loading...

Wednesday, 11 January 2017

TRENDING Nora Danish sekali lagi umum bakal berkahwin dengan Nedim Nazri Sebelum ini Nora ada memberitahu dia bakal menamatkan status ibu tunggal pada lalu tetapi nampaknya ia dibawa ke tahun ini Jom baca celoteh Miss K tentang Nora Danish

Harap-Harap Jadilah Nora Danish Kahwin Tahun Ini...

Gembira Miss K bila Nora Danish beritahu yang dia akan menamatkan status ibu tunggalnya pada tahun ini, tetapi tarikhnya tak pula diberitahu.

Tetapi rasanya, Miss K macam dah pernah dengar tentang berita perkahwinan Nora dan Nedim, tahun lepas.

Kalau tak silap Miss K, tahun lepas Nora pernah keluarkan kenyataan kepada sebuah portal online yang dia tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada 2016 dan sudah bersedia untuk bergelar isteri semula.

Bukan itu sahaja, cerita tentang Nora pergi tempah baju kahwin pun heboh sekejap tetapi, tiada sebarang majlis pun yang berlangsung.

Agak-agaknya apakah yang menyebabkan Nora menangguhkan perkahwinannya sehingga perancangan hendak berkahwin tahun lalu terpaksa dibawa ke tahun ini?

Miss K rasa, mungkin ada masalah atau perkara yang tidak dapat diselesaikan sehingga mereka terpaksa menangguhkannya.

Nak kata hubungan mereka ada masalah, di akaun Instagram masing-masing, nampak bahagia dan intim sampai orang kritik Nora dan Nedim berlebih-lebih dan menunjuk-nunjuk kemesraan mereka.

Eh! Jangan salah faham ok, Miss K excited nak tengok pasangan yang paling Miss K adore ni disatukan.

Lagipun Miss K suka melihat keakraban yang terjalin diantara anak Nora iaitu Rayqal dan Nedim yang tak ubah seperti bapa dan anak itu.

Miss K: Suka dengar lagu Nora Danish dan WARIS. Tak sangka bakal isteri Nedim ada bakat! Love sangat.

Sumber: oohhmedia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...