loading...

Thursday, 12 December 2019

Perempuan Disyorkan Membuang Air Kecil Berdiri Di Tandas Awam Untuk Mengurangkan Kesesakan

Persatuan Pelancongan Hong Kong (HKTA) mengutarakan cadangan khas untuk menyediakan tandas urinal khas perempuan disediakan dalam semua tandas awam.

Memetik laman AsiaOne dan South China Morning Post lagi, perkara itu dinyatakan bertujuan untuk mengelakkan ‘kesesakan’ di tandas perempuan. Menurut HKTA, kemudahan ini akan memendekkan masa seorang perempuan untuk membuang air kecil kepada selama 1.5 minit sahaaja, berbanding dua hingga tiga minit kebiasaannya. Sekaligus, dapat mengurangkan jumlah orang beratur di luar tandas perempuan.

Di samping itu, ‘corong kencing’ pakai buang mungkin boleh disediakan untuk membantu perempuan membuang air kecil secara kemas.

corong kencing khas perempuan
Foto: China Morning Post

“Adalah praktikal untuk menyediakan tempat urinal kencing wanita khas berbanding membina ruang tambahan, terutamanya tandas lama (usang) dan kecil,” kata timbalan presiden, Henry Hung Chi Kuen, yang telah berkecimpung dalam karier kejuruteraan paip selama 40 tahun.

tandas wanita kencing berdiri
Foto: China Morning Post

Difahamkan, kajian itu mendapati bahawa Hong Kong tidak mempunyai tandas awam mencukupi untuk wanita. Sehingga kini, hanya 48 tandas awam diubahsuai dan ditambah baikan.

“Pada kadar ini, akan mengambil masa 16 tahun untuk menambah baik semua tandas awam di bandar ini,” katanya sambil berharap agar Hong Kong dapat menambah baik kemudahan semua tandas awam dalam lima tahun akan datang.

The post Perempuan Disyorkan Membuang Air Kecil Berdiri Di Tandas Awam Untuk Mengurangkan Kesesakan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...