loading...

Wednesday, 4 April 2018

Kelebihan Mengahwini Seorang Jururawat

Tidak dinafikan dan ramai mesti bersetuju bahawa seorang jururawat atau dipanggil ramai dengan gelaran staff nurse ini kebanyakannya seorang yang boleh membuat banyak pekerjaan dalam satu-satu masa.

Malah, seorang lelaki itu boleh dikatakan sangat bertuah mendapat seorang isteri yang bekerjaya, cantik, rajin, tak berkira dan staff nurse sudah semestinya satu bonus besar buat si suami.

Si suami pasti tersenyum lebar kerana ada banyak benda yang isteri boleh lakukan. Berikut ini perkongsian aliffchannel.com mengenai sebab kenapa anda perlu mengahwini seorang jururawat.

Kelebihan Isteri Seorang Jururawat

Pandai kemaskan katil

Katil anda pasti sudah siap dikemas setiap pagi, ini kerana sudah terbiasa buat bedmaking patient sehingga 30 katil sehari, setakat satu dua katil di adalah perkara mudah baginya.

Tidak mudah rasa jijik

Jururawat tiada rasa jijik nak cuci lampin anak kerana mereka sering berhadapan dengan kerja kotor hampir setiap hari. Nak kira setakat pampers kegunaan anak, tiadalah tara dengan yang dibandingkan dengan apa yang dihadapi di wad hospital.

Sistematik

Bayangkan seorang jururawat apabila memasak, mesti bahan-bahan masakan disusun rapi seperti ubat-ubatan pesakit. Setakat bawang putih 3 ulas + 100gm ikan bilis, dan hendak dibandingkan dengan katil 1 Pt A, T Metoprolol 50 mg BD, T Simvastatin 40mg ON, IV Ceftriaxone 1g OD. Fikir dna renungkan.

Pandai dobi

Banyak baju putih? Semestinya dibasuh sekali dengan pakaian seragam jururawat. Jururawat selalunya sudah tahu cara dan teknik kombinasi cucian bagi pakaian berwarna putih yang dipelajari dari zaman belajar sehingga bekerja sebagai jururawat, pakaian mereka tetap adalah warna putih.

Tubuh sihat

Reposition patient 2 hourly, pusing sana-sini, transfer patient katil ke kerusi, kerusi ke kerusi roda. Seseorang jururawat dah tak payah pergi ke gym.

Klinikal sampai ke rumah

Ramai jururawat apabila mencuci rumah, mereka tak gunakan sabun pencuci lantai, tapi chlorhexidine dengan alcohol (Terbukti secara klinikal).

Susah nak marah

Seorang jururawat susah hendak marah disebabkan hari-hari mereka berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai ragam.

Senang rindu

Sebagai suami, disebabkan pekerjaan jururawat ini  tak menentu dna mengikut pada syif-syif yang tersedia, sehingga sampai 2-3 hari tak berjumpa walaupun duduk serumah boleh memberi masa buat anda untuk merindui.

Pandai ubati luka

Tidak hanya luka kaki, bedsore kategori 4 sekalipun mereka boleh cucikan, termasuk juga luka di hati.

Pengalaman baru setiap hari

Pesakit bertukar-tukar setiap hari, jadinya juga hari-hari ada pengalaman baru.

Sumber diolah dari pelbagai sumber di internet.

The post Kelebihan Mengahwini Seorang Jururawat appeared first on Aliff Channel.

Cara Hilangkan Jerawat Batu Pada Wajah

Ramai hilang keyakinan diri apabila luka berjerawat menganggu penampilan diri, apatah lagi apabila jerawat tersebut adalah jerawat batu. Pelbagai produk penjagaan kulit wajah digunakan namun masih belum berkesan.

Usah risau, berikut aliffchannel.com kongsikan caran menghilangkan jerawat batu dengan secara semulajadi berikut ini.

Cara Hilangkan Jerawat Batu Dengan Bahan Semulajadi

Kentang

Ubi kentang ini sangat mudah dicari di pasaran tani dan pasaraya. Kentang juga sering dihidangkan sebagai makanan lazat yang sebenarnya boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat batu pada hidung anda secara semulajadi. Kentang yang kaya mineral ini akan menjadi berkesan bagi merawat kulit wajah anda yang mempunyai masalah jerawat batu yang menganggu penampilan diri. Kentang ini boleh digunakan sebagai topeng muka anda.

Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu mengupas kentang dan anda boleh membuatnya sebagai topeng muka dengan melekat pada wajah yang mempunyai jerawat batu. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Rasa sejuk dari kentang ini akan membuat kawasan hidung anda penuh dengan jerawat ini akan rasa sejuk dan akan pulih lebih cepat.

Campuran kunyit, limau dan madu

Kunyit, limau nipis dan madu adalah kombinasi yang sempurna untuk mengatasi jerawat di hidung. Kandungan curcumin yang terdapat dalam kunyit, vitamin C dalam lemon dan juga madu sangat baik untuk mendapatkan semula kulit sihat jika dijadikan sebagai topeng muka yang sangat berkesan untuk mengatasi jerawat di hidung.

Anda boleh haluskan kunyit kemudian campurkan limau nipis dan sedikit madu untuk dijadikan topeng muka. Anda boleh menggunakan topeng muka ini dengan kerap supaya bebas dari jerawat batu.

Masker Putih Telur

Walaupun berbau tidak enak, topeng putih telur adalah penyelesaian yang harus anda cuba. Telur putih mengandungi enzim lusozyme yang dapat membantu menghancurkan dinding sel bakteria jerawat.

Lidah Buaya

Aloe vera umumnya diketahui sangat baik untuk kesihatan rambut, tetapi adakah anda tahu bahawa kandungan antioksidan, mineral, vitamin C dan E juga sangat baik untuk jerawat?

Cara menggunakannya juga sangat mudah, haluskan lidah buaya dan gunakan sebagai topeng muka.

Sumber: blog.manjadda.com

The post Cara Hilangkan Jerawat Batu Pada Wajah appeared first on Aliff Channel.

loading...