loading...

Sunday, 1 January 2017

PAS Kritik PKR BermukaMuka Naib Presiden

PAS Kritik PKR Bermuka-Muka! - Naib Presiden

PAS Kritik PKR Bermuka-Muka! Naib Presiden

Published on Jan 1, 2017 in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan depan kita kata lain, belakang lain!

Demikian tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berhubung hubungan PKR dan PAS yang masih mempunyai kerjasama longgar dalam kerajaan Selangor waktu ini.

Kata beliau, PKR perlu menyatakan pendirian berhubung kerjasama diantara kedua-dua parti itu kerana parti sekutu PKR dalam Pakatan Harapan telah mengisytiharkan untuk lawan PAS.

Kita harap semua pemimpin PKR di Kelantan dan luar Kelantan supaya jujur. Jangan jadi serupa segelintir mereka (pemimpin PKR). Biar betul, biar jelas.

Saya minta PKR mesti ada setiakawan. Kita tidak akan khianat sahabat kerana kita boleh sahabat dengan sesiapa.

PAS pernah disingkirkan daripada Barisan Nasional oleh orang yang masih ada sampai sekarang. Kita juga pernah disingkirkan daripada pakatan pembangkang, katanya seperti yang terkandung dalam satu rakaman video ucapannya pada satu majlis di laman Facebook rasmi PAS hari ini.

Beliau berkata demikian di hadapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyertai majlis itu dan mendapat sorakan gemuruh penyokong PAS.

Terdahulu Tian Chua dalam ucapannnya kelihatan membodek PAS supaya kembali menyertai pakatan pembangkang dengan mendakwa kononnya PKR menggangap PAS sebagai abang manakala Kelantan sebagai Madinah.

Manakala ucapan berbunyi PAS pernah disingkirkan daripada Barisan Nasional oleh orang yang masih ada sampai sekarang dipercayai merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini besengkongkol dengan PKR.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana enggan berkomporomi dalam beberapa isu akidah Islam yang tidak digemari DAP dan PKR.

DAP dan PKR kemudian bertindak membubarkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) bagi menggantikan PAS.

PAN pula ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan mutakhir bagaimanapun menyaksikan DAP dan PKR kehilangan sokongan kaum Melayu sejak menyingkirkan PAS walaupun memilik parti Islam baharu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR mula memujuk PAS supaya kembali bekerjasama dengan mereka walaupun langkah itu ditentang hebat DAP dan PAN. MYNEWSHUB.CC

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Datuk Mohd. AmarPASPKR

Anda Juga Mungkin Berminat

nasrudin-hassan-tantawi Dec 12, 2016

Cybertrooper Pakatan Miliki Banyak Akaun FB!

KUALA LUMPUR PAS memandang berat kewujudan `cybertrooper yang ditugaskan oleh musuh-musuh parti itu untuk melempar

DAP Tetapkan PM Seterusnya Wan Azizah Wan Ismail Dec 4, 2016

PKR Kutuk Perhimpunan Bersama UMNO, PAS

KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk perhimpunan besar-besaran yang bakal dianjurkan secara bersama oleh

Pakatan Rakyat 2008 Tidak Menguntungkan Islam Nov 8, 2016

Pakatan Rakyat 2008 Tidak Menguntungkan Islam

KUALA LUMPUR PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam walaupun menyedari ia

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Banjir Terengganu: 11 Sekolah Masih Ditutup EsokNext Story Next post: Video: Konsert Tahun Baru, Mariah Carey Kantoi Lip Sync

Terkini dari Politik

PAS Putus Kerjasama Talak Tiga Dengan DAP Jan 1, 2017

PAS Putus Kerjasama Talak Tiga Dengan DAP

KUALA LUMPUR Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan Ini Baru Betul Penunggang Agama... Jan 1, 2017

Ini Baru Betul Penunggang Agama

KUALA LUMPUR Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah mahu mendakwa usaha Media Barat Dec 31, 2016

Awas Maklumat Risikan & Propaganda Media Barat

KUALA LUMPUR PAS meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan maklumat risikan DAP Dec 31, 2016

DAP Mahu Setiap Agama Nikmati Hak Sama

KUALA LUMPUR Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat tuduhan Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam Dec 31, 2016

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

YANG pengundi paling tidak suka tentunya YB yang hanya tunjuk muka menjelang

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...