Indonesia – Sekeping foto yang merakam seorang pramugari mengendong seorang nenek tua yang dipercayai penumpang pesawat Garuda Indonesia penerbangan GA821 Kuala Lumpur-Jakarta menjadi viral di media sosial sejak semalam.
Menurut Liputan 6, pramugari yang dikenali sebagai Vera itu menjadi buah mulut netizen di negara tersebut kerana dia sanggup menggendong nenek yang menghadapi kesukaran untuk berjalan itu – dengan berkaki ayam.
VP Corporate Communication Garuda Indonesia, Benny Siga Butarbutar mengesahkan kejadian berlaku di dalam pesawatnya dan pramugari yang terlibat adalah Vera.
“Jujur, itulah sifat yang tertanam di hati semua pramugari Garuda Indonesia, sebagai satu standard layanan terhadap penumpang.
“Begitu juga pramugari muda yang bertugas dalam penerbagan GA821 Kuala Lumpur-Jakarta,” kata Benny.
Sementara itu, portal Tribun News pula melaporkan dengan lebih terperinci tentang kejadian itu.
Menurut portal terbabit, ketika penumpang semua sudah keluar, seorang penumpang tua masih terduduk di kerusi 41C dengan ditemani salah seorang anggota keluarganya.
Tanpa menunggu lama, Vera datang mendekati seterusnya mengetahui penumpang itu memerlukan kerusi roda.
Ketika bercakap sementara menunggu kerusi roda, Vera mengetahui nenek terbabit merupakan anggota rombongan umrah yang akan melanjutkan penerbangan seterusnya.
“Setelah menunggu beberapa waktu lamanya, kursi roda belum datang juga, maka Flight Service Manager (FSM) Ninik Septinawati dan pramugari Vera segera menawarkan bantuan untuk dapat secepatnya membantu penumpang keluar pesawat,” kata Benny.
Vera kemudian menggendong nenek tersebut di belakang untuk keluar dari pesawat sebelum bantuan kerusi roda tiba.
Difahamkan juga, nenek terbabit berjaya melanjutkan penerbangan yang berikutnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kewarganegaraan nenek terbabit.
Sumber:Tribunnews
View image on Twitter
Follow
Farchan Noor Rachman@efenerr
Mbak Flight Attendant@IndonesiaGarudaflight GA821 ini luar biasa. Mengharukan. Sampe speechless.
7:39 PM – 7 Jan 2017
4,3384,338 Retweets
2,1842,184 likes
Sumber: oohhmedia
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment