.
Beriman kepada nabi dan rasul adalah meyakini bahawa para nabi dan rasul itu benar-benar diutus oleh Allah untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik dan diredhaiNya. Setiap nabi atau rasul mempunyaisifat wajib, mustahil dan jaiz. Berikut adalah ringkasan daripada 3 sifat tersebut bagi para nabi dan rasul:
.
A. Sifat Wajib Bagi Para Nabi Dan Rasul
.
Sifat wajib bagi rasul bermaksud sifat yang seharusnya dimiliki oleh para nabi dan rasul. Berikut4 sifat wajib bagi nabi dan rasul:
- Siddiq maksudnya benar dalam segala ucapan dan tingkah-lakunya. Sifat Rasul ini bermakna menterjemahkan bahawa Rasul tidak pernah berbohong.
- Amanah maksudnya boleh dipercayai. Rasul adalah utusan Allah yang diberikan amanah untuk memimpin umatnya ke jalan yang benar.
- Tabligh maksudnya menyampaikan. Pada diri seorang Rasul mempunyai sifat ini, iaitu menyampaikan semua yang di wahyukan Allah
- Fatanah maksudnya adalah pintar, cerdik. Seseorang Rasul itu mempunyai kecerdasan yang boleh digunakan untuk menyebarkan agama Allah.
.
.
B. Sifat Mustahil Bagi Para Nabi Dan Rasul
.
Manakalasifat mustahilbermaksud, para nabi dan rasul mustahil mempunyai sifat tersebut atau tidak mempunyai sifat tersebut.
Berikut adalah sifat yang mustahil bagi nabi dan rasul:
- Khizib maksudnya dusta. Seorang Rasul tidak pernah berdusta atau berbohong.
- Khianat maksudnya curang atau tidak boleh diercayai.
- Kitman maksudnya Tdak menyampaikan atau selalu menyembunyikan.
- Biladah maksudnya bodoh dan dungu.
.
.
C. Sifat Jaiz Bagi Para Nabi Dan Rasul
.
Para Nabi dan Rasul juga mempunyai sifat jaiz, bermakna para Nabi dan Rasul mempunyai sifat sepertimana halnya manusia lain (Aradhul Basyariyah) seperti makan, minum, tidur, berkeluarga dan sebagainya.
.
.
D. Hikmah Diadakan Para Nabi Dan Rasul
.
Para Nabi dan Rasul diutus kepada umat manusia supaya mereka lebih mengenali Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan adanyaRasul dan Nabi, manusia juga akan mengenali dan mengetahui siapa Tuhan yang sebenarnya serta memahami segala kewajipan yang perlu ditunai dan dilaksanakan sebagai seorang makhluk yang diciptakan Allah .
.
.
Wallahu Alam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
.
~ shafiqolbu~
via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment