ialah Pengerusi Persatuan NGO Malaysia dan Gabungan Gerakan Merah Malaysia atau lebih disebut sebagai Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunus pula ditahan pada pukul 1.30 pagi Sabtu.
Difahamkan beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu sudah pun dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen Selangor di Shah Alam dekat sini untuk menjalani proses siasatan yang lebih lanjut.
Sebelum itu kalangan wartawan gagal mengesannya sejak petang Jumaat. Malah beberapa individu yang diketahui rapat dengan Jamal ketika dihubungi media berkata, mereka juga tidak tahu di mana beliau berada.
Jamal hanya mengeluarkan satu kenyataan menjelang tengah malam dari satu lokasi yang tidak diketahui dengan mengalu-alukan berita penahanan Maria dan pegawai sekretariat Bersih, Mandeep Singh.
Kedua-dua tokoh propembangkang itu berjaya ditahan semasa pihak polis datang membuat serbuan secara mengejut ke pejabat Bersih di Petaling Jaya pada sebelah petang Jumaat.
Media dimaklumkan bahawa serbuan tersebut dijalankan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada institusi demokrasi berparlimen.
Turut ditahan di beberapa tempat berasingan ialah Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan pemimpin DAP Selangor, Ronnie Liu serta ahli DAP, Lee Khai Meng dan Wong Chee Wai.
Juga aktivis mahasiswa yang diketahui sebagai antikerajaan iaitu Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md. Yusof dan Muhammad Safwan Anang.
Manakala Setiausaha DAP yang juga Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke ditahan dan dibawa ke Bukit Aman bawah Akta Hasutan kerana ucapan pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam minggu lalu.
Mereka yang ada kaitan dengan Baju Merah turut ditahan antaranya ialah Hairol Nizam Md. Nor, Ariffin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Ipin Keramat dan Razali Zakaria. Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Tags: Jamal YunusMaria Chin
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 18, 2016
Maria Chin, Pegawai Bersih Ditahan Bukit Aman
PETALING JAYA Dua aktivis propembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan tidak berdaftar Bersih, Maria Chin
Oct 29, 2016
Maria Chin Ditahan Polis Sabah Promosi Bersih 5
KUALA LUMPUR Pemimpin Bersih 5, Maria Chin Abdullah ditahan di Kota Marudu, Sabah oleh pihak
Oct 25, 2016
7 NGO Lapor Polis Dakwa Maria Chin Cakap Perkauman
KUALA LUMPUR Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa
Post navigation
Previous Story Previous post: Abdul Hadi Dalam Keadaan Baik Setiausaha PolitikNext Story Next post: Bersih 5: Jamal Md Yunos Ditahan Polis
Terkini dari Politik
Nov 19, 2016
Bersih 5: Ambiga Tiba, Penyokong Semakin Bertambah
KUALA LUMPUR Kehadiran bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih Nov 18, 2016
Anggota GAUM Sertai Perhimpunan Anti-Bersih Esok
KOTA KINABALU Gerakan Akarumbi UMNO Malaysia (GAUM) menghantar 3,000 anggotanya untuk Nov 18, 2016
PAU 2016: Negeri Sembilan Fokus Isu Pendidikan
SEREMBAN Agenda pendidikan merupakan antara isu utama yang akan dibangkitkan UMNO Nov 18, 2016
Skandal Rumah Mewah: Adam Rosly Enggan Dedah Niaga Apa
BERIKUTAN pendedahan kontroversi kemewahannya terbongkar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Nov 18, 2016
Bersih Hanya Mahu Rakyat Jadi Emosional
BATU PAHAT Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment