PUBG merupakan permainan online yang sangat popular zaman sekarang. Mana taknya, di era facebook ini, streaming game dimana-mana sahaja. Sehingga orang lalai disebabkan oleh game. Game-game jugak kan, tapi solat jangan tinggal. Boleh sebenarnya main game ni, tapi anggaplah sekadar hobi. Jika anda buat sebagai kerjaya, entahlah, bagaimana rezeki itu halal ke tidak sebab ianya melalaikan. Betul tak?
Berbalik dengan cinta PUBG, ada satu kisah benar yang kami ingin kongsikan bersama anda. Jom, baca kisahnya…
Kisah nya bermula pada tahun lepas 2018 semasa saya buat perjumpaan ahli clan AYC ‘ AmaYid Clan’ kawan saya yaya nama dia ni ada bawak teman pompuan ,dari situ kami berdua bermain pandangan mata buat kali pertama ,kawan si yaya ni bukan player PUBGM atau ahli clan AYC
Selepas berapa kali saya berjumpa yaya dan rakan dia tu ,saya terus bukan clan baru WRG ‘ White Rabbit Gaming ‘ dari situ kawan yaya cuba nak join clan ..dan kami berdua pun berkenalan semakin rapat ,pada bulan 3 tahun 2019 saya cuba melamar dia . ‘ awak saya nak awak jadi isteri saya ,menjadi separuh dari jiwa saya awak terima dan setuju tak ‘ paling tak disangka kan dia pun terima saya dan membawa saya jumpa family dia.
Selepas berjumpa 2 kali family dia dari situ hubungan rapat dan semakin rapat .hingga lah saya bawak jumpa family saya dan mintak family saya sarung kan cincin manis di jari dia pada tarikh 15-12-2019 ahad yang lalu , kenalan kami bermula dari gaming hingga ke sakarang ,jodoh takdir itu semua sudah ditulis olehnya .kita hanya merancang diatas menentukan ..
Dan kini kami terus ke clan baru Wak Ranggi Gamingdan kini kami terus ke clan baru Wak Ranggi Gaming
Begitulah kisahnya, kisah cinta diorang ni. Mana tahu jodoh korang pun dalam permainan game ni kan? Jangan je korang bagi baby anda makan game pulak haa… Semoga anda berbahagia sehingga akhirnya.
Jangan Lupa Follow ig diorang:
ign Wak Hubby & ign Wak Sayangig @lolipopvanila_ ig @nalyuyun
The post Jodoh Cinta PUBG Yang Korang Tak Sangka-Sangka appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment