Pakatan Harapan Ambil Kesempatan Politik?
Published on Jan 11, 2017 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bersikap melampau kerana seolah-olah cuba meraih merit politik atas kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hari ini.
Tanpa menghiraukan perasaan keluarga dan rakyat Sarawak yang sedang bersedih, Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan berbaur politik yang mendakwa kononnya Adenan mempunyai pandangan yang selari dengan pembangkang berhubung masa depan negeri itu selama ini.
Beliau merupakan seorang tokoh federalisme yang mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 serta berjuang untuk hak rakyat Sarawak termasuk autonomi fiskal melibatkan peningkatan royalti minyak 20 peratus.
Malah kami berpendapat pandangan beliau mengenai Sarawak dan Sabah sering selari dengan Pakatan Harapan, dakwa Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.
Ironinya, Adenan sewaktu masih hidup dihembur dengan pelbagai dakyah dan tohmahan oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang bersungguh-sungguh mahu merampas Sarawak daripada pentadbiran beliau.
Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), Tan Sri Muhyidin Yassin yang kini menjadi sekutu Pakatan Harapan berkata, Adenan seorang pemimpin yang tegas, adil dan berjiwa rakyat.
Justeru, katanya, beliau dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan ke rumah Allahyarham di Santubong untuk menziarah jenazah serta mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. -MYNEWSHUB.CC
Share this:
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Google+ (Opens in new window)
- Click to email this to a friend (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
- More
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Pocket (Opens in new window)
Tags: DAPpakatan harapanPANPKR
Anda Juga Mungkin Berminat
Jul 12, 2016
Majlis Presiden Akui Pakatan Hilang Sokongan Rakyat
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan yang didominasi oleh parti DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
May 31, 2016
Wow! Pemimpin PAS Tampil Imej Pendekar Melayu
KOTA BHARU Berbeza muktamar sebelum ini, pemimpin PAS yang menghadiri Muktamar ke-62 di Kelantan Trade
Nov 18, 2015
DAP Pecat Semua Ahli PAS Daripada JKKK Pulau Pinang
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengesahkan sudah pun berjaya memecat semua ahli
Post navigation
Previous Story Previous post: 10 Termasuk Pelajar Diberkas Bersama Dadah & Air KetumNext Story Next post: Ramai Gadis Jepun Sakit Faraj Akibat Seks Bebas
Terkini dari Politik
Jan 11, 2017
Irmohizan Sambut Baik JPA Tapis Pegawai Naik Pangkat
MENYAMBUT baik dasar dan pendirian tegas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa pegawai Jan 11, 2017
Adenan Pemimpin Luar Biasa Pengerusi Bernama
KUALA LUMPUR Allahyarham Tan Sri Adenan Satem merupakan seorang pemimpin luar Jan 11, 2017
Adenan Pemimpin Politik Kesejahteraan Sarawak
KUALA LUMPUR Lapan bulan menerajui Sarawak selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Jan 11, 2017
PM Ucap Takziah Pemergian Adenan, Tokoh Berwibawa
KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah Jan 11, 2017
Tok Nan Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia
KUCHING Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pukul
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment