Minggu depan dah mula persekolahan 2017, pastinya ada sesetengah ibu bapa yang agak ‘kalut’ dalam membuat persediaan minggu pertama, kan?
Usah bimbang, Puan Nur Yursila Mat Rani, sudah sediakan tips bagi memudahkan kerja anda. Tips yang dikongsi adalah berdasarkan pengalamannya sendiri ketika menguruskan anaknya yang baru memasuki persekolahan tahun 2016. Siap ada pack emergency money, menarik!
Oleh Nur Yursila Mat Rani
Tips kemas beg sekolah anak darjah satu, lebih-lebih lagi anak lelaki. Hehe.
Sebenarnya applicable je untuk lower primary, sampai budak-budak besar sikit dan pandai urus buku serta barang-barang sekolah.
2017, Aiman darjah satu dan Adam dah darjah dua. Jadi, ini adalah pengalaman sikit yang kita belajar dari tahun 2016 dulu. Hehe.
KEDAI ALAT TULIS MUMMY
Ini kalau hilang stationery, nak mintak baru, Mummy charge lima kupang sorang. Tu dah diskaun dari bookshop sekolah ok.
Organize everything in one place. Senang especially for the busy days ahead. This year, crayons and watercolors semua all prepared.
Tak macam tahun lepas, tak tau apa Adam belajar apa masa Pendidikan Seni, tau tau time nak exam ada yang kena guna crayons, ada yang watercolors, ada yang kertas warna and etc. Ha, kelam kabut masa tu nak pilih soalan mana nak jawab sebab bahan tak cukup hehe.
Plus, bila letak setempat ni mudah untuk orang lain tolong jugak. Sebab next year, ada baby, kalau Mummy tak sempat tengok, boleh mintak tolong Ayah, Maktok ke Tokwan ke and senang nak bagitau dekat mana barang-barang. Terutamanya the daddy. Kalau kita minta tolong cari barang, kena exact location tu dengan pandangan berapa degree ahahaha. Sebab dia takkan tengok tepi sikit ke, bawah sikit ke, belakang sikit ke. Hehehe.
NAME STICKER LABELS
Jimat masa menulis hehe. Big and bold, ini kalau hilang juga taktau nak kata apa la. Kalau tersalah masuk beg kawan ke apa, senang kawan nak perasan and boleh pulangkan balik hehe.
Tahun lepas rajin tulis each and every book, tapi tahun dua anak sekolah hahaha sudah tiada keupayaan nak tulis. DIY sticker senang. Tak cukup boleh print lagi.
LABEL BARANG-BARANG
This year Mummy labelkan semuaaaa barang. Termasuklah 48 batang pensil warna sorang, dua orang dah 96 batang. Yerlah, kalau anak kita pakai Faber Castel, kawan sebelah pakai sama, dahhh tiba-tiba dalam box tu ada dua warna biru la, merah la.
So semua benda I label. Dengan pesanan berulang kali, “bawa balik barang-barang yang ada label nama saja. sebab anak mummy dengan ayah nama dia Adam Haris and Aiman Haris only’.
Tu pun Aiman jawab, “kalau barang baru beli from bookshop, takda sticker? so tinggallah dekat sekolah”. Lepas tu dia kata kalau kawan cabut sticker, barang nak tinggal dekat sekolah jugak ke. Isk, banyak pulak kebarangkalian dia.
STICKER LABELS
Waterproof. Tulisan tak payah lengkoi lengkoi sangatlah. Biar clear clean bold. Senang anak kita baca, senang kawan-kawan dia baca jugak.
Yang tanya mana buat sticker silver ni, I buat dekat Ikano. Yang ni kecik je, just nice untuk label barang-barang sekolah. RM6-7 for 100pcs.
Selalunya booth-booth dekat hypermarket Giant or Tesco ada jugak jual stickers ni. Buat dapat terus. Sticker besar for books je I design and print sendiri, guna sticker paper beli from bookstore.
EMERGENCY MONEY (RM2 pack & seal)
Ini sebenarnya Maktok Adam punya amalan. Kita selit dalam beg belah bawah. Or macam Adam & Adam, dalam bag tu ada satu compartment untuk file, so kita letak dekat situ.
Explain to them what the money for. Selalunya Adam guna kalau time bekal tertinggal, duit belanja lupa bagi or tiba-tiba ada buku tulis yang tak ada then kena beli from bookshop. Or ada la sekali dua dia bagi time donation.
Kena pesan jangan beli benda merapu, jangan tunjuk pada kawan and etc. Ini pun masa awal-awal dulu, Adam pi jadi ceti dekat sekolah. Kerja dok bagi kawan pinjam duit. Tapi kalau dah hari-hari, macam kena pau pulak. So kita orang pesan, “either you jaga your duit, or lepas ni tak ada duit belanja langsung dah.”
Tapi ni Adam la, sebab dia memang tak beli makanan merapu or jajan. Aiman nanti haha taktau la apa cerita.
EMERGENCY STATIONERY KIT
Ha, banyak betul emergency pack eh. Tapi percayalah sangat berguna. Tak berat mana pun. Pack duit and pack alat tulis ni sorok je dalam compartment belah dalam beg tu.
Adam pernah tertinggal kotak pensel masa exam akhir tahun. Panik Maktok dia hehehe. Tapi dah tau ada spare kit dalam beg sekolah dia, so kurang sikit kerisauan, but still pergi hantar jugak kotak pensel dia.
Ni Maktok punya idea jugak. Maybe sebab Maktok cikgu kot hahaha so dah tau dah possibility kes-kes macam ni.
POCKET FILE
Penting jugak. Pocket file. Sebab budak-budak ni dekat sekolah banyak guna kertas, lagi-lagi standard one during the first month. Banyak drawing, coloring, writing on paper.
Tak termasuk derang koyak buku and buat drawing. Kadang-kadang tak siap kerja dekat sekolah, cikgu suruh sambung dekat rumah. Kalau tak bagi file, dia suka hati je lipat and sumbat je dekat mana-mana dalam beg. Kadang-kadang crumple kronik kertas tu. Ni untuk lower primary la, sementara nak pandai urus buku and barang sendiri.
So far, pocket file ni bertahan. Bukan plastik lembik tu, nanti lunyai jugak akhirnya. Kalau yang macam box tu, takut berat beg. Sebab Adam dulu, rasa macam beg sekolah dengan tuan pun sama berat hehe. – Nur Yursila Mat Rani
sumber : www.gengviral.com
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment