loading...

Tuesday, 6 September 2016

Kalau Dapat Cikgu Addmath Hensem Macam NiConfirm Aku Lulus

cikguhotjj.jpg

Foto ihsan Instagram mr_az92

KALAUsebelum ini ramai yang mahu ke hospital gara-gara kekacakan seorang doktor bernama Say Shazril Shaharuddin, kali ini lain pula apabila ramai yang mahu kembali ke sekolah kerana tertarik dengan kecantikan dan ketampanan guru-guru.

Bermula dengan kisah seorang guru bernama Aishah, atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman, yang viral di laman sosial kerana dikatakan menerima sepucuk surat cinta daripada seorang bapa pelajar, kini penangan aura dibawa guru cantik dan bergaya tidak kira gender telah berjaya menarik perhatian kebanyakan murid-murid.

Guru dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Kepong, Mohamad Aziram Zakaria, 24, antara yang berjaya memanipulasikan auranya, dimana sehingga kini laman Instagramnya telah mencecah lebih 75,000 pengikut.

Malah menariknya mengenai anak kelahiran Kelantan ini, yang juga merupakan model sambilan, beliau turut menjadi kegilaan ramai pengikut Instagram sehinggakan sering ditawarkan cinta dan menerima lamaran untuk berkahwin, laporHarian Metro.

Mohd Aziram, yang memiliki paras rupa iras pelakon dan penyanyi Izzue Islam bagaimanapun mempunyai misi penting dalam mengejar impian dan matlamatnya sebagai seorang guru.

“Sebagai seorang guru, kita mesti menjadi role model dan menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar.

Pada masa yang sama, saya mahu membuktikan bahawa kerjaya guru tidaklah membosankan, sepertimana segelintir orang fikirkan. Saya boleh melancong dan pergi bercuti pada hujung minggu serta menjadi model pakaian, katanya, yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Pendidikan Jasmani, dipetik akhbar tersebut.

Selain Mohd Aziram, seorang lagi guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Satak, Raub, Pahang, Wan Mohd Khairi Wan Hassan, 29, juga antara yang popular di laman Instagram. Beliau mempunyai lebih 58,000 ribu pengikut yang terdiri daripada murid-murid dan peminatnya.

?cb=1472548783&a=2441&e=8760

cikgu2ii.jpg

Jadi, siapa kata kerjaya seorang guru membosankan? Buktinya lihat sekarang, melangkah masuk dalam kelas sahaja, mata pelajar tak berkelip memandang cikgu sehinggakan mulut hampir terlopong. Maka, adik-adik, rajin-rajinlah pergi sekolah.

cikguuu.jpg

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...