loading...

Sunday, 3 June 2018

‘Orang Ejek Saya Macam Alien, Kanak-Kanak Takut Tengok Saya, Ada Yang Menjauhi Dari Saya..’ – Lelaki Kecewa Mohon Bantuan

Anshu Kumar, 21, menjadi mangsa herdikan penduduk setempat disebabkan rupa paras ‘bukan manusia’ yang dimilikinya. Lahir dengan fizikal berbeza bukan sesuatu yang dipintanya malah, dunia perubatan juga buntu untuk merungkai misteri yang terjadi kepada Kumar.

Doktor cuma boleh mengatakan bahawa pemuda yang berasal dari Jagatpur, India ini menghidapi pelbagai penyakit yang tidak dapat dijelaskan melalui diagnosis. Ini membuatkan Kumar terpaksa menjalani kehidupan dengan mengusung kepala yang besar dan mata memanjang ke tepi, persis watak makhluk asing.

Keadaan fizikalnya, yang mungkin menghidap sindrom Jacobsen, juga menyebabkan Kumar sukar untuk berjalan dan berdiri secara normal selain tidak mempunyai rambut.

Berpendapatan sekitar RM 264 sebulan, hasil titik peluhnya membanting tulang sebagai buruh, Kumar nyata tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan lebih moden bagi mengatasi penyakit aneh yang dihadapinya.

Justeru Kumar mengharapkan pihak kerajaan India sudi menghulurkan bantuan agar dia tidak lagi menderita dengan keadaan yang dialaminya.

‘Saya kelihatan berbeza. Tiada sesiapa pun yang suka dengan fizikal ini. Saya mahu menjadi normal dan berkahwin,’ luah Kumar kepada media.

Kumar turut berkongsi bagaimana dia dilayan oleh masyarakat sekeliling dengan penampilan luarannya.

‘Saya terpaksa berhadapan dengan ejekan orang ramai apabila fizikal saya disamakan dengan watak makhluk asing, alien daripada sebuah filem Bollywood.’

‘Apabila saya menggunakan kereta api untuk pulang ke kampung, orang ramai terutamanya kanak-kanak merasa takut dan menjauhkan diri daripada saya.’

‘Saya tidak mempedulikannya tetapi saya manusia biasa, tidak mampu untuk memekakkan telinga setiap masa.’

‘Saya merasakan nasib saya sangat malang. Saya cuma mengharapkan tubuh fizikal yang normal,’ luah Kumar lagi.

Ayah Kumar, Kamlesh, 46, yang meraih pendapatan sebanyak RM 793 juga sebagai buruh turut berkongsi kelahiran Kumar yang tidak normal sejak kecil lagi.

‘Kumar dilahirkan dengan keadaan fizikal yang berbeza. Kami membawanya berjumpa dengan doktor tempatan namun hampa kerana mereka gagal memberikan jawapan.

‘Kami sudah kehilangan arah untuk mencari penawar kepada penyakitnya,” katanya.

Sumber: Daily Mail

The post ‘Orang Ejek Saya Macam Alien, Kanak-Kanak Takut Tengok Saya, Ada Yang Menjauhi Dari Saya..’ – Lelaki Kecewa Mohon Bantuan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...