loading...

Monday, 30 July 2018

Perempuan Kembar ‘Instafamous’ Gagal SPM Dikecam Warganet

Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa kembar “instafamous” ini gagal dalam pelajaran mereka. Hal ini kerana, adalah tidak patut bagi orang yang petah bercakap tetapi tidak pandai dalam mata pelajaran. Adakah mereka tidak fokus dengan pelajaran kerana mengejar populariti di media sosial?

Walaupun isu ini berbangkit beberapa hari lalu, masih ramai orang yang membincangkan tentangnya sehingga ke hari ini.

Pelajar tersebut, Ieka atau nama penuhnya Siti Norsyahfiqah Tajudin, 17, baru-baru ini menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah menerusi video ‘Instagram Live’ selepas menerima keputusan buruk 7G dan 2E untuk peperiksaan pertengahan tahun.

Video itu dipercayai dirakam melalui akaun Instagram milik ibunya. Saksikan sedikit sedutan di bawah:

Selain menyalahkan guru, Ieka juga memberitahu bahawa dia telah berhenti belajar di sekolah tersebut dan kembali ‘bersekolah di rumah’ di mana dia diajar oleh ibunya.

Selepas video itu viral, keputusan peperiksaan pertengahan tahun Ieka telah dibongkarkan di Twitter dan menjadi bahan kecaman Netizen.

Ieka merupakan seorang public figure yang popular di Instagram, bersama kembarnya, Siti Norsyakirah atau lebih dikenali sebagai Iera

Kedua-dua mereka mempunyai lebih daripada 430,000 followers.

Dengan jumlah pengikut yang begitu ramai, mereka berdua telah banyak melakukan paid reviews dan selalu mendapat tajaan daripada pelbagai jenama dan syarikat sejak tahun lepas.

Malah, seorang netizen iaitu @mieja_ibrahim di Twitter menganggarkan jumlah pendapatan kembar ini mampu mencecah sehingga RM12,000 sebulan!

Namun, mereka perlu faham tentang pentingnya ilmu dalam meneruskan kehidupan. Sekadar untuk meraih keuntungan dari populariti, ia mungkin boleh jatuh pada masa akan datang kerana ianya bukan pelan yang baik untuk jangka masa panjang. Mungkin mereka akan menyedari kepentingan ilmu seperti “Matematik” jika ada sebarang masalah dalam pengiraan akaun? Siapa tahu kan?

Rujukan: Says.my

The post Perempuan Kembar ‘Instafamous’ Gagal SPM Dikecam Warganet appeared first on Aliff Channel.

Terkejut, Ramai Lelaki Muda Ajak Rita Rudaini Kahwin

Pelakon cantik Rita Rudiani baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataannya bahawa berhasrat untuk mengahwini lelaki yang berusia lebih muda darinya.

Dalam kenyataan tersebut, nampaknya telah memberi harapan dan ruang kepada segelintir pemuda yang sememangnya berhasrat untuk menjadikannya seorang isteri. Rita Rudaini turut mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi yang mahu menjadikannya pasangan hidup.

Menurut Rita, mesej yang diterima itu adalah dikalangan lelaki muda yang mahu mengajaknya keluar dan melamarnya sebagai isteri.

“Saya sebenarnya terkejut juga apabila pandangan saya mengenai perkahwinan dengan lelaki jauh lebih muda menyebabkan ramai menghantar DM di Instagram. Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar. Malah ada yang memberitahu nak menjadikan saya sebagai isteri,” katanya kepada mStar Online.

Namun Rita memberitahu, dia tidak melayan mesej-mesej tersebut kerana tidak berminat untuk menjalin hubungan cinta buat masa ini dan lebih selesa dengan kehidupannya sekarang.

“Ada rakan-rakan nak kenalkan saya dengan lelaki pun saya tidak mahu. Hendak mencari pun saya sibuk dengan aktiviti harian. Nak kata sunyi tidak juga kerana saya selesa dengan kehidupan sekarang yang bebas masalah rumah tangga,” katanya.

Rita yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Sememangnya, mencari seorang suami yang mampu memikul tanggungjawab yang berat itu sangat sukar dicari. Bukan hanya memandang pada kecantikkan sahaja. Oleh, itu kita doakan Rita dapat suami yang soleh. Aminn..

Sumber: mStar Online

The post Terkejut, Ramai Lelaki Muda Ajak Rita Rudaini Kahwin appeared first on Aliff Channel.

Saturday, 28 July 2018

Tasik Bawah Tanah Ditemui Di Planet Marikh

Penemuan tasik bawah tanah di planet Marikh oleh astronomi antarabangsa ini sekaligus meningkatkan andaian terdapat sumber air dan juga kemungkinan wujudnya kehidupan di planet itu.

Laporan yang dikeluarkan penyelidik dari Itali dan diterbitkan dalam jurnal sains Amerika Syarikat, tasik itu dikatakan terletak di bawah lapisan ais dan anggaran berkeluasan 20 kilometer yang merupakan cecair terbesar pernah ditemui.

“Ini adalah hasil yang mengagumkan, air di Marikh bukan suatu lopak sementara seperti penemuan terdahulu, tetapi sumber air berterusan untuk tempoh masa yang lama,” kata Profesor Madya, Alan Duffy di Universiti Swinburne, Australia.

Marikh dipercayai pernah mempunyai persekitaran yang lembap serta pernah mempunyai beberapa sumber air serta tasik kira-kira 3.6 bilion tahun lalu.

Saintis kini sedang mencari tanda air kontemporari kerana penemuan sedemikian adalah kunci untuk mengupas misteri sama ada hidupan pernah wujud.

Walaubagaimanapun, air tasik berkenaan difahamkan tidak boleh diminum dan terletak hampir 1.5km di bawah permukaan berais dalam persekitaran dingin.

“Ini adalah penemuan penting yang luar biasa, dan terikat untuk meningkatkan spekulasi mengenai kehadiran organisme hidup di Planet Merah,” kata Fred Watson, astronomi dari Australia.

Penemuan itu dibuat menggunakan peralatan radar Pengorbit Ekspres Marikh, milik Agensi Angkasa Eropah yang dilancarkan pada 2003.

Sumber: Astro Awani

The post Tasik Bawah Tanah Ditemui Di Planet Marikh appeared first on Aliff Channel.

Rakyat Malaysia Paling Ketagih Gajet Di Dunia – Kajian

Limelight Networks Inc, salah sebuah firma yang menjalankan kajian mengenai keadaan gaya hidup digital telah mengeluarkan satu data mengenai penggunaan telefon pintar oleh rakyat Malaysia.

Berdasarkan data tersebut, lebih 69 peratus rakyat Malaysia tidak dapat berhenti menggunakan telefon pintar walaupun dalam sehari. Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang paling ketagih dengan peranti digital mereka, diikuti oleh India.

Malaysia juga mencatat jumlah tertinggi dalam kalangan 10 negara yang lain mengenai penggunaan e-buku. Lebih 74.7 peratus rakyat Malaysia menggemarkan buku digital, manakala selebihnya memilih buku fizikal.

Responden di 10 negara iaitu Malaysia, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Singapura, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat ditanya bagaimana mereka berinteraksi dengan media digital dan kesan teknologi terhadap kehidupan mereka.

Limelight Networks dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa komputer riba dan komputer meja merupakan teknologi terpenting yang kedua bagi responden Malaysia dengan 43.4 peratus daripada mereka tidak boleh hidup tanpanya.

Berdasarkan laporan itu, muzik juga merupakan kandungan dalam talian yang paling banyak diakses di Malaysia, diikuti dengan filem atau rancangan televisyen dan aplikasi. Rakyat Malaysia tidak berminat terhadap kandungan berbayar kerana laporan itu mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang paling sedikit bersedia untuk membayar kandungan, sama seperti jiran mereka, Singapura.

Pengarah Kanan Limelight Networks Michael Milligan berkata:

“Pengguna semakin bergantung kepada teknologi digital dalam kehidupan peribadi dan profesional mereka untuk maklumat, hiburan, dan memudahkan tugas harian.”

Laporan itu yang berdasarkan maklum balas daripada 5,000 pengguna di 10 negara, berusia 18 tahun ke atas yang memuat turun perisian atau penstriman video atau muzik dalam talian pada bulan lepas.

Limelight Networks adalah peneraju global dalam penyampaian kandungan digital, memberi kuasa kepada pelanggan untuk lebih menarik penonton dalam talian dengan membolehkan mereka mengurus dan menyampaikan kandungan digital secara selamat di mana-mana peranti.

Sumber: Berita Media Corp

The post Rakyat Malaysia Paling Ketagih Gajet Di Dunia – Kajian appeared first on Aliff Channel.

Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi – Kajian

Di dunia ini, ada 2 jenis manusia sahaja setiap pagi, sama ada yang akan bangun awal, atau bangun lambat.
Orang-orang seperti Steve Jobs, Jack Dorsey, Barack Obama hingga Gwyneth Paltrow adalah antara contoh orang yang biasa bangun pagi.

Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti of Colorado Boulder dan Hospital Brigham and Women di Boston menunjukkan mereka yang suka bangun awal pagi kurang mengalami depresi atau tekanan perasaan berbanding mereka yang suka bangun lambat.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Psychiatric Research itu berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap 32,000 wanita berusia lingkungan 55 tahun dan kebawah.

Daripada kajian tersebut, menunjukkan wanita yang bangun awal pagi setiap hari hanya 12 hingga 27 peratus berpotensi mengalami depresi, berbanding mereka yang suka bangun lambat.

Adakah anda jenis bangun awal pagi?

The post Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi – Kajian appeared first on Aliff Channel.

Friday, 27 July 2018

loading...