Adenan Pemimpin Luar Biasa Pengerusi Bernama
Published on Jan 11, 2017 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Allahyarham Tan Sri Adenan Satem merupakan seorang pemimpin luar biasa yang membawa perubahan besar kepada negeri Sarawak, walaupun memimpin negeri itu dalam masa yang singkat.
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang berkata Allahyarham membuat dasar-dasar yang membawa keuntungan kepada rakyat dan negeri Sarawak serta begitu lantang memperjuangkan hak negeri itu tanpa gentar atau pilih kasih.
Antara yang tidak boleh dilupakan ialah Allahyarham, sebaik menjadi Ketua Menteri, memanggil taukeh-taukeh balak di Sarawak berdepan dengan beliau dan mengatakan enough is enough, cukuplah
Beliau tidak lagi mahu perkara seperti pembalakan haram dan beliau akan bertindak tegas sekiranya perkara itu berlaku, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Adenan, 72, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.20 tengah hari ini di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching berikutan komplikasi jantung, 16 hari sebelum ulang tahun ke-73 kelahirannya.
Allahyarham menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2014. Adenan telah membawa Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, 2016.
Azman berkata Allahyarham juga membuat dasar untuk tidak lagi memberi konsesi balak yang banyak diberi sebelum ini bagi menyelamatkan hutan Bumi Kenyalang itu.
Akhir-akhir ini beliau mengemukakan dasar transformasi pembangunan luar bandar yang memberi keutamaan kepada kawasan luar bandar, sebab itu beliau mahu royalti minyak yang kini lima peratus dinaikkan kepada 20 peratus, katanya.
Azman, yang mengenali Adenan secara peribadi, berkata Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berbakat besar serta amat merendah diri dan kehilangannya bakal dirasai rakyat Sarawak.
Beliau sangat merendah diri, tidak mahu dipanggil Yang Amat Berhormat, dalam acara rasmi juga dilarang disebut gelaran yang panjang, just call me Chief Minister atau Adenan kerana itu nama yang diberi ibu saya, katanya sambil mengimbas kembali pertemuan kali terakhir mereka pada sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak pada 16 September tahun lepas.
Kata Azman, beliau dan Allahyarham Adenan mempunyai sedikit persamaan kerana Ketua Menteri Sarawak itu bermula sebagai wartawan di akhbar tempatan, Sarawak Tribune sebelum meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia dan kemudian menyertai politik.
Dalam pada itu, Azman yang merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak berharap negeri itu akan terus stabil dan maju di bawah kepimpinan baharu kelak. BERNAMA
Share this:
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Google+ (Opens in new window)
- Click to email this to a friend (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
- More
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Pocket (Opens in new window)
Tags: Datuk Seri Azman Ujangmeninggal duniaPengurusi BernamaTan Sri Adenan Satem
Anda Juga Mungkin Berminat
Jan 11, 2017
Pemimpin Sarawak Rasa Sedih Atas Pemergian Adenan
KUALA LUMPUR Beberapa pemimpin utama dari Sarawak melahirkan rasa sedih dan amat terkesan dengan pemergian
Jan 11, 2017
TPM Ucap Takziah Pemergian Allahyarham Adenan
BEIJING Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan
Jan 11, 2017
PM Ucap Takziah Pemergian Adenan, Tokoh Berwibawa
KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Menteri
Post navigation
Previous Story Previous post: Pemimpin Sarawak Rasa Sedih Atas Pemergian AdenanNext Story Next post: Kerajaan Melaka Ucap Takziah Atas Pemergian Adenan
Terkini dari Politik
Jan 11, 2017
Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak
KUALA LUMPUR Lapan bulan menerajui Sarawak selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Jan 11, 2017
PM Ucap Takziah Pemergian Adenan, Tokoh Berwibawa
KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah Jan 11, 2017
Tok Nan Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia
KUCHING Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pukul Jan 11, 2017
Responden Dakwa Kajian CPI Cabuli Hak Demokrasi Rakyat
Tindakan Centre of Policy Initatives (CPI) menghubungi sebilangan rakyat Malaysia melalui talian Jan 10, 2017
Puluhan Ribu Hadiri Pengebumian Rafsanjani
TEHRAN Berpuluh-puluh ribu rakyat Iran berada di Universiti Tehran pagi ini
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih






0 comments:
Post a Comment