loading...

Friday, 18 November 2016

Lebih Ramai Peserta Baju Kuning dan Merah Akan Ditahan

Kuning & Merah

Lebih Ramai Peserta Baju Kuning & Merah Akan Ditahan

Published on Nov 19, 2016in Politik/Terkini

BAGAN DATOH Lebih ramai individu yang menyertai Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu, senarai individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah dikenal pasti namun pihak polis tidak akan mendedahkan senarai nama berkenaan.

Jelasnya tidak timbul isu ketidakadilan kuasa daripada polis kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemimpin utama kumpulan berkenaan.

Kita berharap dengan penangkapan pemimpin berkenaan ia merupakan satu isyarat daripada pihak polis dan bahawa undang-undang dan akta sedia ada perlu dihormati meskipun perhimpunan itu diteruskan.

Tidak timbul isu ketidakadilan kuasa kerana bukan satu pihak sahaja yang ditahan, dan akan ramai lagi ditangkap, katanya kepada pemberita selepas meninjau mangsa banjir di Kampung Simpang Tiga, Rungkup di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup dan Pegawai Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin.

Justeru itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kuasa dan pelaksanaan undang-undang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pengerusi gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos dan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah merupakan antara 14 individu yang ditahan semalam dan awal pagi ini berkaitan perhimpunan haram yang diadakan di ibu kota hari ini.

Pada 8 Nov lalu, Khalid berkata kedua-dua notis telah dihantar kepada kedua-dua kumpulan berkenaan kerana tidak memenuhi prasyarat untuk menganjurkan perhimpunan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diadakan pada hari ini.

Dalam lawatan itu, Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh turut menyampaikan barangan keperluan asas dan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa banjir. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: BERSIH 5Zahid Hamidi

Anda Juga Mungkin Berminat

masjid Nov 19, 2016

Peserta Bersih 5 Hina Masjid Negara, Azan Zohor

BELUM lagi berjaya memerintah Malaysia, namun gelagat peserta Bersih 5 masih tidak berubah apabila tergamak mencemarkan

ungu4 Nov 19, 2016

Geng Samseng Ungu Kawal Peserta Bersih 5?

BUKAN sahaja ingkar arahan dengan pihak polis, penganjur perhimpunan haram Bersih 5 turut menggunakan pasukan keselamatan

Bersih 5: Hishammudin Rais Ditahan Polis Nov 19, 2016

Bersih 5: Hishammudin Rais Ditahan Polis

KUALA LUMPUR Seorang lagi ahli jawatankuasa pertubuhan haram Bersih 2.0, Hishammuddin Rais telah ditahan oleh

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Peserta Bersih 5 Hina Masjid Negara, Azan Zohor

Terkini dari Politik

PAU 2016 Nov 19, 2016

PAU 2016: Puteri UMNO Bahas Usul Perkasa Wanita Muda

JELEBU Puteri UMNO yakin setiap usul dalam aspek politik, ekonomi, agama ungu4 Nov 19, 2016

Geng Samseng Ungu Kawal Peserta Bersih 5?

BUKAN sahaja ingkar arahan dengan pihak polis, penganjur perhimpunan haram Bersih 5 Bersih 5: Hishammudin Rais Ditahan Polis Nov 19, 2016

Bersih 5: Hishammudin Rais Ditahan Polis

KUALA LUMPUR Seorang lagi ahli jawatankuasa pertubuhan haram Bersih 2.0, Hishammuddin Ambiga Nov 19, 2016

Bersih 5: Ambiga Tiba, Penyokong Semakin Bertambah

KUALA LUMPUR Kehadiran bekas Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 14 Ditahan Polis Menjelang Demo Haram Bersih 5 Nov 19, 2016

14 Ditahan Polis Menjelang Demo Haram Bersih 5

KUALA LUMPUR Polis telah melancarkan gerakan besar-besaran dengan menahan pemimpin aktivis

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...