loading...

Thursday, 17 November 2016

PAU 2016 UMNO PPinang Bawa Isu Kerajaan DAP Lemah

PAU 2016: UMNO P.Pinang Bawa Isu Kelemahan Kerajaan DAP

PAU 2016: UMNO P.Pinang Bawa Isu Kerajaan DAP Lemah

Published on Nov 18, 2016in Politik/Terkini

BUTTERWORTH Kelemahan dan kecacatan kerajaan DAP Pulau Pinang selama lapan tahun mentadbir negeri, merupakan isu dibangkitkan UMNO Pulau Pinang pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata perkara itu perlu dikongsi dengan perwakilan UMNO seluruh negara untuk dijadikan iktibar daripada pengalaman rakyat Pulau Pinang.

Banyak isu-isu di Pulau Pinang ini yang perlu kita kongsi antaranya kepentingan rakyat dan bumiputera dalam bidang perumahan, ekonomi, kebajikan, sosial dan alam sekitar. Isu-isu initidak diberi keutamaan langsung (oleh kerajaan negeri pimpinan DAP), katanya kepada Bernama, di sini.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 Nov sehingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka lebih 3,200 perwakilan hadir.

Tumpuan turut diberikan kepada persiapan UMNO Pulau Pinang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang diwakili Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya (usul agama) dan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk Ir Shaik Hussein Mydin (usul ekonomi).

Ditanya mengenai apa yang diharapkan UMNO Pulau Pinang pada perhimpunan kali ini, beliau berkata pihaknya mengharapkan perhimpunan itu dapat memberi suntikan semangat baharu kepada semua anggota parti untuk memantap dan memperkuat jentera menghadapi PRU14.

Bagi menghadapi pelbagai cabaran termasuk penubuhan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zainal Abidin menyeru semua anggota parti untuk terus setia dan jujur pada perjuangan parti yang banyak berjasa kepada mereka.

Beliau berkata penubuhan PPBM tidak sama senarionya dengan penubuhan PKR selepas timbalan presiden parti ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan menyifatkan kepimpinan kanan parti serpihan UMNO itu tidak ada sentuhan terus dengan rakyat Pulau Pinang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin lain tidak ada sentuhan terus dengan rakyat Pulau Pinang. Walaupun PPBM ini ada wakil-wakilnya di Pulau Pinang tetapi gerakan mereka nampak perlahan dan tidak menyerlah di mana-mana kawasan di sini, katanya.

Menurutnya UMNO Pulau Pinang tidak mengambil ringan perkara itu dan pihaknya berusaha untuk mengembalikan sokongan rakyat di negeri itu terhadap Barisan Nasional (BN) dan usaha itu juga memerlukan sokongan daripada parti-parti komponen BN untuk menarik undi bukan Melayu.

Zainal Abidin berkata walaupun UMNO Pulau Pinang berjaya memenangi kesemua 20 kerusi dipertandingkan, namun tidak mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan tanpa kemenangan kerusi parti komponen seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP.

Justeru, beliau berharap semua parti komponen terus bekerja keras dan lebih agresif dalam membawa isu-isu semasa di Pulau Pinang kepada masyarakat Cina dan India.

Saya harap orang Cina beri beberapa kerusi kepada Gerakan untuk mereka bersuara di DUN. Kita kena terima hakikat tanpa sokongan orang Cina kita tak boleh tubuh kerajaan. Tapi kalau tak dapat tubuh kerajaan pun kita harap dapat jadi pembangkang yang kuat.

Pembangkang yang kuat ni maknanya bukan sahaja UMNO jadi pembangkang, Gerakan pun ada kerusi begitu juga MCA dan MIC supaya mereka dapat mewakili suara parti dan juga rakyat Cina dan India Pulau Pinang, katanya.

UMNO memenangi 10 daripada 40 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-13. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: DAPPAU 2016UMNO

Anda Juga Mungkin Berminat

PAU 2016 Nov 18, 2016

PAU: Medan Serius Bincang Kejayaan & Kelemahan Parti

KOTA BHARU Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini, perlu menjadi medan paling serius untuk

DAP Kata Johor Bukan Lagi Kubu Kuat UMNO Oct 10, 2016

DAP Kata Johor Bukan Lagi Kubu Kuat UMNO

KUALA LUMPUR Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa Johor yang selama 56 tahun menjadi kubu

DAP Johor Gembira Pemimpin UMNO Berpaling Tadah Oct 7, 2016

DAP Johor Gembira Pemimpin UMNO Berpaling Tadah

KUALA LUMPUR DAP gembira dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Pembayar Zakat Rasai Pengalaman Santuni AsnafNext Story Next post: Pasangan Kekasih Kantoi Bersetubuh Dalam Taman

Terkini dari Politik

Tun M Sering Ubah Taktik Politik Demi Capai Matlamat Peribadi Nov 18, 2016

Tun M Sering Ubah Taktik Politik Demi Matlamat Peribadi

IPOH Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sering mengubah PAU 2016 Nov 18, 2016

PAU: Medan Serius Bincang Kejayaan & Kelemahan Parti

KOTA BHARU Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini, perlu menjadi 1mdb_nor0907d_620_437_100 Nov 18, 2016

Tindakan Tun M Pakai Baju T Bersih Tidak Gambar Negarawan

KUALA LUMPUR Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memakai baju T Bersih nik_abduh1-1024x686 Nov 17, 2016

PAS Nasihat Anam Muda Tidak Terkeliru Kerana Mahathir

KUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta golongan muda supaya Nik Abduh Sindir Husam Memang 'Rare' Nov 17, 2016

Nik Abduh Sindir Penyokong Tun M Dedak & Sejadah

KUALA LUMPUR Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. [emailprotected]

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...