loading...

Thursday, 28 June 2018

Kurangkan Berat Badan Sebanyak 18kg Dengan Diet Pisang

Pernahkah anda mendengar diet pisang? Diet pisang kini menjadi trend hebat di Jepun malah boleh mengurangkan berat badan dalam masa waktu yang singkat.

Bagaimana caranya? Memetik laman Vebma.com, ketahui berikut ini cara diet pisang dengan lebih lanjut.

Bermula dengan sarapan pagi

Pada waktu sarapan pagi, anda perlu makan sekurang-kurangnya dua buah pisang. Setelah 15 minit, jika anda masih lagi lapar, anda boleh makan satu lagi pisang bersama oatmeal yang bebas kandungan gula. Jangan lupa untuk minum air masak atau air suam untuk membantu kelancaran pencernaan makanan.

Makan tengah hari

Pada waktu makan tengah hari, pastikan makanan anda disertai dengan buah pisang. Contohnya, semangkuk salad pisang ataupun jus pisang. Pastikan anda memakan kira-kira empat hingga lima buah pisang. Pilihlah pisang dengan ukuran kecil untuk mengurangkan jumlah kalori. Jadikan buah pisang sebagai pencuci mulut anda secara kerap.

Makan malam

Sangat penting untuk diingat supaya makan malam sebelum jam 19.30. Menu diet yang disyorkan ialah dua keping roti atau semangkuk nasi coklat. Setelah makan, jangan minum dulu. Anda boleh minum air setelah 30 minit selepas makan.

Pengambilan pisang dalam bentuk cecair

Apabila anda memilih untuk makan pisang dalam bentuk cecair maka pastikan anda menggunakan air bersuhu bilik. Cara minumnya pun dengan dihirup dan bukan diteguk begitu saja.

Makan pisang berbentuk makanan ringan

Jika anda rasa lapar pada waktu tengah hari, carilah makanan ringan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur rebus. Anda juga boleh makan popcorn tanpa perasa. Makanan ini dianggap sihat selagi anda melakukan diet pisang dengan serius.

Jadual tidur yang teratur

Pastikan anda cukup tidur selama lapan jam sehari. Tidur selama ini sangat diperlukan supaya proses penurunan berat badan semakin efektif pada tubuh anda. Pastikan anda tidur empat jam selepas selesai makan malam.

Berolahraga atau jogging

Diet pisang sebenarnya tidak memerlukan olahraga mahupun jogging yang kerap. Tapi adalah lebih baik jika anda melakukan senaman sambil mengamalkan diet yang sihat. Hal ini terserah kepada anda sama ada hendak melakukannya atau pun tidak, terserah dengan stamina yang anda miliki.

Namun, cara terbaik untuk mengamalkan diet adalah dengan dorongan pakar diet, nasihat doktor atau pelatih senaman untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Selamat mencuba!

The post Kurangkan Berat Badan Sebanyak 18kg Dengan Diet Pisang appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...