loading...

Sunday, 18 March 2018

Saturday, 17 March 2018

Ais Juga Boleh Membakar Lemak

Kebiasaan kita dengar, ais selalunya digunakan untuk mengurangkan kesan bengkak. Tapi menurut kajian, penggunaan ais juga boleh membakar lemak yang ada pada tubuh badan kita. Mungkin ini kali pertama kita mendengar perkara ini.

Mungkin segelintir dari kalangan kita tidak akan percaya bahawa ais boleh membakar lemak. Belum cuba mungkin kita belum tahu akan kesannya. Anda hanya perlu meletakkan ketulan ais selama 30 minit di bahagian tubuh badan anda yang berlemak. Ais juga dikatakan boleh membakar lemak degil dengan cepat.

Kajian tentang ini juga telah disiarkan di The Telegraph dan mengatakan, ais atau sesuatu yang sejuk juga boleh mengubah lemak putih ataupun lebih dikenali sebagai lemak tepu menjadi lemak coklat iaitu lemak-lemak yang  senang untuk dibakar.

Setiap manusia masing-masing mempunyai dua jenis tisu lemak. Lemak putih adalah sejenis lemak yang berada di kawasan bahagian perut dan juga di bahagian pinggul.

Apabila ais diletakkan di bahagian tersebut, ia akan menukarkan lemak putih kepada lemak coklat. Semasa proses pembakaran lemak itu akan menjadi lebih mudah dan cepat.

Kajian juga telah mendedahkan bahawa dengan mandi air ais adalah satu terapi yang sangat bagus dan bermanfaat bagi mewujudkan aura positif dalam diri kita. Pada masa yang sama ia boleh membakar lemak dan menguruskan badan serta menguatkan tulang dan sistem imunisasi di dalam tubuh badan kita.

Pada masa yang sama, air sejuk juga boleh menjadikan rambut dan kulit kelihatan lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori. Seaiknya anda cuba dulu barulah anda dapat rasai kesannya. selamat mencuba.

Sumber: The Telegraph

The post Ais Juga Boleh Membakar Lemak appeared first on Aliff Channel.

Kesiankan Intan, Ini Pesan Paksu Untuk Ude

Nampaknya kontroversi yang melanda baru-baru ini antara suami Izreen Azminda, Ude dan isteri pertamanya telah menarik perhatian ramai netizen. Ramai yang turut bersimpati diatas apa yang terjadi, malah yang mengutuk Izreen Azminda selaku isteri kedua juga tidak kurang hebatnya.

Baru-baru ini Izreen dan suaminya Ude telah membuat keputusan untuk menutup akaun Instagramnya kerana terlalu tertekan dengan hentaman dan kecaman yang dilemparkan. Siapa kita untuk menghukum mereka, kerana kita hanya orang luar yang tidak mengetahui masalah sebenar, sebaiknya berdiam diri sahaja.

Apa yang menariknya kali ini, tampil seorang lelaki berkongsi pesanan beliau untuk suami di luar sana. Perkongsian oleh Redzuan Abd Manaf atau lebih dikenali sebagai panggilan ‘paksu’ melalui laman facebook ini mungkin boleh dijadikan renungan buat semua. Hargailah isteri anda sebaiknya kerana mereka terlalu banyak berkorban untuk insan yang bernama suami.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini.

Coretan hati buat Ude.

Pertama sekali, tahniah atas perkahwinan baharu dan kedua untukmu de. Kedua, takziah atas penceraian yang berlaku dalam perkahwinan pertama.

Ok. Seboleh mungkin paksu tak nak mencampuri urusan de dan keluarga. Abang dan kakak paksu pun dah “warning” awal-awal jangan nak kacau Ude yang tengah kemaruk berseronok dan berbahagia. Tapi paksu x kuat de, paksu rasa macam ada sesuatu yang paksu boleh belajar dan kongsi dari kisah korang bertiga.

Ya betul de paksu single, xpernah kahwin…..paksu tak tahu apa-apa. Paksu tak pernah rasa macam mana syoknya orang berumahtangga. Tak pernah bau kentut isteri yang dulu pernah dicinta. (Ya la bila masa pulak paksu kahwin ya). Tak pernah dapat rasa dibelai-belai dan dimanja-manja. Paksu x pernah rasa itu semua de, tapi paksu syukur juga. Setidak-tidaknya paksu x sakitkan hati sesiapa. Tak layan anak gadis orang seperti kain buruk yang dah x berguna. Teruk dan terhinanya rasa. I cant imagine how her feeling when orang yang pernah dicinta, disayang, ditatang lukakan hati sebegini rupa. Sakitnya de…..sakit gila!!!

Ude,

Kalau paksu ni jenis x takut dosa, paksu boleh je ngorat isteri-isteri kamu tu semua. Paksu yakin dengan rupa paras persis “beruk makyeh” ni, depa akan jatuh cinta punya. Masa tu de bayangkan lah perasaannya macam mana. Bayangkan sakitnya diduakan tu dasyatnya lagumana. Masa tu baru padan muka!!! Samalah apa yang Liana (bekas isteri pertama) rasa sekarang…..kesian dia!!!

Paksu x boleh tengok air mata. Apatah air mata dari perempuan yang disakiti hatinya. Rasa macam nak pergi jer peluk dia. (Astaghfirullahalazim…..x baik, dosa). Tapi itulah perasaan paksu (orang lelaki) ni ya. Mudah kesian dan mudah jatuh cinta. Even dah ada, tapi nak lagi kasih sayang dari orang lain ya. Pelahapnya kita!!! Moga Allah ampunkan dosa.

Kesilapan terbesar ialah mudah memberi ruang untuk tidak setia. Memilih untuk mencari bala. Dan mencipta alasan gila yakni dah hilang rasa cinta. Habis 5 tahun kahwin, henjut sampai keluar anak dua tu apa??? Suka-suka???

Paksu kesian kat “janda”. Hanya sebab korang berdua, tittle “janda” yang tidak berdosa tu pun terkena tempiasnya. Kejam gila!!! Baik korang merangkak buat road show mintak maaf kat semua janda di seluruh negara.

Inilah bahana bila iman senipis kulit bawang, kahwin cerai dah jadi macam xda apa-apa. Anak-anak jadi mangsa kebodohan ayah/bapa. Si mak struggle just untuk tunjuk dia OK di depan semua. Sedang air mata yang tumpah tu x boleh selindung sakit yang disembunyikannya. Kahwin ni memang pertaruhan terbesar dalam hidup kita. Moga kisah korang bertiga ni jadi guide line untuk paksu di hari muka. Bukan niat paksu untuk mengata kamu de (paksu sendiri pun tak tahu perjalanan hidup paksu macam mana). Sekadar panduan dan teguran untuk paksu dan kita semua.

Pesan paksu pada semua lelaki kat luar sana, rajin-rajinlah selidik iman kita. Hargai dan sayangi orang yang hadir dalam hidup kita. Belajar untuk setia. Dan cuba untuk jadi ketua/suami/ayah/bapa yang terbaik untuk keluarga.

Pesan paksu untuk semua wanita yang bergelar isteri pula, jagalah rumahtangga. Jaga suami-suami hangpa semua. Jaga keterbukaan korang (jangan nak openminded sangat) dan pasang sedikit kecurigaan pada suami even itu boleh menghakis rasa percaya. Perangai tu janganlah jadi seperti babi yang suka menyondol atau jadi beruk yang suka menggigit sebab sakitnya tu yang rasa kaum sejenis hangpa juga. Ingat, nak berkongsi-berkongsilah tapi jangan sampai bercerai berai…..kesian yang tua!!! Paksu x sanggah poligami, paksu cuma sanggah orang2 yang bodoh dalam berpoligami (jangan twist ayat paksu ya).

Buat Ude dan Izreen, selamat berbahagia atas kesakitan yang dicipta. Dan buat Intan Liana, selamat menjadi janda hot lepas ni ya!!! Buktikan “janda” pun boleh hidup bahagia dan gembira. Kalau rasa nak pinjam bahu, bagitau jer paksu sudi tumpangkan……percuma!!!

Sumber: Facebook/Redzuan Abd Manaf

The post Kesiankan Intan, Ini Pesan Paksu Untuk Ude appeared first on Aliff Channel.

5 Tuntutan Hak Yang Perlu Wanita Tahu Jika Diambang Perceraian

Perceraian adalah salah satu perkara yang dimurkai Allah s.w.t, sedangkan memutuskan silaturrahim antara sahabat juga tidak digalakkan, apatah lagi apabila ikatan itu ikatan mulia suami isteri.

Dalam islam melarang sekeras-kerasnya perceraian kerana jika anda dikurniakan anak-anak, kesan yang bakal mereka terima adalah dari segi mental dan juga fizikal. Banyak kes serius seperti najis dadah melibatkan remaja bawah umur, antara faktor mengapa mereka terdedah kepada gejala itu adalah kerana faktor persekitaran dalam keluarga. Ibu bapa bercerai dan hidup menjadi tidak terurus membuatkan mereka mudah terdedah dan terpengaruh dengan gejala tidak sihat

Namun, perceraian bukanlah penamat untuk hidup. Perjuangan harus diteruskan demi kelangsungan hidup diri sendiri dan anak-anak. Untuk mengelakkan penyesalan kemudian hari, wanita terutamanya perlu tahu hak-hak mereka selepas bercerai.

Ramai wanita yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan setelah diceraikan, ini kerana mereka tidak cukup ilmu dan tidak tahu hak mana yang perlu dituntut. Ini adalah perkara penting yang perlu anda ketahui.

Ambil lawyer boleh sediakan 30-40k


Seorang netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan wanita apabila melalui proses paling perit dalam perkahwinan, diceraikan suami. Dia memberi contoh kes Intan Liana yang juga bekas madu pelakon Izreen Azminda yang diceraikan mungkin mendapat perhatian ramai, namun jika terjadi kepada orang kebanyakan, sudah tentu hilang punca dan tidak mengetahui langkah yang perlu diambil.

Tambahnya, untuk khidmat peguam bagi kes perceraian pun memakan belanja sehingga 30 hingga 40 ribu Ringgit. Jika tidak berduit, adalah penting untuk golongan wanita berilmu menghadapi masalah sebegini.

Apa yang boleh dituntut wanita

Antara tuntutan wanita yang boleh dibuat adalah seperti nafkah iddah. Nafkah ini perlu diberi mengikut keperluan wanita dalam masa 3 kali suci. Selain itu, mutaah atau saguhati dari pihak suami juga boleh dituntut berdasarkan jumlah yang disumbangkn sepanjang kahwin.

1/3 harta sepencarian hak wanita

Bekas isteri juga layak mendapat satu pertiga harta sepencarian walaupun bergelar surirumah dalam keluarga. Antara yang boleh dituntut adalah seperti rumah, duit simpanan, saham atau kereta. Walaupun berdepan kesukaran, amat penting untuk percaya kepada kuasa rezeki ketetapan Allah.

Tuntut di mahkamah nafkah anak secara hitam putih

Menurutnya lagi, bagi mengelakkan isu di kemudian hari, tuntutan nafkah anak perlu dibuat di mahkamah secara bertulis bagi memudahkan kerja sekiranya si bapa ingkar di kemudian hari.

Hak penjagaan anak bagi tujuan dokumentasi

Sumber: Facebook/Norshahelayati Md Salleh

The post 5 Tuntutan Hak Yang Perlu Wanita Tahu Jika Diambang Perceraian appeared first on Aliff Channel.

Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda

Limau kasturi sememangnya terkenal dengan rasanya yang sangat sedap apabila dicampurkan dalam minuman, malah mampu memberi aroma yang sangat sedap dalam masakan.

Antara menjadi kegemaran orang melayu adalah laksa, jika tiada perahan limau, ianya seperti tidak lengkap dalam hidangan laksa tersebut. Dalam minuman pula, ianya mampu memberi rasa segar kepada sesiapa sahaja yang meminumnya, antara minuman yang boleh dicampurkan dengan perahan limau kasturi adalah Teh. Sesiapa yang gemar akan minuman itu pasti sudah tahu akan rasanya.

Pokok limau kasturi ini lebih dikenali melalui batang dan cabangnya yang berduri, buahnya berbentuk seperti limau namun saiznya lebih kecil. Baunya yang sangat harum boleh menyegarkan sesiapa sahaja yang menghidunya.

Limau kasturi juga terkenal dikalangan mereka yang sangat mementingkan kesihatan, kerana Ia juga mengandungi kandungan vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Jika anda mahu hilangkan rasa tertekan, dan mahu rasa segar sepanjang hari, anda boleh cuba minum air perahan limau kasturi ini. Pasti ianya akan memberikan anda rasa yang lebih tenang dan segar.

Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi juga mampu berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.

Berikut merupakan beberapa khasiat dan kegunaan limau kasturi yang mampu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan:

Ubat kurus

Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

Ubat demam

Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.

Ubat hilang bau ketiak

Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

Ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air. Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

Ubat lelah

Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli). Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah. Cukuplah diamalkan seminggu sekali.

Ubat batuk

Campurkan limau, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.

Ubat kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji limau nips. Lumur pada kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan seminggu sekali.

Hilangkan kesan minyak pada baju

Perah sebiji limau kasturi kedalam piring. Campur perahan limau dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran diatas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas digosok, biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak akan hilang. Akhir sekali basuh pakaian tadi dengan pakaian lain seperti biasa.

Ubat wangi rambut

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Kemudian gosok seluruh kepala, biarkan beberapa minit dan barulah dicuci bersih.

Mengilatkan cermin mata

Cuci dan gosok sedikit limau pada kaca cermin mata. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cemin mata nampak jelas dan tahan lebih lama.

Sumber: Siakapkeli.my

The post Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda appeared first on Aliff Channel.

Friday, 16 March 2018

Gambar Sekitar Pasar Di Vietnam Yang Menjual Kucing Sebagai Makanan

Terdapat sebuah pasar yang cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan di Vietnam. Bukan kerana saiz pasar yang besar, tetapi barangan yang dijual di pasar ini menjadikannya sebagai salah sebuah pasar yang paling mengerikan di dunia.

Pasar yang terletak di Quan Binh Tan di Ho Chin Minh ini menjual daging kucing yang juga dikenali sebagai little tiger untuk para pelanggan yang menggemarinya.

Walaupun telah diharamkan di bawah undang-undang di Vietnam, masih juga ada segelintir peniaga menjual daging kucing secara tertutup pada harga RM230 ke RM310 untuk setiap hidangan.

Menurut penduduk tempat di sana, daging kucing boleh menjadi sumber kekuatan dan membuatkan orang yang memakannya menjadi lebih lincah seperti seekor kucing. Bagaimanapun, wujud risiko kesihatan buat yang memakan daging kucing ini kerana ada antara daging kucing adalah dari kucing-kucing liar.

Seorang pencinta haiwan yang dikenali sebagai Quyen telah merakamkan suasana di dalam pasar yang mengerikan ini. Lihat berikut ini:

Kucing-kucing ini akan disimpan  di dalam guni dan diletakkan di atas lantai.

Nasib kucing-kucing malang yang sedang menanti giliran untuk diproses.

Kucing-kucing ini akan dibunuh dengan dilemaskan di dalam air.

Bulu-bulunya akan ditanggalkan.

Menjadi hidangan yang paling digemari di Vietnam.

Tonton juga video di pasar yang mengerikan ini.

Sumber: Daily Mail UK

The post Gambar Sekitar Pasar Di Vietnam Yang Menjual Kucing Sebagai Makanan appeared first on Aliff Channel.

Hentikan Guna Kekerasan Bila Anak-Anak Mengamuk Dan Menangis

Mungkin kebanyakkan ibu bapa yang sering melakukan perbuatan sebegini seperti menyuruh anak untuk berhenti menangis apabila dimarahi akan kesalahan yang dilakukan. Namun adakah anda tahu perbuatan berikut boleh mendatangkan kesan negatif terhadap anak-anak yang masih kecil yang langsung tidak tahu apa-apa.

Memujuk anak dengan cara mengunakan kekerasan seperti memarahi mereka dan menyuruh mereka diam adalah satu perbuatan yang langsung tidak membantu tatkala anak anda mengamuk dan menangis. Perkara yang patut anda lakukan untuk meredakan tangisan anak-anak adalah dengan cara mengusap muka mereka dan memberikan uturan yang lembut di naggota bandannya.

Pada usia anak-anak menjangkau umur tiga tahun, sangat kerap apabila mereka sering membaling barangan dan mengamuk ataupun memukul jika tidak mendapat apa yang mereka inginkan. Disitu kita boleh mendapat tahu yang mereka sedang menunjukkan respon tidak puas hati semata-mata untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.

