loading...

Friday, 31 August 2018

10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa

Menjadi seorang yang mudah lupa adalah suatu yang sangat menyedihkan. Apatah lagi apabila dimarahi dengan orang apabila kita benar-benar lupa akan perkara tersebut.

Mungkin cara pemakanan anda sekarang adalah salah. Mulakan dengan cara makan yang baru yang boleh menguatkan daya ingatan anda. Di sini ada senarai makanan yang anda boleh pilih bagi menguatkan ingatan anda.

1. Salmon

Ikan salmon merupakan sumber terbaik untuk Omega-3- DHA dan EPA. Ia merupakan sumber penting bagi pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian juga menunjukkan orang yang mengambil asid lemak mempunyai daya ingatan yang lebih tajam. Menurut pakar pemakanan, walaupun ikan tuna mempunyai Omega-3 namun salmon mengandungi lebih banyak Omega-3.

2. Telur

Telur mengandungi sumber protein penting dan bahagian kuning telur juga mengandungi kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingatan.

3. Mentega Kacang

Kacang tanah dan mentega kacang merupakan salah satu sumber vitamin E. Vitamin ini merupakan antioksidan yang dapat melindungi membran sel-sel saraf. Jika diambil bersama Thiamin, Vitamin E dapat membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa untuk keperluan tenaga.

4. Gandum Penuh

Otak anda memerlukan penyediaan glukosa dari tubuh secara berterusan. Gandum tulen mempunyai keupayaan untuk menyokong keperluan tersebut. Serat yang terkandung dalam gandum penuh dapat membantu mengatur pelepasan glukosa dalam tubuh. Gandum juga mengandungi vitamin B yang berfungsi memelihara kesihatan sistem saraf.

5. Oat

Oat kaya dengan nutrisi penting bagi otak. Oat dapat meneydiakan tenaga atau bahan bakar untuk otak yang sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengawal aktivitinya pada pagi hari. Oat juga kaya dengan kandungan serat dan membantu menjaga keperluan itak anak anda sepangjang pagi. Oat juga mengandungi sumber penting seperti vitamin E, vitamin B, potassium dan zinc yang membantu membuatkan tubuh dan otak berfungsi pada kapasiti penuh.

6. Strawberi

Buah beri mengandungi kadar tinggi antioksidan khususnya vitamin C yang membantu untuk mencegah kanser. Semakin kuat warna buah beri itu, semakin banyak nutrisi yang terkandung dalam buah tersebut. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan estrak blueberi dan strawberi dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Biji dari buah beri juga kaya dengan asid lemak Omega-3.

7. Kekacang

Kacang adalah makanan yang istimewa kerana makanan ini mengandungi tenaga yang berasal dari protein serta karbohidrat. Selain itu, kacang juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Kacang juga makanan yang baik untuk otak kerana ia dapat mempertahankan energi dan kemampuan berfikir anak-anak pada petang hari jika dimakan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan, kacang merah dan kacang pinto mengadungi lebih banyak omega 3 khusunya ALA jenis omega 3 yang penting untuk pertumbuhan dan fungsi otak.

8. Sayuran

Tomato, kentang merah, labu, karot, bayam adalah sayuran yang kaya nutrisi dan sumber antioksidan yang membantu menguatkan sel-sel otak untuk lebih kuat dan sihat.

9. Susu dan Yogurt

Produk susu mengandungi protein dan vitamin B yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim. Susu juga boleh mengenyangkan perut kerana kandungan protein dan karbohidrat sekali gus menjadi sumber tenaga buat otak anda.

10. Daging Lembu Tanpa Lemak

Zat besi ialah sejenis mineral keperluan yang membantu anak-anak anda tetap bertenaga dan fokus di sekolah. Daging lembu tanpa lemak adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi banyak zat besi. Dengan hanya mengambil 28g daging sehari, tubuh anda akan menyerap zat besi yang diperlukan. Daging sapi juga mengandungi zat besi yang dapat membantu memelihara daya ingatan.

Dengan sajian-sajian yang mampu menguatkan daya ingatan, seharusnya anda boleh ubah pola pemakanan anda supaya ingatan anda boleh jadi kuat dan tajam. Selamat mencuba!

Sumber: Herinspirasi.com

The post 10 Makanan Untuk Mengatasi Dan Mencegah Sifat Mudah Lupa appeared first on Aliff Channel.

6 Bulan Masa Diambil Untuk Bina Bugatti Chiron Dari LEGO Yang Boleh Dipandu

Ramai sedia maklum tentang jenama LEGO, pengeluar alat permainan potongan plastik yang dapat disusun ke dalam pelbagai bentuk ciptaan. Lego adalah alat permainan yang tidak hanya popular di kalangan kanak-kanak, tetapi juga remaja, malah turut orang dewasa.

Terbaru, LEGO sekali lagi mengejutkan dunia dengan membuat sesuatu yang kelihatan di luar imaginasi penciptaan alat permainan.

Seperti yang dilaporkan di laman Highsnobiety.com, menggunakan bahan asas LEGO Technic, – satu variasi LEGO yang mempunyai fungsi mekanikal, tercipta satu replika kereta bersaiz 1:1.

Dengan menggunakan satu juta kepingan LEGO, satu replika kereta Bugati Chiron telah dibina, yang membelanjakan sehingga AS$ 3 juta atau lebih kurang RM12.35 juta.

Satu perkara yang luar biasa, bukan hanya memaparkan reka bentuk kereta tersebut, tetapi ciptaan LEGO ini juga boleh dipandu seperti kereta biasa.

Rakaman video berikut ini menunjukkan pembinaannya yang luar biasa. Selepas selesai dibina, ‘Bugatti x LEGO’ juga dilihat menguji jalan di trek di Jerman, yang telah digunakan sebagai laluan rasmi untuk menguji kenderaan Bugatti.

Kereta LEGO ini dipandu oleh penguji kenderaan Bugatti, Andy Wallace, yang merupakan penguji pertama ketika “asal” Bugatti Chiron.

Sejuta kepingan LEGO ditambah mesin yang dipasang tanpa gam tambahan, mengambil masa 13,438 jam, untuk dibangunkan dan dipasangkan.

Seperti yang dilaporkan oleh TechCrunch, idea awal untuk pembinaan projek ini telah bermula sejak Jun 2017, dan pembinaan bermula pada bulan Mac 2018.

Membina replika kereta Chiron dengan saiz 1:1 tepatnya boleh dipanggil sudah luar biasa.

Selain itu, bagaimana kereta LEGO ini boleh dipandu dengan kelajuan maksimum sehingga 20 kilometer sejam itu sudah sangat luar biasa.

Sudah tentu kelajuan kereta ini jauh berbeza dengan kelajuan luar biasa Chiron yang asalnya. Tetapi tidak boleh dinafikan, ini adalah pencapaian istimewa.

LEGO Technic Bugatti Chiron secara rasmi dipamerkan di Monza, Itali, 30 Ogos, sejajar dengan perasmian Grand Prix Formula One Italy.

The post 6 Bulan Masa Diambil Untuk Bina Bugatti Chiron Dari LEGO Yang Boleh Dipandu appeared first on Aliff Channel.

Wednesday, 29 August 2018

Tuesday, 28 August 2018

Helah Tentera Lindungi Kaki Menggunakan Tuala Wanita

Keselesaan dan keselamatan adalah faktor utama ketika anda memilih barangan tertentu. Sebabnya, orang membeli kerana mereka selalu mempertimbangkan penggunaannya.

Seperti itu juga barangan yang digunakan oleh tentera dari Vietnam ini agar kaki kakinya tidak tercedera. Walaupun kedengaran pelik, barangan ini sebenarnya berguna untuk askar ketika sedang menjalankan tugas.

Dipetik dari akaun facebook page, Yu Xuan Fan Group, tentera Vietnam memakai tuala kebersihan wanita sebagai alas kasut untuk mengelakkan kaki dari melecet ketika berjalan. Ini membuktikan di sini bahawa tuala wanita sebenarnya mempunyai fungsi lain yang tidak diketahui orang ramai.

Tidaklah menghairankan, tentera Vietnam menyediakan banyak pad untuk tujuan alternatif ketika sedang bertugas.

The post Helah Tentera Lindungi Kaki Menggunakan Tuala Wanita appeared first on Aliff Channel.

loading...