Sebelum ini, selfie atau swafoto belum dikategorikan sebagai penyakit mental yang kronik di Malaysia. Walaubagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan malah semakin berleluasa.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan sebagai penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak dalam amalan itu secara berlebihan sehingga boleh mendatangkan impak negatif sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.
Beberapa kajian telah dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie,’ katanya.
Beliau juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, menurut kajian itu, sebanyak 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.
“Selfitis borderline” bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial.
Manakala “selfitis akut” pula dikategorikan iaitu mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, “selfitis kronik” pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya.
Jelasnya lagi, berdasarkan ketiga-tiga selfitis itu, “selfitis akut” dan “kronik” akan mendorong individu itu melibatkan diri dalam aktiviti swafoto merbahaya.
“Mereka juga dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan dan personaliti kepada umum.
“Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti “anxiety disorder”, dan ketagihan.
“Kita tidak mampu memastikan bahawa sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Walau bagaimanapun jika dikaji perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.
“Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, maka mereka akan berselfie supaya mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya,” katanya.
Rusdi berkata, berswafoto juga dikaitkan dengan individu yang bangga dengan diri sendiri, mengharapkan pujian orang ramai.
Sumber: Astroawani
The post Suka Selfie Adalah Salah Satu Gejala Penyakit Mental appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment