loading...

Saturday, 5 November 2016

Bayi Baru Lahir Ditemui Di Dalam Longkang

2f6VD3J2f70xxN

KULAI – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui masih hidup di dalam longkang di belakang rumah di Taman Jaya Sepakat, Senai, jam 4.30 petang semalam.


LaporHarian Metro, bayi seberat 2.9 kilogram itu yang dipercayai baru dilahirkan dan masih berdarah serta bertali pusat dalam keadaan tanpa pakaian.


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan dari penduduk kawasan berkenaan yang memaklumkan penemuan bayi itu.


“Tubuhnya lemah dan agak kebiruan ketika ditemui. Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Kulai dan pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan bayi itu berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui oleh penduduk. Dan sehingga kini masih tiada mana-mana pihak yang tampil menuntut bayi itu,” katanya.


Razak berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan ibu kandung dan warisnya. Sementara itu bayi berkenaan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Kes diklasifikasikan sebagai membuang bayi dan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu, diminta menghubungi polis

Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber: jubahsemalam

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...