loading...

Tuesday, 1 November 2016

FULAMAK Gempak Lah Fesyen Che Ta Sekali dengan anak Che Ta yang gaya ratu tu siapa lagi kalau bukan Aaisyah Dhia Rana Patutlah ramai geram sampai akaun Instagram dah 257 ribu pengikut Maknya lagi hebat 26 juta pengikut Meletup anak beranak ni Inilah 18 GAMBAR ULANGTAHUN KELAHIRAN KE2 Aaisyah Dhia Rana yang berlangsung petang semalam di hotel terkemuka The RitzCarlton Kuala Lumpur Paling GRAND Dan Jarang Dibuat Artis Malaysia Sebab Fesyen Sekeluarga Yang TERLAJAK DIVA Gambar No18 GEMPAK HABIS

Image_17.jpg

Hajat untuk meraikan ulangtahun kelahiran ke-2 anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di London tidak kesampaian apabila pelakon dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta yang sepatutnya terbang ke London, Ahad lalu itu berdepan masalah cukai tertunggak.

Menurut Che Ta, beliau sudah pun membuat tempahan lokasi dan persiapan bagi meraikan hari istimewa anaknya di sana, namun masalah cukai dihadapi menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat buat sementara waktu.

Image_18.jpg

Che Ta memberitahu beliau perlu melunaskan sejumlah tunggakan yang besar sekiranya ingin ke luar negara.

“Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus.

“Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan.

Image_16.jpg

“Begitupun, buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum mampu saya lakukan lagi,” jelas Rozita ketika ditemui media pada majlis hari lahir anak bongsunya itu di sebuah hotel terkemuka iaitu di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, petang semalam.

Kata wanita jelita yang terkenal dengan drama ‘Kiah Pekasam’ ini, beliau bersyukur apabila anak kecilnya belum memahami masalah dihadapinya itu.

“Mujur Aaisyah masih kecil dan tidak faham masalah yang saya lalui. Kalau sudah besar, barangkali dia akan berkecil hati.

Image_15.jpg

“Cuma, ‘moodnya’ memang kurang baik hari ini. Saya sendiri sebenarnya jarang membawanya ke acara membabitkan ramai orang. Jadi, memang dia tidak biasa dengan dengan situasi seperti ini,” katanya merujuk kepada majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekatnya.

Sebagai ibu, kata isteri kepada pelakon Zain Saidin ini lagi, beliau berusaha untuk membahagiakan anak-anaknya.

“Sebelum ini, majlis hari lahir abangnya, Ammar, umpamanya diadakan di Santorini, Greece. Cuma nasib Aaisyah kurang baik apabila ibunya berdepan masalah pula saat ini,” ujar Rozita.

Untuk rekod, Che Ta selamat melahirkan Aaisyah secara normal pada 1 November 2014 di Hospital Ampang Puteri.

Image_1.jpg

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Image_13.jpg

Image_14.jpg

Image_17.jpg

Sumber: Berita Harian & Rozita Che Wan IG
Foto: Rozita Che Wan IG, @qmlrl, The Assemble & @nhaziz

Sumber asal: myartis.com

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...