Buat ibubapa yang terlalu sibuk, waktu kebersamaan bersama anak adalah kurang. Ibubapa yang sibuk, menyerahkan sepenuhnya untuk pengasuh bayi dalam mengawasi anak mereka. Sementara, diri mereka pula sibuk di luar mencari wang sebanyak mungkin untuk masa depan si anak itu.
Memetik laman brightside.me, 6 tips untuk ibubapa berikut ini agar anak membesar lebih bahagia walaupun sibuk.
1. Menghabiskan masa bersama di hujung minggu
Ibubapa yang mempunyai pekerjaan sebagai usahawan, pasti sukar untuk memiliki waktu kualiti bersama buah hatinya. Jadual kerja jam pejabat dari pagi hingga petang, dan kerap pulang ke rumah larut malam, menyukarkan waktu untuk bermain dengan anak. Tips terbaik untuk ibubapa dengan pola kerja seperti ini adalah, luangkan masa penuh bersama anak atau isteri pada waktu hujung minggu. Tinggalkan telefon pintar anda, dan raihlah waktu kebersamaan yang berkualiti dengan anak.
2. Menikmati makan malam bersama
Anak-anak yang hanya menikmati makan malamnya bersendirian, secara psikologi akan rasa depresi. Para pengkaji dan ahli psikologi mendapati bahawa, makan malam bersama orang tua, akan meningkatkan rasa kepercayaan diri anak, dan anak akan berfikiran positif.
3. Mengajarkan anak untuk memiliki jiwa sosial yang tinggi sejak kecil
Penting untuk mengajari anak-anak mengambil kisah keadaan orang lain dan memiliki jiwa sosial yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang biasa mengekspresikan rasa syukur lebih suka membantu, menyayangi, dan memaafkan. Ditambah, mereka rasa lebih bahagia dan sihat. Didiklah anak-anak kita agar mudah bersyukur dan mengambil kiah pada sesama manusia.
4. Mengajarkan anak-anak untuk menganalisa dan mengatasi masalah
Di negara barat, ibubapa sudah mulai memberikan ruang yang lebih kepada anak untuk menghadapi dan menyelesaikan persoalan dan permasalan. Tetapi pola ini tentu tidak dibebankan pada si anak untuk masalah-masalah yang dirasakan sangat berat. Mulailah memberikan ruang ekspresi pada anak, agar si kecil mampu menganalisa setiap permasalahan dan persoalan yang kecil terlbih dahulu.
5. Ibubapa perlu hindari stres, agar tidak mempengaruhi jiwa anak
Kajian menyimpulkan bahawa perasaan dan stres ibubapa, secara langsung mempengaruhi ahli keluarga yang lain. Ibubapa yang mengalami tekanan emosi dan stres akan membuatkan anak-anak mereka merasakan perkara yang sama.
6. Jangan memaki, atau memukul anak
Memukul anak di bahagian dimanapun, walaupun dirasakan tidak membahayakan anak, adalah sikap ibubapa yang tidak bijak. Para ahli psikologi menyebut, anak-anak yang tidak pernah mengalami kekerasan fizikal atau makian dari ibubapanya, lebih berkemampuan mengendali emosi lebih baik, dan memiliki ingatan yang tajam. Tidak memukul anak, bukanlah bererti memanjakan anak-anak ya. Ada cara bijak lain bagaimana memberi hukuman jika anak kita melakukan kesalahan.
Semoga anak semakin bahagia menbesar ya
The post 6 Tips Buat Ibubapa Agar Anak Membesar Lebih Bahagia appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment