loading...

Saturday, 30 June 2018

Pengguna Twitter Persenda Agama – ‘Haram & Berdosa Besar’ Respon Mufti Wilayah Persekutuan

Beberapa orang individu baru-baru ini telah mempersendakan nama Allah SWT di Twitter mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Beliau menegaskan perbuatan bergurau melibatkan nama Allah swt adalah haram dan berdosa besar.

Ramai yang marah dengan perbuatan beberapa orang individu ‘bergurau’ melibatkan nama Allah dan nabi. Mereka berpendapat individu yang terlibat seharusnya menerima hukuman setimpal kerana telah mempersendakan agama.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan perbuatan tersebut sama ada bergurau atau bersungguh-sungguh keduanya membawa kepada kekufuran.

Netizen rata-rata mahu tindakan tegas diambil kepada mereka yang terlibat namun Mufti menjelaskan tindakan penguatkuasaan adalah diluar bidang kuasanya.

Sumber: Twitter/Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri via Ohbulan

The post Pengguna Twitter Persenda Agama – ‘Haram & Berdosa Besar’ Respon Mufti Wilayah Persekutuan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...