loading...

Sunday, 8 January 2017

Keistimewaan Dan Kelebihan Seruan Azan

.

LAFAZ AZAN

Lafaz Azan atau Bang terdiri daripadalima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecualiTakbirpada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz Kalimah Tauhid di akhir azan hanya sekali sahaja. Susunan 15 kalimah seruan azan tersebut adalah:-

LAFAZ SERUAN AZAN DAN TERJEMAHAN rumi

.

* Pada Azan Subuh, selepas lafaz; (Haiyaalal falah Marilah menuju kejayaan), hendaklah ditambahkan bacaan berikut 2 kali:

azan subuh SQ

.

.

Fadhilat Dan Kelebihan Lafaz Azan

Banyak fadhilat dan kelebihan melaungkan azan. Daripada sabda Rasulullah:Apabila tiba waktu solat hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijmak ulama telah menyatakan melaungkan azan mempunyai beberapa kelebihan yang besar, di antaranya:

1.Seruan azan adalah sebagai tanda untuk mengajak umat Islam agar bersegera menunaikan solat.

2.Lantunanazanyang indah itu boleh mengwujudkan ketenangan dan kesejukan jiwa seseorang.

3.Laungan azan mampu menyelubungi suasana dan menambah semangat ummah.

4.Muazzin diampuni dosanya sebanyak sepanjang laungan suaranya kedengaran.

5.Muazzin dan penjawab seruan azan dijanjikan mendapat ganjaran pahala.

6.Beroleh pahala sebanyak pahala mereka yang ikut solat bersamanya.

7.Amalan bacaaan pujianazandapat menjadi seperti persiapan untuk masuk ke matlamat utama,

8.Lafaz azan adalah sama digunakan oleh umat Islam diseluruh dunia dan menjadi syiar keagungan Islam.

9.Berazan dan mendirikan solat kerana taqwa kepada Allah , maka dosa-dosa akan diampunidandijamin Syurga.

10.Mendengar seruan azan akan dapat menyaksikan amalan baik di hari kiamat.

11.MenyebabkanIblis dan syaitan lari bertempiaran apabila terdengar laungan azan.

Rasulullahbersabda:Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.(Hadis riwayat Abu Hurairah).

.

.

Wallahu Alam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

.

.

Artikel Berkaitan:

Fadhilat Menjawab LafazDan Seruan Azan(Klik Di Sini)

Doa Selepas Azan(Klik Di Sini)

.

.

.

~ shafiqolbu~

via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...