loading...

Sunday, 1 January 2017

PAS Putus Kerjasama Talak Tiga Dengan DAP

PAS Putus Kerjasama Talak Tiga Dengan DAP

PAS Putus Kerjasama Talak Tiga Dengan DAP

Published on Jan 1, 2017 in Politik/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa parti itu telah putus kerjasama talak tiga dengan DAP.

Kata beliau, PAS sama sekali tidak boleh menerima DAP yang angkuh dan mahu menjadikan PAS sebagai batu loncatan supaya parti itu dapat merampas pemerintahan Malaysia.

DAP menyerang Presiden PAS dan mengutuk PAS walaupun kita duduk bersama (dalam Pakatan Rakyat). Tak betul cara tu. PAS tidak maksum (boleh bekerjasama dengan sesiapa) tetapi tidak melanggar syariah dan syarak.

Sebab itu PAS tidak boleh terima DAP.. putus terus, kerat, talak tiga, tegasnya seperti yang terkandung dalam satu rakaman video ucapannya pada satu majlis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PAS hari ini.

Beliau berkata demikian di hadapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyertai majlis itu dan mendapat sorakan gemuruh penyokong PAS.

Terdahulu Tian Chua dalam ucapannnya kelihatan membodek PAS supaya kembali menyertai pakatan pembangkang dengan mendakwa kononnya PKR menggangap PAS sebagai abang manakala Kelantan sebagai Madinah.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana enggan berkomporomi dalam beberapa isu akidah Islam yang tidak digemari DAP dan PKR.

DAP dan PKR kemudian bertindak membubarkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) bagi menggantikan PAS.

PAN pula ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan mutakhir bagaimanapun menyaksikan DAP dan PKR kehilangan sokongan kaum Melayu sejak menyingkirkan PAS walaupun memilik parti Islam baharu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR mula memujuk PAS supaya kembali bekerjasama dengan mereka walaupun langkah itu ditentang hebat DAP dan PAN. MYNEWSHUB.CC

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: DAPMohd Amar Nik AbdullahPAS

Anda Juga Mungkin Berminat

Mahkamah Dec 31, 2016

Perkasa Hubungan Agama, Bukan Mahkamah Syariah!

KUALA LUMPUR DAP mendesak kerajaan mengabaikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk

nasrudin-hassan-tantawi Dec 12, 2016

Cybertrooper Pakatan Miliki Banyak Akaun FB!

KUALA LUMPUR PAS memandang berat kewujudan `cybertrooper yang ditugaskan oleh musuh-musuh parti itu untuk melempar

Kedudukan Salleh Man Di Pulau Pinang Terus Dipersoal Nov 21, 2016

Kedudukan Salleh Man Di Pulau Pinang Terus Dipersoal

GEORGE TOWN Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal kedudukan wakil rakyat PAS, Datuk

KPWKM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: KAFA Gagal Jumpa Orang Besar Annuar MusaNext Story Next post: Banjir Terengganu: 11 Sekolah Masih Ditutup Esok

Terkini dari Politik

PAS Kritik PKR Bermuka-Muka! - Naib Presiden Jan 1, 2017

PAS Kritik PKR Bermuka-Muka! Naib Presiden

KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan Ini Baru Betul Penunggang Agama... Jan 1, 2017

Ini Baru Betul Penunggang Agama

KUALA LUMPUR Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah mahu mendakwa usaha Media Barat Dec 31, 2016

Awas Maklumat Risikan & Propaganda Media Barat

KUALA LUMPUR PAS meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan maklumat risikan DAP Dec 31, 2016

DAP Mahu Setiap Agama Nikmati Hak Sama

KUALA LUMPUR Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat tuduhan Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam Dec 31, 2016

Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam

YANG pengundi paling tidak suka tentunya YB yang hanya tunjuk muka menjelang

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...