loading...

Sunday, 29 January 2017

Pengaruh barat mula meresap ke dalam Korea Utara

2jFMkLL

PYONGYANG, KOREA UTARA – Gambar-gambar menarik yang dirakam secara sembunyi di Korea Utara mendedahkan pengaruh barat mula meresap ke dalam budaya masyarakat di negara itu secara perlahan-lahan.

Gambar yang dirakam oleh Jurugambar Eric Lafforgue itu dirakam ketika beliau mengembara ke negara komunis di bawah pemerintahan diktator Kim Jong-un sebanyak enam kali sejak 2008.

2jFD6PK

Gambar-gambar yang dirakam di Pyongyang menunjukkan papan iklan gaya barat untuk jenama palsu dan beberapa remaja perempuan menggunakan telefon bimbit sudah menjadi perkara biasa di negara itu sedangkan rakyatnya sebelum ini diharamkan menggunakan sebarang gajet canggih.

2jFGCJF

2jFFtSq

2jFxe8Q

2jFSziD

Bagaimanapun, Lafforgue kini diharamkan dari menjejaki negara itu selepas pihak berkuasa Korea Utara menyedari gambar-gambar itu tersebar di media sosial.

“Produk dari China banyak dijual di negara ini. Jelas sekali Korea Utara sedang mengalami perubahan yang besar.

“Penjualan telefon bimbit yang dikendalikan oleh Orascom, sebuah syarikat dari Mesir, berjuta-juta rakyat Korea Utara telah melanggannya walaupun mereka tidak dapat membuat panggilan ke luar negara.

2jFOGdl

“Pakaian mereka juga sudah berubah. Semasa kedatangan saya pada 2008, semua rakyatnya memakai pakaian nilon yang dibuat di Korea Utara menjadikan mereka kelihatan seperti robot.

2jFOw5R

2jFEVfm

“Kini, jenama palsu yang menyerupai jenama Amerika Syarikat berada di mana-mana sahaja. Malah, sikap rakyatnya juga telah berubah,” katanya.

2jFGDgH
Meskipun capaian internet terhad, para pelajarnya dibenarkan menggunakan komputer dengan perkhidmatan intranet negara itu
2jFGEkM
Makanan barat juga turut dijadikan sebagai hidangan pilihan oleh rakyatnya.

2jFJwOx

2jFOGKn

Selain itu, ada pasangan kekasih yang juga kelihatan berjalan berpegangan tangan secara terbuka di tempat awam. Korea Utara bakal mengalami perubahan besar? – The Reporter

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...