UMNO Belum Terima Jemputan Himpunan Mega RUU 355
Published on Jan 9, 2017 in Politik/Terkini
KUALA LUMPUR UMNO belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai Himpunan 355 yang dicadang diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Feb depan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata setakat ini parti itu juga tidak menerima jemputan daripada PAS selaku penganjurnya.
UMNO belum buat apa-apa pendirian rasmi berkenaan itu semua terpulang kepada presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak).
Saya ada berbincang dengan pemimpin kanan parti pagi tadi, bagaimanapun kita belum terima sebarang jemputan, katanya dalam sidang media selepas menghadiri Wacana Korporat: Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Annuar berpendapat himpunan itu adalah perlu bagi merungkai persoalan dan memberi penjelasan lebih baik kepada masyarakat.
Secara peribadi saya berpendapat apa-apa perjumpaan kalau ke arah memberikan penjelasan kepada masyarakat awam untuk lebih memahami, ia adalah satu perkara yang baik dilakukan kerana ia telah menjadi polemik dan menimbulkan keresahan sesetengah pihak, katanya.
Pada 7 Jan lepas, pengerusi program himpunan itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menganjurkan himpunan berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) bagi memberikan penjelasan penuh mengenainya.
Jelas Annuar, PAS bertanggungjawab memberikan penjelasan sebelum sidang parlimen pada Mac depan memandangkan RUU itu dibawa oleh PAS.
Sementara itu, beliau berkata kesemua pimpinan Barisan Nasional (BN) juga perlu duduk bersama terutama dengan parti komponen yang menentang pelaksanaan RUU itu.
Penentangan itu mengikut apa yang mereka faham dan sebagai anggota BN kita kena bincang supaya setiap keputusan tidak berdasarkan emosi semata-mata.
Penentangan sebelum ini adalah kerana perkara itu dibawa oleh pembangkang sedangkan kita tidak tahu lagi bagaimana (RUU itu), katanya. BERNAMA
Share this:
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Google+ (Opens in new window)
- Click to email this to a friend (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
- More
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Pocket (Opens in new window)
Tags: Tan Sri Annuar Musa.
Anda Juga Mungkin Berminat
Jan 9, 2017
90 Peratus Pemain TRW Anak Jati Kelantan Annuar
KUALA LUMPUR Tidak mengapa kita tidak punya `dream team kali ini, kata penaja pasukan Kelantan
Jan 2, 2017
Mara Bina MRSM Di Sik, Kedah Tahun Ini Annuar
KUALA LUMPUR Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di
Dec 29, 2016
Annuar Bidas PFAM Banyak Mengarut!
KUALA LUMPUR Saya dapati Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) banyak bercakap akhir-akhir ini.Tapi
Post navigation
Previous Story Previous post: Kementerian Kesihatan Batal Lesen Pembuatan HovidNext Story Next post: STING Tahan 11 Individu, Rampas 70 Kilogram Dadah
Terkini dari Politik
Jan 9, 2017
Nasrudin Akui PAS Tidak 100 Peratus Demokrasi
KUALA LUMPUR PAS akan memanfaatkan setiap ruang demokrasi yang ada di Jan 9, 2017
Usul PAN Lebih Jelas Berbanding PAS
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) menyindir usul bagi memperkasakan fungsi Jan 9, 2017
Berbilion-Bilion Wang Saudi Diterima Oleh Tun M & Anwar
KEMBALI pada tahun 2015, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya Jan 9, 2017
Pelukis Najib Bermuka Badut Berjaya Ke Luar Negara
SEORANG pereka grafik yang telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen gara-gara status Jan 9, 2017
Pengurusan Kes Saman Fitnah Maria Terhadap Jamal 17 Feb
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih






0 comments:
Post a Comment