loading...

Tuesday, 10 December 2019

Bermula Tahun 2020, WhatsApp Bakal Memaparkan Iklan Pada Status

Tak dapat dinafikan, WhatsApp adalah satu platform messenger yang popular kerana digunakan oleh ramai. Antara sebabnya, WhatsApp tidak memaparkan sebarang iklan pada pengguna.

Mungkin ada yang sudah sedia maklum, Facebook bakal memaparkan iklan pada aplikasi ini seperti yang mereka lakukan pada aplikasi-aplikasi lain di bawah jenama payung mereka.

iklan padaa whatsapp story
Foto: BGR

Memetik laporan BGR lagi, iklan akan dipaparkan pada status WhatsApp pada tahun 2020 kelak. Perkara ini diumumkan dalam acara Facebook yang berlangsung di Belanda. Pengenalan iklan ini setahun lewat daripada dilaporkan pada tahun lepas.

Iklan keseluruhan skrin itu akan dipaparkan pada status whatsApp. Format yang digunakan adalah sama seperti yang format iklan yang dapat dilihat Instagram stories.

The post Bermula Tahun 2020, WhatsApp Bakal Memaparkan Iklan Pada Status appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...