Isu BR1M: Tun Mahathir Dicabar Lapor Kepada SPRM
Published on Jan 3, 2017 in Politik
SEPANG Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaannya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan kepada rakyat sebagai rasuah.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melemparkan cabaran itu berkata, berbanding kenyataan terbuka, laporan rasmi kepada SPRM akan membolehkan suruhanjaya itu membuka kertas siasatan, menangkap dan mendakwa penerima bantuan berkenaan.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata dalam kes rasuah, pemberi dan penerima merupakan mereka yang berada di pihak yang salah dan boleh dikenakan hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang.
Pada saya apa juga pemberian kerajaan untuk membantu rakyat tidak boleh dianggap rasuah dan atas sebab itulah, saya cabar Dr Mahathir kemukakan laporan rasmi kepada SPRM, minta mereka lakukan siasatan.
Saya bagi contoh, Tabika Kemas, jika tidak ada bantuan kerajaan, ibu bapa perlu membayar sekurang-kurangnya RM200 untuk seorang murid, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi wang tunai kepada Orang Kurang Upaya, warga emas dan golongan sasar adakah ini juga dikira rasuah? katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas meninjau keadaan di Tabika Kemas Sri Siantan di sini, hari ini bersempena hari pertama sesi persekolahan 2017, Ismail Sabri berkata tindakan Dr Mahathir itu tidak lebih daripada sekadar melepaskan rasa sakit hati terhadap kerajaan, khususnya UMNO yang dianggap gagal memberikan tempat kepada anaknya bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz.
Mengenai dakwaan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bahawa jemaah yang menunaikan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tidak mabrur, beliau berkata Dr Mahathir tidak berhak menentukan perkara tersebut.
Dalam hal ini, saya rasa Dr Mahathir tidak ada hak, malah bukan sahaja Dr Mahathir, mufti atau sesiapa sahaja tidak boleh untuk menentukan haji seseorang itu mabrur atau sebagainya kerana setiap ibadah, pahalanya ditentukan oleh Allah SWT, katanya.
Dakwaan tersebut dibuat Dr Mahathir sewaktu berceramah di Taman Wira Mergong di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. BERNAMA
Tags: BR1MTun Mahathir
Anda Juga Mungkin Berminat
May 28, 2015
Tak Tunduk Pada Tekanan, Najib Turun Padang Jumpa Rakyat
Walaupun diasak segelintir pihak untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, nampaknya, Datuk Seri Najib Tun Razak
Jan 3, 2017
Najibnomik, BR1M Dan Era Ekonomi Tun Mahathir
PADAHari Natal, Tun Dr Mahathir Mohammad, Pengerusi PPBM dan de fakto ketua pembangkang mendakwa Bantuan Rakyat
Dec 30, 2016
Pendaftaran BR1M 2017 Dilanjut Sehingga 13 Jan
KUALA LUMPUR Tempoh pendaftaran baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dilanjutkan sehingga 13 Jan depan.
Post navigation
Previous Story Previous post: Mahkamah Tolak Rayuan MKini Berhubung Saman NajibNext Story Next post: Hanya Seorang Murid Tahun 1 Di SK Tebing Rebak
Terkini dari Politik
Jan 4, 2017
PAN Dakwa Ibu Bapa 2017 Menderita Anak Ke Sekolah?
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya tahun 2017 adalah Jan 4, 2017
Polis Indon Siasat Buku Jokowi Undercover
JAKARTA Polis sedang menyiasat penjualan buku yang didakwa menyebarkan kebencian terhadap Jan 3, 2017
Bekas Pengarah SPRM Mohon Bersara Awal 6 Bulan Lalu
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Pengarah Operasi Khas, Jan 3, 2017
PPBM Bergolak, Muhyiddin Sekeluarga Bercuti Mewah
KETIKA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) teruk dilanda pergolakan dalaman, presidennya, Tan Jan 3, 2017
Najibnomik, BR1M Dan Era Ekonomi Tun Mahathir
PADAHari Natal, Tun Dr Mahathir Mohammad, Pengerusi PPBM dan de fakto ketua
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment