loading...

Wednesday, 11 December 2019

Wanita Kahwin Dengan Karpet Kesayangan

Kata orang, cinta itu buta. Perasaan cinta boleh datang tanpa kita duga. Tetapi, siapa yang akan tersangka cinta juga boleh hadir dengan objek sekeliling kita?

Seperti kisahnya dengan seorang wanita bernama Bekki Cocks, seorang ibu tunggal berusia 26 tahun yang telah berkahwin dengan permaidani kegemarannya yang diberi nama ‘Mat’. Memetik sumber laman The Sun.

Bekki dikatakan sangat mencintai Mat kerana sering menghabiskan masa bersama, sentiasa menjadi pendengar setia baginya setiap hari.

Majlis perkahwinan Bekki dan Mat berlaku di hadapan sahabat terdekat. Bekki membuat keputusan untuk menikahi Mat juga adalah kerana usikan kawan-kawannya.

wanita kahwin dengan karpet
Foto: The Sun

“Sekiranya kamu sayangkan ‘Mat’, kenapa kamu tidak berkahwin saja dengannya,” usik sahabat Bekki.

Dari situ Bekki merasakan bahawa dia perlu mengahwini Mat. Dia juga tidak dapat membayangkan hidupnya tanpa Mat. Tambahan, Bekki akan membersihkan Mat dan pastikan Mat kelihatan bersih dan bagus.

Kisah perkahwinan manusia dengan objek ini bukan kali pertama, sebelum ini seorang wanita berusia 49 tahun telah berkahwin dengan selimutnya.

The post Wanita Kahwin Dengan Karpet Kesayangan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...