Kedah terletak di utara Malaysia, berhampiran sempadan Thailand, dan dikenali sebagai “negeri jelapang padi” Malaysia, dengan separuh daripada pengeluaran beras negara datang dari sini.
Selain daripada kepentingan pertaniannya, ia juga merupakan rumah kepada Pulau Langkawi, salah satu pulau yang paling menarik di Malaysia.
Tambahan pula, Kedah antara lokasi percutian yang menarik dan istimewa apabila anda melawat Malaysia.
Senarai Tempat Menarik Di Kedah
Jika anda merancang perjalanan ke negeri ini, berikut adalah 20 tempat terbaik dan viral untuk dikunjungi di Kedah.
Gunung Jerai
Tempat menarik di Yan Kedah
Gunung Jerai adalah tempat yang bagus untuk dikunjungi jika anda gemar mendaki dan aktiviti luar yang lain. Bukan sahaja mendaki gunung, malah terdapat kawasan air terjun di puncak!
Tahukah anda gunung Pulau Serai ini sebenarnya sebuah pulau? Walau bagaimanapun, Gunung Jerai telah terbentuk apabila paras laut menurun secara mendadak.
Ia terletak pada ketinggian lebih 1170 meter dari paras laut, dan sesiapa yang mendakinya boleh menikmati pemandangan indah sawah padi hijau dan udara segar.
Air Terjun Sedim
Tempat mandi di Kedah
Lokasi air terjun kedah yang indah ini terletak di Sungai Sedim, Kulim. Selain berkelah dan mandi-manda bersama keluarga, pengunjung juga boleh camping serta memasak di lokasi menarik ini.
Tambahan pula, pengunjung juga berpeluang berkayak dan melalui laluan kanopi The Tree Top Walk yang berdekatan.
Keluar dari tol Sungai Petani Selatan, terus ke Kuala Ketil. Kami cadangkan anda mengikuti papan tanda kawasan perkelahan Lata Bukit Hijau dari Kuala Ketil sebelum mencari papan tanda Sedim untuk menuju air terjun di Kedah ini.
Hutan Lipur Rekreasi Tupah kedah
Tempat menarik di Kedah untuk family
Di kaki Gunung Jerai, anda akan menemui Hutan Lipur Air Terjun Tupah, yang boleh ditemui dari kawasan Merbok.
Ini adalah tempat best di Kedah untuk mandi-manda, fotografi, barbeku, berkelah dan meluangkan masa bersama orang tersayang dan kawan baik.
Tasik Darulaman Park
Tempat menarik di Jitra
Penduduk tempatan menggunakannya sebagai tempat berkelah dan beriadah ketika percutian di Kedah.
Selain kemudahan tempat letak kereta, terdapat tasik yang besar, gerai makanan, padang layang-layang, trek joging, gelanggang futsal dan kemudahan lain.
Pengunjung juga boleh menikmati aktiviti menarik lain seperti berperahu dayung dan berkayak di Tasik Darulaman Jitra.
Taman Rimba Alor Setar
Tempat menarik di Alor Setar
Taman Rimba Alor Setar ini juga dikenali dengan nama lainnya iaitu Taman Jubli Perak. Tempat ini sangat bagus untuk berkelah, berjoging, bersenam atau berjalan-jalan sambil melihat pokok yang kehijauan.
Tambahan pula, kanak-kanak boleh bermain basikal dan ini juga lokasi menarik untuk mengambil gambar/ootd anda.
Perpustakaan digital juga terletak berhampiran dan taman ini mempunyai gelanggang untuk bermain bola keranjang serta kawasan parking yang luas.
Muzium Kota Kuala Kedah
Tempat menarik Kuala Kedah
Muzium Kota Kuala Kedah terbahagi kepada enam bahagian iaitu pengenalan, fungsi bandar, sejarah, era British, Jepun, dan era selepas merdeka.
Selain itu, muzium ini mempunyai 60 koleksi artifak arkeologi, termasuk batu bata asli, seramik dan meriam British yang berusia lebih daripada 100 tahun. Pengunjung juga boleh mengambil gambar menarik di tembok kota lama, binaan istana dan rumah api.
Jika anda suka sejarah dan ingin menerapkannya dalam diri anak-anak anda, datang ke sini. Kemasukan di sini percuma dan parking juga luas.
