loading...

Saturday, 31 December 2016

Suami merajuk 20 tahun enggan bercakap dengan isteri

2hFZc4Y

HOKKAIDO, JEPUN – Otou Katayama, dari Nara, selatan Jepun, masih tinggal bersama tiga anak dan isterinya, Yumi, meskipun tidak bercakap dan hanya memberikan respon secara mengangguk atau mengomel selama 20 tahun.

Keadaan pasangan itu didedahkan oleh anak lelakinya, Yoshiki, 18, yang menulis surat kepada sebuah program televisyen meminta mereka membantu memperbaiki keadaan itu kerana dia tidak pernah mendengar mereka berdua berbual.

2iCp1zK
Foto perkahwinan Otou Katayama dan Yumi

Prihatin dengan masalah itu, pihak berkenaan tampil membantu dan mengadakan pertemuan di antara Otou dan Yumi di sebuah taman di mana ia adalah temujanji pertama mereka selepas 20 tahun, sambil disaksikan oleh anak-anaknya.

“Sudah sekian lama kita tidak bercakap. Awak sangat mengambil berat tentang anak-anak.

“Yumi, sehingga kini awak telah mengalami banyak kesusahan. Saya mahu awak tahu bahawa saya berterima kasih untuk segala-galanya.”

2hG10uY
Tiga anak pasangan itu memerhati dari jauh
2iCrFpo
Anak sebak ibu bapanya kembali bercakap

Otou kemudian menjelaskan dia merajuk dengan Yumi kerana cemburu akan isterinya yang terlalu memberi perhatian dan penjagaan terhadap anak-anak mereka.

“Saya seperti cemburu dan saya terus merajuk. Namun, menyesal pun sudah tiada gunakan. Saya harap selepas ini, kita akan buat segalanya bersama-sama,” katanya sambil menundukkan kepala, diikuti oleh isterinya.

Melihat ibu bapa mereka sudah kembali bercakap, ketiga-tiga anaknya menangis, perasaan sedih bercampur gembira bermain di hati. Anak-anak mana yang sanggup melihat ibu bapanya tidak sefahaman. Semoga menjadi pengajaran kepada pasangan yang lain. – The Reporter

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...