loading...

Wednesday, 11 January 2017

Irmohizan Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat

Irmohizan Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat

Irmohizan Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat

Published on Jan 11, 2017 in Politik/Utama & Sensasi

MENYAMBUT baik dasar dan pendirian tegas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa pegawai kerajaan yang diperakukan kenaikan pangkat dan penempatan perlu melepasi Tapisan Keutuhan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa syarat yang ditetapkan JPA.

Selaku ahli Jawatankuasa Parlimen Menangani Rasuah (JKMR) SPRM, saya menghargai kesungguhan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketegasan Ketua Setiausaha Negara yang mahu memastikan semua syarat yang ditetapkan dipenuhi termasuk mengemukakan permohonan Tapisan Keutuhan kepada pihak SPRM setiap kali urusan kenaikan pangkat pegawai awam dilaksanakan.

Kita sedia maklum bahawa telah wujud satu sistem dan prosedur yang baik dalam memastikan setiap pegawai kanan yang terlibat melalui proses Tapisan Keutuhan SPRM.

Memandangkan bilangan pegawai kanan perkhidmatan awam yang ditahan dan disyaki terlibat dalam Rasuah agak merisaukan dan membimbangkan adalah disyorkan agar proses ini disemak semula.

Kemungkinan ada kekurangan yang perlu diatasi agar proses Tapisan Keutuhan dijalankan dengan lebih efektif dan menyeluruh. Proses ini perlu diperketatkan lagi.

Tapisan keutuhan bagi pengambilan kakitangan awam yang baru juga perlu lebih teliti bagi memperlihatkan tahap integriti di kalangan penjawat awam.

Pada masa yang sama proses perisytiharan harta juga perlu dibaiki dan diketatkan serta ditambah baik dgn maklumat-maklumat tambahan seperti pendapatan kaum kekuarga yang lain.

Senario kebelakangan ini memperlihatkan seakan-akan menunjukkan pihak JPA dan SPRM tidak memperoleh maklumat secukupnya dalam memastikan proses Tapisan Keutuhan dan pematuhan prosedur perisytiharan harta adalah efektif.

Saya juga ingin mensyorkan supaya keanggotaan lembaga kenaikan pangkat perkhidmatan awam dikaji dan disusun semula dengan disertai hakim-hakim, ahli akademik, ahli-ahli parlimen atau tokoh-tokoh berwibawa negara.

Ini penting sekiranya wujud proses Tapisan Keutuhan dan isytihar kurang berkesan.

Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Parlimen Menangani Rasuah (JKMR) SPRM
merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
  • Click to email this to a friend (Opens in new window)
  • Click to print (Opens in new window)
  • More
  • Click to share on Pinterest (Opens in new window)
  • Click to share on Tumblr (Opens in new window)
  • Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
  • Click to share on Pocket (Opens in new window)
  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Ahli Parlimen Kuala SelangorJPASPRM

Anda Juga Mungkin Berminat

dzulkifli-ahmad-macc-3 Jan 10, 2017

SPRM Guna Akta Percukaian Usaha Banteras Rasuah

CYBERJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggunakan Akta Percukaian Negara bagi memperkukuh usaha membanteras

azam-baki Jan 10, 2017

Ketua Menteri Melaka Saksi Kes Libatkan Pegawai Beliau

PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron

Ahli Majlis Perlu Bawa Isu Masyarakat Kepada PBT Jan 10, 2017

Siasatan SPRM Tiada Kaitan Dengan Dirinya, Kata Idris

MELAKA Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan beliau hanya membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Tak Nak Mengalah, Ahso Mengamuk Tunjuk ColiNext Story Next post: Anugerah Puskas: Faiz Raih Insentif Berjumlah RM150,000

Terkini dari Politik

pakatan-harapan Jan 11, 2017

Pakatan Harapan Ambil Kesempatan Politik?

KUALA LUMPUR Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan zbernama Jan 11, 2017

Adenan Pemimpin Luar Biasa Pengerusi Bernama

KUALA LUMPUR Allahyarham Tan Sri Adenan Satem merupakan seorang pemimpin luar Adenan Jan 11, 2017

Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak

KUALA LUMPUR Lapan bulan menerajui Sarawak selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Datuk Seri Najib Tun Razak Jan 11, 2017

PM Ucap Takziah Pemergian Adenan, Tokoh Berwibawa

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah Jan 11, 2017

Tok Nan Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia

KUCHING Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pukul

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...