Pulau Songsong Yan Kedah
Pulau di Kedah
Persekitaran Pulau Songsong ini sangat cantik, airnya jernih dan memiliki keunikan tersendiri. Namun begitu, tiada penduduk yang mendiami pulau ini, malah dekat sini tempat penginapan pun tiada.
Pengunjung yang ingin ke sini perlu menyewa bot dari Pantai Merdeka atau di Kampung Sungai Udang. Anda boleh BBQ, memasak, memancing, berkelah dan snorkelling tetapi bawa sendiri peralatan snorkelling.
Tarikan pulau ini termasuk pokok hutan, flora, fauna dan karang dasar laut. Selain itu, terdapat kawasan pantai yang unik dengan kawasan pasir yang luas, bersih dan kawasan berbatu. Anda boleh day trip Pulau Songsang atau berkhemah di sini.
Bukit Hijau Kedah
Tempat menarik di Baling
Di sempadan antara daerah Baling dan Kulim adalah di mana anda akan menemui Lata Bukit Hijau atau Hutan Lipur Bukit Hijau.
Ia terkenal dengan keindahan semula jadi yang menakjubkan di kawasan sekitarnya, serta pelbagai peringkat air terjun bertingkat yang terkandung di dalamnya. Kolam semula jadi yang menarik yang mengandungi air yang sangat jernih dan sangat sejuk.
Pada tahun 1997, kawasan lata ini memenangi pertandingan landskap kategori pertanian/hutan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Apabila merancang percutian hujung minggu, tempat percutian di Kedah yang satu ini sesuai untuk anda kunjungi bersama rakan dan keluarga.
Pantai Murni
Tempat berkelah di Kedah
Pantai Murni antara destinasi terkenal untuk pengunjung pantai di Daerah Yan. Ia adalah tempat di mana seseorang boleh berehat bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menghargai keindahan matahari terbenam.
Kemudahan seperti surau, bangku, medan selera dan taman permainan kanak-kanak antara yang boleh didapati di sini.
Selain itu, pasar uptown, juga dikenali sebagai bazar, dibuka untuk pengunjung selama tiga hari setiap minggu: Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Menara Jam Besar
Bangunan bersejarah di Kedah
Menara jam ini, yang juga siap pada tahun 1912, dibina untuk memberitahu penduduk tempatan bahawa waktu solat telah tiba.
Selain itu, menara jam Alor Setar itu masih digunakan hari ini sebagai pencatat masa, tetapi ia juga mengingatkan masa lalu sebagai salah satu tarikan pelancong tertua di Kedah Darul Aman.
Ia juga menarik untuk melihat bagaimana struktur ini menggabungkan seni bina Islam dan kolonial.
Batas Ubi Deer Farm
Tempat menarik di Yan Kedah
Selain dari melihat rusa, anda juga berpeluang melakukan aktiviti menarik lain termasuklah beri makan rusa di tempat best dekat Kedah ini.
Pengunjung juga boleh menaiki atv dan pusing kawasan kampung serta kawasan sawah padi Kedah berdekatan.
Tambahan pula, anda boleh makan daging rusa grill semasa jalan jalan Kedah tetapi maklum dulu kepada pemilik melalui WhatsApp untuk tempahan.
Taman Burung Kulim
Tempat menarik di Kulim
Kawasan ini terletak berhampiran dengan Menara Jam Merdeka. Taman Burung Kulim memiliki pemandangan yang indah dengan gazebo, kolam ikan, dan taman bunga.
Pengunjung boleh memberi makan burung, itik dan ikan di taman ini. Anak-anak anda sesuai untuk dibawa ke sini ketika jalan jalan Kedah.
Selain itu, pengunjung juga boleh berinteraksi dengan arnab, penyu dan haiwan lain.
Gunung Jerai Resort
Tempat penginapan menarik di Kedah
The Jerai Hill Resort atau Gunung Jerai Resort terletak di kawasan kejiranan Sungai Petani yang popular. Resort di Gunung Jerai ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk memastikan tidur malam yang lena buat anda semasa percutian di Kedah.
Terdapat kaunter penerimaan tetamu 24 jam, simpanan bagasi, Wi-Fi di tempat awam, tempat letak kereta dan banyak lagi.
Selain itu, resort di Kedah ini mempunyai spa, kolam renang luaran, table tennis, playground kanak-kanak dan taman.
Muzium Padi Kedah
Tempat menarik di Alor Setar untuk kanak-kanak
Lokasi Muzium Padi terletak di Gunung Keriang di Alor Setar. Muzium ini memaparkan aktiviti penanaman dan penuaian padi di bandar Kedah.
Pelbagai peralatan sawah padi tradisional turut dipamerkan di galeri tersebut.
Selain itu, terdapat juga pameran kebudayaan yang merangkumi aktiviti membuat dan menerbangkan wau, bermain permainan tradisional kampung, dan permainan gasing.
Jerami Gulung Kampung Dulang Kechil
Tempat bergambar/photoshoot menarik di Kedah
Tempat ini kelihatan seperti di Texas di Amerika Syarikat, tetapi ia sebenarnya di Malaysia! Anda juga berpeluang melihat pemandangan panorama Gunung Jerai.
Penduduk kampung mengubah lokasi ini menjadi tempat tarikan popular dengan 24 gulung bal jerami, sesuai untuk mengambil gambar yang sesuai untuk Instagram!
Di samping itu, tetamu boleh menyertai aktiviti seperti menunggang kuda, menerbangkan layang-layang, atau menaiki ATV di tempat viral di Kedah ini. Terdapat ruang letak kereta yang luas, dan lebih baik lagi, ia percuma!
Fantasia Aqua Park
Taman tema air terbaru di Kedah
Fantasia Aquapark merupakan taman tema air dengan konsep bertemakan taman ajaib yang dipenuhi serangga berwarna-warni.
Terdapat pelbagai tarikan menarik untuk pengunjung seperti Children Splash Pads, Children Water Factory, Gelongsor Berkembar, Lazy River dan Gua Air. Fantasia Aquapark Jitra antara tempat pelancongan di Kedah yang popular.
Selain itu, tempat viral di Kedah ini adalah taman tema yang sangat menarik untuk seisi keluarga. Walaupun tidak setanding dengan Carnival Sungai Petani, ia sudah memadai untuk anda bergembira bersama keluarga tersayang.
Gunung Keriang Alor Setar
Tempat hiking di Kedah
Laluan ini juga dianggap mudah dan anda hanya memerlukan 35 minit untuk melengkapkan laluan ini. Bagi yang baru nak mula hiking memang wajib datang ke sini.
Selain itu, perjalanan sepanjang trail naik ke atas sangat menarik. Puncak Gunung Keriang juga menawarkan pemandangan yang menakjubkan.
Penduduk tempatan kerap mendaki laluan ini dan berjalan di sekitar kawasan ini. Laluan ini dibuka sepanjang tahun dan merupakan tempat yang indah untuk dikunjungi pada bila-bila masa.
Rumah Sarapan
Tempat makan di Sungai Petani
Kafe ini menyediakan pelbagai makanan untuk sarapan dengan harga yang murah. Ini antara port sarapan terbaik dengan konsep kafe yang ringkas tetapi menarik.
Hiasan retro dan perabotnya akan memikat hati pengunjung. Antara menu Rumah Sarapan yang popular ialah kacang pool bersama roti bakar, nasi lemuni, lontong dan roti sambal.
Anda diingatkan untuk datang awal semasa hari jumaat, sabtu dan ahad kerana ramai pelanggan pada hari tersebut.
Berangan Aqua Park
Water park di Kedah
Taman tema air atau water park di Sungai Petani ini berlandskapkan suasana desa. Kanak-kanak pasti akan suka apabila mandi dan bermain permainan air di Berangan Aqua Park.
Harga tiket juga berpatutan dan anda boleh menempah untuk mengadakan hari keluarga di taman tema mini ini.
Selain itu, waterpark ini terletak di Kampung Permatang Berangan, Kedah.
Pantai Merdeka
Pantai di Kedah
Pantai Merdeka merupakan salah satu tempat yang terkenal dan menarik di Kedah. Terdapat juga chalet, homestay, dan resort untuk pelancong yang ingin menghabiskan percutian mereka di sini.
Antara aktiviti menarik di kawasan ini termasuklah bermain layang-layang, berkhemah, berkelah, memancing, mandi laut, dan menaiki bot ke lokasi menarik iaitu Tanjung Dawai di sekitar kawasan pantai Merdeka.
Gerai jualan, tandas awam, surau dan tempat letak kereta yang luas, antara kemudahan disediakan untuk pengunjung.
0 comments:
Post a Comment