Setiap yang sudah bergelar ibu dan bapa sudah pasti tidak akan dapat lari dari situasi sebegini. Apabila sudah berada di tahap sedemikian sudah pasti ibu bapa tidak akan dapat mengawal perasaan marah bila kerap kali menegur anak dan masih saja melakukan perkara yang sama sehingga memaksa ibu bapa mengunakan pilihan yang terakhir seperti mencubit ataupun memukul supaya anak berhenti melakukan perkara yang tidak disukai.

Menurut perkongsian dari Pakar Keibubapaan, Kekeluargaan dan Kasih Sayang, seorang wanita yang dikenali sebagai ibu Rose menasihati kepada golongan ibu bapa supaya untuk memahami dan mengerti dahulu apa yang sedang anak-anak cuba untuk sampaikan sebelum mengambil tindakan untuk menghukum mereka. Cara yang ditunjukkan ini bukan saja mudah malah iajuga boleh memberikan ketenangan kepada anak dan pada masa yang sama ibu bapa dapat mengawal rasa marah.

Anda seharusnya mengetahui dan memahami apabila anak kecil yang masih berusia dalam umur tiga tahun yang sering mengamuk dan menangis itu semua adalah tanda-tanda mereka sedang hanyut di dalam Monster yang muncul dalam diri mereka.

Tindakan anda memarahi mereka akan menjadi semakin teruk dan menyemarakkan lagi rasa marah yang ada pada diri anak-anak. Seakan-akan anda menyimbah minyak di atas api dan membuatkan api itu semakin marak.

Perasaan marah adalah satu perasaan yang boleh disamakan dengan api. Syaitan juga berasal dari api. Oleh sebab itulah, dengan cara memukul dan menyuruh mereka diam dengan mengunakan cara yang kasar dan paksaan itu bukan jalan penyelesaiannya.

Anda hanya perlu berfikir secara logis dan berhemah. Apakah cara yang sesuai untuk memadamkan api? Sudah semestinya kita mengunakan air untuk emmadamkan api yang sedang marak. Tapi seperti apakah peranan air dalam sistem komunikasi? Bacaan doa juga boleh memberikan ketenangan dan perasaan sabar wujud. Ambil sedikit air kemudian sapukan ke bahagian muka anak-anak secara perlahan dan lembut sambil di iringi dengan bacaan doa dan pada masa yang sama anda ucapkanlah perasaan sayang dan kasih kepada mereka. Disertakan mengurut tubuh badan anak dengan perlahan dan lemah lembut. Ia juga boleh memberika emosi mereka menjadi stabil dan dapat menenangkan Monster yang ada pada diri mereka seperti kita menjinakkan kucing.

Masih ada satu cara penting untuk berjaya. Perkara seperti inilah yang sering ibu bapa terlepas pandang. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya sentiasa bersangka baik kepada anak-anak. Mereka mengamuk sebegitu bukanlah mereka sengaja untuk menunjukkan perangai buruk dan suka-suka untuk menyusahkan anda. Mungkin ada sesuatu yang ingin mereka sampaikan sehingga memaksa mengunakan cara seperti itu seakan-akan mereka ingin memberitahu sesuatu kepada anda.

Jika ada orang sekeliling yang sering memesan kepada anda agar memukul dan mengunakan kekasaran sedikit dalam mendidik supaya anak-anak tidak akan menjadi lebih teruk jika membesar kelak itu adalah salah. Mereka sudah tentu tidak memahami psikologi kanak-kanak dan masih belum mengkaji cara Nabi kita Rasulullah Saw mendidik anak-anak suatu ketika dulu.

Mainkanlah peranan sebagai seorang ibu dan bapa yang mempunyai pendirian yang tinggi dan pada masa yang sama anda tegas dalam mengatasi sifat Monster yang ada pada diri anak-anak supaya mengajar mereka untuk lebih tenang dan sabar serta dipenuhi dengan rasa kasih sayang yang padat.

Setelah membaca perkongsian dari ibu Rose ini boleh memberi serba sedikit ilmu dan manfaat dalam mendidik anak dengan cara yang betul. Jika kita memberikan didikan yang betul dari anak-anak masih kecil, sudah pasti mereka membesar menjadi seorang yang berguna serta menghormati orang lain di kemudian hari.

Sumber: Hambafakir.com

The post Hentikan Guna Kekerasan Bila Anak-Anak Mengamuk Dan Menangis appeared first on Aliff Channel.

loading...