loading...

Saturday, 5 November 2016

Isteri Diceraikan GaraGara Sibuk Bermain Handphone Pada Malam Pertama

2epB2oQ

Di Arab Saudi, seorang lelaki menceraikan isteri yang baru dikahwininya tak sampai sehari kerana wanita tersebut terlalu sibuk dengan telefon bimbitnya pada malam pertama mereka.

Menurut laporan Gulf News, kejadian berlaku apabila pengantin lelaki membawa isterinya itu bilik hotel selepas beberapa jam melangsungkan perkahwinan.

Lelaki tersebut yang mengharapkan malam pertama yang indah bertukar menjadi tragedi apabila isterinya itu menolaknya dan sibuk melayan kawan-kawannya untuk menceritakan tentang majlis perkahwinannya.

Apabila ditegur, wanita itu memarahi suaminya dan tidak mempedulikannya.

Apabila ditanya adakah kawan-kawannya lebih penting, pengantin wanita menjawab, Ya.

Menurut sumber, berlaku pertengkaran dan lelaki itu terus keluar dari bilik hotel sambil memberitahu kepada wanita itu bahawa dia mahu bercerai.

Kes berkenaan dirujuk kepada jawatankuasa perdamaian, namun lelaki tersebut tetap mahu bercerai.

Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber: jubahsemalam

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...