Sering kali dilihat keluar negara bersama keluarga tercinta kemudian ditambah lagi dengan kemeriahan berpakaian sedondon, tidak dapat dinafikan ada segelintir masyarakat yang bagaikan tidak puas hati dengan apa yang dikongsikan di laman sosial Che Ta.
BACA: Tak Bayar Cukai, Che Ta Disekat Keluar Negara
Perumpamaan ukur baju di badan sendiri itu kena dengan diri saya. Jadi tidak salah kalau saya berbelanja mewah jika semua itu mengikut kemampuan saya. Dan tidak salah juga kalau saya mengetengahkan konsep sedondon dengan anggota keluarga pada setiap percutian kerana itu juga pilihan saya
Hinggakan terpaksa mengemas baju seharian untuk memastikan tema pakaian kami anak beranak semuanya sama juga saya tak kisah. Sebab kalau kita mahu semuanya sempurna maka seseorang itu perlu berkorban. Yang penting adalah kepuasan diri, jelasnya kepada Utusan Online.
Selain itu, apa yang tidak diketahui oleh orang ramai adalah usahanya yang tidak mengenal erti penat selain terpaksa membahagikan masa dalam menguruskan keluarga dan juga perniagaan malah kadang kala perkara tersebut mengheretnya untuk bekerja hingga lewat malam.
Sejauh mana pun kecaman orang ramai yang sakit mata melihat kesenangan Che Ta namun dalam masa yang sama pelakon wanita ini turut memberi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. (rtky/s)
SUMBER
utusan online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment