Temerloh adalah bandar kedua terbesar di Pahang selepas Kuantan, dan ia terletak kira-kira 130 kilometer (km) dari Kuala Lumpur di sepanjang jalan utama Kuantan-Kuala Lumpur.
Bandar Temerloh ini mempunyai banyak kampung dan terkenal dengan bekalan ikan patin. Selain mempunyai populasi ikan yang pelbagai, bandar Temerloh juga memberikan anda peluang menemui hidupan liar dan meneroka hutan serta gunung.
Tempat percutian menarik di Temerloh Pahang
Terokai tempat keindahan semula jadi terbaik di Temerloh Pahang dan jangan ketinggalan tarikan pelancong yang terbaik.
Semasa berada di Temerloh, pastikan anda mengunjungi 15 tarikan dan tempat menarik di Temerloh ini.
Air Terjun Lata Bujang
Air Terjun di Temerloh
Air terjun yang unik untuk peminat alam semula jadi. Selain itu, airnya sangat bersih dan tenang. Kawasan perkhemahan Lata Bujang terletak berhampiran air terjun ini.
Anda boleh datang ke air terjun Temerloh ini yang terletak di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, Pahang.
Selain mandi-manda, pengunjung boleh berkelah, mengambil gambar keindahan alam serta berkhemah bersama rakan-rakan.
Pekan Sehari Temerloh
Pasar pagi Temerloh
Apabila anda mengunjungi pasar tani Temerloh ini, anda akan melihat peniaga menjual pelbagai jenis ikan air tawar, udang galah, sayur-sayuran kampung, kuih muih tradisional dan barangan keperluan harian lain.
Terdapat juga mereka yang menjual hidangan tempatan, pakaian, beg tangan, tumbuhan, barangan rumah dan barangan lain.
Pasar ini dibuka setiap hari ahad, bermula jam 7 pagi – 1 tengahari. Selain itu, anda berpeluang melihat keindahan Sungai Pahang di sepanjang laluan pasar minggu ini.
Deerland Park Lanchang
Tempat menarik di Temerloh untuk kanak kanak
Jom bermain dengan haiwan selepas melihat kehijauan dan keindahan flora. Sudah tentu rusa menjadi tarikan utama di sini. Taman Deerland ini terletak berhampiran dengan Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.
Jika anda datang ke sini, ada kemungkinan anda akan dapat melawat dua lokasi yang disenaraikan di atas. Anda boleh mengunjungi lokasi ini sekiranya anda meminati hidupan liar seperti rusa ini.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat sebuah mini zoo dengan pelbagai haiwan seperti hamster, itik, arnab, ular dan lain-lain. Kanak-kanak pasti akan menyukai taman rusa Temerloh Pahang ini. Pengunjung juga dibenarkan memberi makan rusa. Terdapat bayaran untuk kemasukan.
Taman Rekreasi Tasik Chatin Mentakab
Taman di Temerloh
Pengunjung dari kawasan Mentakab boleh meluangkan masa untuk menghayati keindahan taman hutan ini. Taman ini dilindungi dari terik matahari oleh hutan yang dikekalkan di sini.
Taman Rekreasi Tasik Chatin Mentakab ini sesuai untuk digunakan sebagai tempat rehat seisi keluarga. Tandas awam, kemudahan senaman dan rekreasi, tempat rehat yang selesa dan gerai jualan adalah antara kemudahan yang disediakan.
Pada waktu tengahari pun tidaklah panas, yang menjadikan taman ini sesuai untuk berjoging. Terdapat juga taman permainan untuk kanak-kanak, menjadikan ini lokasi yang bagus untuk berkelah bersama keluarga.
Taman Tema Air Kubang Gajah
Tempat menarik di Temerloh untuk family day
Taman Tema Air Kubang Gajah (Kubang Gajah Waterpark) ini terletak berhampiran Masjid Baru Temerloh Pahang. Anda juga boleh mandi-manda, bersantai dan berendam bersama keluarga tersayang.
Harga harga tiket Kubang Gajah Waterpark 2022 hanya RM10 untuk kanak-kanak, manakala dewasa RM12. Pengunjung juga boleh berkelah di sini dan membawa makanan dari luar.
Walaupun Kubang Gajah Waterpark Temerloh Pahang ini tidak semengah Taman Tema Air Sunway Lagoon, namun anak-anak anda akan gembira dan seronok bermain air di sini.
Pusat Pemuliharaan Seladang
Tempat menarik di Jengka
Seladang antara spesies terancam pada hari ini. Anda seharusnya memanfaatkan peluang melawat Pusat Pemulihan Seladang di Felda Jenderak. Selain itu, seladang yang telah ditangkap dijinakkan di pusat pemulihan ini.
Inisiatif ini diambil untuk mengelakkan kepupusan spesies tersebut. Pelancong boleh melihat seladang dengan lebih dekat dengan berjalan di sekitar ladang di mana mereka semua ditempatkan.
Sebahagian daripada mereka boleh disentuh dengan tangan, dan pengunjung tidak perlu risau tentang keselamatan mereka kerana ladang itu dipagari dengan besi berat.
Kampungstay Desa Murni
Homestay di Temerloh ada kolam
Mereka yang ingin merasai tinggal di kampung yang dikelilingi kehijauan semula jadi boleh menginap di KampungStay Desa Murni.
Lokasi ini sesuai untuk keluarga besar yang ingin bercuti bersama, kerana terdapat sebuah rumah dengan reka bentuk kampung tradisional yang boleh memuatkan sehingga 20 orang.
Malah, terdapat kolam renang yang besar di hadapan bilik yang pasti menarik minat kanak-kanak untuk berenang di dalamnya. Anda boleh memilih antara rumah kampung yang besar dan penginapan berbentuk kabin, yang sesuai untuk kumpulan yang lebih kecil.
Homestay Temerloh murah ini juga mempunyai pakej keluarga yang merangkumi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Layari laman Facebook homestay Temerloh ini untuk maklumat lanjut atau melihat peta Temerloh.
Gobang Maju Patin Tempoyak
Tempat makan menarik di Temerloh
Kedai makan ikan patin Temerloh ini adalah jenama patin tempoyak yang paling terkenal berbanding kedai makan di Temerloh Pahang yang lain. Lokasinya juga unik kerana terletak di bawah pokok dan tepi Sungai Pahang.
Mereka menyajikan pelbagai menu lain selain patin tempoyak yang terkenal seperti udang galah, nasi kerabu, ABC, cendol, pencuci mulut dan lain-lain lagi.
Anda dialu-alukan untuk datang pada bila-bila masa, dari 10 pagi – 9.30 malam. Pelanggan hanya perlu memilih hidangan dan pickup masukkan dalam troli disediakan (konsep sistem tol dan self-service).
Selain kedai makan ikan patin temerloh tepi sungai, anda juga boleh merasai ikan patin tempoyak di Restoran Claypot Patin Tempoyak, Selera Patin Bangau (Temerloh) dan Kancil Raja Patin HQ.
Krau Wildlife Reserve
Tempat menarik di Krau Temerloh
Krau Wildlife Reserve merupakan salah satu tarikan pelancong yang disyorkan untuk pengunjung ke Temerloh.
Terdapat banyak koleksi flora dan fauna yang menarik untuk dilihat apabila anda mengunjungi tempat percutian di Temerloh ini.
Dengan lawatan ke sudut terbaik Pemuliharaan Hidupan Liar Krau atau Krau Wildlife Reserve, anda dapat merasai kesegaran alam semula jadi untuk menghilangkan tekanan dan keletihan.
Esplanade Temerloh (Waterfront)
Sungai di Temerloh
Taman Esplanade Temerloh terletak berhampiran Dataran Patin, yang berkonsepkan waterfront di kedua-dua sungai Pahang dan Semantan.
Selain bersantai di tepi sungai, anda juga boleh menyewa bot menyelusuri sungai. Papan tanda ikonik TEMERLOH adalah tarikan yang mesti dilihat oleh pengunjung ketika mereka datang ke sini.
Terdapat juga gerai makan nasi berlauk untuk dinikmati pengunjung dan jambatan gantung menghubungkan Esplanade Temerloh dan Dataran Patin. Ini antara tempat best nak lepak terutama waktu petang.
Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre
Tempat menarik di Lanchang Temerloh
Kuala Gandah adalah destinasi yang mesti dikunjungi oleh keluarga yang melancong dengan anak-anak. Masuk adalah percuma.
Selain melihat gajah secara dekat di Kuala Gandah, pengunjung juga berpeluang memberikan makanan kepada gajah serta mengambil gambar bersama gajah.
Jika anda ingin mendekati gajah, tempat perlindungan gajah ini antara tempat terbaik di semenanjung Malaysia selain dari Kenyir Elephant Conservation Village.
Gunung Senyum
Tempat teroka gunung menarik di Temerloh
Gunung Senyum atau Hutan Lipur Gunung Senyum menawarkan penjelajahan gua dan pemandangan gua batu kapur yang indah serta terbaik di Temerloh.
Tempat percutian di Temerloh ini sangat sesuai untuk peminat aktiviti lasak / aktiviti outdoor. Anda juga boleh menjelajah hutan, mendaki gunung dan berkhemah di tapak perkhemahan berdekatan. Gunung Senyum dianggarkan berusia sekitar 3,000 tahun.
Gunung ini terletak di Hutan Simpan Jengka Kuala Krau, Temerloh. Terdapat 25 gua menarik yang boleh ditemui di hutan lipur ini, antaranya Gua Terang Bulan, Gua Kolam Tujuh, Gua Makam Tong Long dan banyak lagi.
Taman Tasik Bandar Temerloh
Tempat jogging/beriadah di Temerloh
Tasik yang indah dan taman kehijauan yang terletak berhampiran dengan bandar Temerloh. Berjoging pada waktu pagi merupakan aktiviti yang popular di kalangan masyarakat.
Malah, pengunjung boleh berkelah, bermain ‘skateboard’ dan berbasikal bagi kanak-kanak. Terdapat trek untuk lakukan senaman seperti jogging, berjalan dan lain-lain.
Ia adalah taman joging yang mesra pengguna. Tempat yang bagus untuk aktiviti riadah pada waktu petang atau pagi.
Selain itu, Taman Tasik Bandar Temerloh ini mempunyai tasik, taman permainan, tandas awam, tempat duduk, dan lapangan ‘skateboard’ serta jambatan pendek di seberang tasik yang menarik untuk outdoor photoshoot / garden wedding.
Monumen Titik Tengah Semenanjung
Tempat menarik untuk bergambar di Temerloh
Jika anda bercuti di Temerloh, anda harus pergi ke monumen ini yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, di jalan lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.
Monumen ini telah dirasmikan pada tahun 2019. Anda boleh datang mengambil gambar menarik dan berada di tengah-tengah Malaysia.
Jika di Johor ada Tanjung Piai sebagai mercu tanda penghujung Malaysia dan tanah besar Asia, manakala di negeri Pahang pula terletaknya monumen ini sebagai mercu tanda titik tengah semenanjung Malaysia.
Tempat menarik ini dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, setiap hari kecuali hari jumaat.
Merrinton Hotel
Hotel di Temerloh
Hotel Merrinton Temerloh merupakan salah satu pilihan penginapan paling popular untuk pengunjung ke Temerloh. Malah, hotel terbaik di Temerloh ini adalah hotel baru di tengah-tengah deretan pusat membeli-belah.
Selain daripada bilik yang selesa, lokasi hotel juga strategik. Anda boleh menemui pelbagai restoran di kawasan hotel murah di temerloh ini. Antaranya Rotarium Buffet Steamboat, Shell Eat dan banyak lagi. Air Cuckoo juga disediakan, serta Wifi percuma.
Selain itu, hotel bajet di Temerloh ini terletak berhampiran dengan masjid daerah dan Taman Tema Air Kubang Gajah. Anda juga boleh membuat tempahan penginapan untuk hotel menarik di Temerloh ini melalui laman Shoppe atau Agoda.
0 comments:
Post a Comment