China – Pengunjung di sekitar Ningbo di sini terkejut besar apabila melihat filem dewasa dipertontonkan di sebuah skrin LED gergasi di sebuah pasaraya selama lima minit.
Menurut Shanghaiist, insiden memalukan itu berlaku apabila seorang pekerja tersalah memuat naik koleksi peribadinya ke skrin yang terletak di Ningbo Tianlun Square.
Difahamkan juga, pasaraya yang terlibat telah memohon maaf atas kejadian terbabit. Bagaimanapun, kesilapan itu dilihat tidak mendatangkan kemarahan tetapi gelak tawa dari residen berdekatan.
RT.com pula melaporkan, kesilapan itu berlaku apabila pekerja yang terbabit menggunakan laptop peribadinya sendiri untuk membuat ujian keatas billboard tersebut.
Ketika dia meninggalkan laptop tersebut untuk beberapa minit, video ujian sudah habis dimainkan dan laptop itu terus memainkan video secaraautoplay.Hasilnya, video dewasa itu mula dimainkan.
Sumber:RT.com,Shanghaiist
Sumber: oohhmedia
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment