Setelah selamat diijabkabulkan, semalam Mia Ahmad dan suami, Izham Tarmizi telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka dengan meriahnya di Taiping Golf and Country Club, Perak. Majlis itu turut dihadiri lebih 2000 tertamu yang turut sama meraikan pasangan ini.
BACA: Mia Ahmad Sah Bergelar Isteri Izham Tarmizi
Dalam majlis yang cukup indah itu, Mia kelihatan begitu anggun sekali memakai busana songket warna merah jambu sedondon dengan pasangannya. Resepsi itu bertambah cantik dengan dekorasi pelamin yang berkonsepkan traditional Melayu yang berwarna putih dan emas.
Terdahulu, pasangan ini telah selamat dinikahkan dengan mas kahwin sebanyak RM2,000, tujuh dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki berbalas sembilan dulang berserta wang hantaran. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka. Rejoice! (rkty/w)
Kredit Foto: Project2Pi
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment