loading...

Thursday, 12 December 2019

Tidak Disarankan Tabur Kentang Goreng Atas Tray, Ini Penjelasannya

Orang ramai menyukai makanan segera dan boleh dikatakan setiap restoran makanan segera ini jarang tak diisi dengan pelanggan. Di atas sebab ini, tahap kepantasan tahap kerja kakitangan juga sangat penting untuk menjalankan operasi berjalan lancar dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

Walau bagaimanapun, merujuk satu sumber kicau di twitter, seorang individu telah mendedahkan satu perkara penting yang anda semua perlu tahu. Selepas mengetahui pendedahan ini, anda mungkin tidak akan melakukannya selepas ini.

Bekas pekerja restoran makanan segera itu mengakui bahawa dulang atau tray yang telah digunakan hanya dilap dengan kain begitu sahaja.

Dalam perkara ini, seseorang akan bertanya, mengapa anda perlu bimbang tentang dulang? Ini kerana, kebanyakan orang suka menabur kentang goreng di atas dulang tanpa mengetahui tahap kebersihannya.

“Saya, sebagai bekas pekerja, tidak mengesyorkan anda makan kentang goreng di atas dulang. Dulang itu hanya dilap dengan kain. Bahkan dulang tidak dicuci. Harap maklum.” tweet seseorang individu berkenaan pada tarikh 8 Disember 2019.

Tweet itu juga disahkan oleh beberapa bekas pekerja yang lain daalam balasa kicau dan harus diingatkan bahawa ini juga berlaku di mana-mana restoran makanan segera.

Menurut sumber, dulang itu hanya dibasuh selepas tamat waktu operasi dan begitu juga dengan hari-hari berikutnya. Jika dulang itu kotor dengan sisa makanan, ia hanya dilap dengan kain.

“Orang ramai tidak tahu perkara seperti ini kerana mereka tidak bekerja di F&B,” kata sumber itu.

Sementara itu, warganet memberikan pelbagai reaksi mereka kepada perkara ini kerana ia melibatkan soal tahap kebersihan. Semoga orang ramai lebih sensitif dan lebih peka untuk tidak menuangkan kentang goreng pada dulang.

The post Tidak Disarankan Tabur Kentang Goreng Atas Tray, Ini Penjelasannya appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...