loading...

Wednesday, 11 January 2017

GEMPAR 17 Hari Dangal Kutip RM226 Juta Berbaloi Usaha Keras Aamir Khan Turun Berat Badan

17 Hari Dangal Kutip RM22.6 Juta, Berbaloi Usaha Keras Aamir Khan Turun Berat Badan

Filem inspirasi kisah benar, Dangal lakonan Aamir Khan merupakan filem terlaris Bollywood selepas berjaya melepasi jualan tiket berjumlah Rs345.30 crore (RM22.6 juta) selepas 17 hari tayangan.

Memetik laporan India Times, filem yang turut dibintangi Fatima Sana Shaikh, Sanya Malhotra, Sakshi Tanwar, Zaira Wasim dan Suhani Bhatnagar itu juga berjaya mengatasi kutipan filem PK dan filem lakonan Salman Khan Bajrangi Bhaijaan dan Sultan.

Filem ini menggarap kisah sebenar kehidupan Mahavir Singh Phogat yang melatih anak-anak perempuannya untuk bergelar penggusti bertaraf dunia.

Di peringkat antarabangsa, Dangal diterima baik dan telah mengutip sebanyak Rs76.16 crore (RM50.1 juta) pada di pasaran AS, Kanada, Timur Tengah, UK, Ireland dan Australia, selepas dua minggu ditayangkan.

Lebih membanggakan, filem itu turut menjadi filem yang mengutip jualan tiket tertinggi di Amerika Utara. Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh sebuah lagi filem Aamir, iaitu Dhoom 3.

Filem yang diarahkan oleh Nitesh Tiwari berkisarkan mengenai kehidupan ahli gusti Mahavir Singh Phogat yang melatih anak perempuannya, Geeta Phogat dan Babita Kumari untuk menjadi ahli gusti bertaraf dunia.

Sementara itu, Dangal adalah filem kelima Aamir selepas Ghajini, 3 Idiots, Dhoom 3 dan PK.

Sumber: oohhmedia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...